134 Replies

Ada pula komen mengarut dari makcik bawang yang tiba-tiba masuk ke laman saya.....dia kata dia telan minyak kelapa dara, baby dia keluar bersih dan kulit cantik. Oh HELLO?????? Inilah dia satu kenyataan yang mencerminkan kejahilan makcik bawang. Bila saya tanya, sila jawab BABY MANA YANG DILAHIRKAN TIDAK BERSIH atau KULIT TAK CANTIK????? Makcik bawang jawab kulit yang berkerak-kerak. Adoi laaaa makcik bawang, janganlaa cakap macam tu. Mai nak habaq. Ini ilmu pengetahuan yang penting untuk anda. Sila tambahkan ilmu pengetahuan ini dan berbanggalah jika bayi anda dilahirkan dengan kerak-kerak putih anugerah Tuhan ini. Dalam gambar ini ialah bayi yang disaluti vernix caseosa. Inilah krim kulit semulajadi yang terbaik di dunia. Tiada krim yang lebih baik dari vernix caseosa. Ini dibuat dan dikeluarkan oleh kelenjar sebaceous gland di dalam kulit bayi sendiri. Ia mengandungi 80% air, 10% protin dan 10% lemak. Pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin menjadikannya: 1) Kalis air atau waterproof supaya boleh duduk dalam air ketuban berbulan-bulan. Kalau tidak berkedut-kedutlah kulit bayi. Anda boleh ke berendam lama-lama dalam air, sila cuba dan lihat apa akan terjadi kepada kulit anda. 2) Ia juga mempunyai bahan antibakteria yang memberi lebih perlindungan kepada bayi semasa dan sejurus selepas dilahirkan. 3) Ia mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin sudah berak di dalam kandungan sebelum dilahirkan. 4) Ia membantu mencegah bayi hilang haba terlalu cepat dari permukaan kulitnya sejurus selepas dilahirkan supaya tidak kesejukan. 5) Ia mempunyai ‘healing properties’ yang mempercepatkan kesembuhan dari luka melecet atau kegeselan di atas permukaan kulit semasa proses kelahiran atau semasa ibu meneran bayi keluar. 6) Bila bayi dilahirkan, tiba-tiba terdedah kepada udara luar yang kering, vernix caseosa inilah yang membantu kulitnya menyesuaikan diri untuk peralihan dari alam yang lembab dan basah ke alam yang kering. Inilah pelembab atau moisturiser semulajadi yang terbaik. Sebab inilah sejurus selepas bayi dilahirkan, kita patut membiarkan vernix caseosa ini atas badan bayi pada hari pertama dan tak payah mandikannya terlalu awal selepas kelahiran. Inilah kurniaan Tuhan yang baik untuk bayi. Jangan kata kulit tak bersih. Jangan kata kulit tak cantik. Jangan kata kerak-kerak. Jangan kata ini datangnya dari keputihan ibunya. Jangan kata ini datangnya dari air mani bapanya. Tambahkanlah ilmu pengetahuan dan bersyukurlah anak anda diberikan keistimewaan dan perlindungan ini. Jangan lupa, namanya ialah vernix caseosa, krim pelembab kulit bermutu tinggi semulajadi yang terbaik di dunia. Terimakasih. From Dr imelda

Tq 4 the information

By clean baby do you mean no white stuff (called vernix) around the baby when she is born ? btw vernix helps protect the baby and also it is there only if the baby is delivered pretty early (before 36 weeks). It is a very common myth that coconut water helps in delivering a clean baby. Though coconut water has many benefits during pregnancy, cleaning the baby is just a myth. The white substance is the fat surrounded by the baby to protect it.

Yes you should start drink coconut water in 6 or 7 months... more good if u can drink it everyday cuz your baby will be in very good condition ... but please dont drink soy milk .. yes it good for mom but the baby maybe not so good... my aunt love to drink soy milk while pregnant but the baby now have a allergic.. it is skin allergic and always get fever.. poor him.. I just tell what I know... :)

VIP Member

i drank during the last few weeks too when i had my firstborn. drank once or twice a week max though. not sure if it worked but vernix didn't seem too much, although i wouldn't know what the benchmark really is... haha. but coconut water has electrolytes and good nutrients and minerals, so a nice treat for a pregnant mama like that wouldn't hurt... unless you've reactions to it :)

Yes. You can drink coconut water or you boil corns and drink. That one make your amniotic fluid clean and your baby’s skin smooth. But with coconut water don’t drink when you pregnant under 3 months. And drink more coconut water when close weeks baby delivery. One more, don’t drink at night make you go to restroom a lot 😂

Klu ikutkn pngalaman kwn2 sye yg da branak pinak,,diorang kte itu salah 1 cara utk bersihkn baby..dan olive oil pun sgt la m'bantu juge utk mudhkn baby tu kluar..dan 1 lgi cara sapukn olive oil atau minyak klape dara di kmaluan kita tu utk mudhkn baby kluar jgsk..dan setahu sye bole start bile da msuk 7 bln..

sy tnya doc psl sapu myk tu kat kemaluan,doc ckp jgn sesekali bt tu . mmg la x koyak tp lubang kita tu akan jd longgar smpai bila2 . jd bila bersama dh x ketat dan susah utk ketatkan balik. doc ckp biar je koyak bila jahit balik akan ketat balik. cuma kalau risau koyak byk. kena pndai cara teran . doc siap ckp mcmni bila sy tnya,’apalah awk ni,org nak ketat awk nak longgar’.hahahahaha nsib baik sy x bt

saya start minum air kelapa start 1 month lagi. Bukan niat mahu baby keluar dari rahim bersih sebab semua kita tahu, kulit baby paling best kalau diseliputi oleh lapisan vernix. mahu minum air kelapa sebab khasiat dari air nya saja. saya minum 2 minggu sekali sampai sekarang, 8 bulan.

I agree with @shrutika drinking coconut water to deliver a clean baby is just a myth. During my first delivery I didn't drink any coconut water, still my baby was delivered clean and beautiful while for my second delivery I drank a lot of coconut water and my baby was born clean again. So I don't see any relation

Ya..mmg betul..time pregnant anak first, sya suka sangat minum air kelapa, baby keluar bersih je.. time ank kedua pula, sya x suka minum air kelapa, baby keluar x bersih..😄 skrg pregnant ank ke 3, time pkp ni lah nk minum sangat air kelapa..Tp susah nk cari org jual..

tak bersih mcm mana tu?

Got such thing one meh? Some people says drink soya milk later baby will be sooo fair.. Then if drink black coffee? Baby will be very dark? No such thing one.. All is depends on the parents genetic..

I know what she saying.. But at the other of my point of view is the skin colour..

Related Questions

Related Articles