Selusuh bunga/sanggul/akar Fatimah

Dari fb Dr. Izzat Selusuh bunga/sanggul/akar Fatimah Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim. Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan. Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba - sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui. Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya - ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal. Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan. Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin - yakni ibu2 yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka Kedua : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena. Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita. Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat 'terasa' kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu. Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa - Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa. Saya bukan ostad mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan teman-teman follower yang disayangi. SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN - JANGANLER TERTIPU ! Ikhlas, Doktor yang tiada rahim

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sy stuju dengan ni, air selusuh ni macam kita duk berharap ke mende tu untuk permudahkan kite. Walhal Allah SWT penentu & Yang Maha Mempermudahkan segala-galanya. Boleh jatuh ke syirik kecil. Astaghfirullah hal adzim! Di kg sy ado sorang makcik ni, selalu ada orang mintak tolong buatkan air selusoh. Dia isteri kepada orang yg banyak ilmu agama zaman atok nenek dahulu. InshaAllah, yg sy tahu makcik ni hanya gunakan ayat2 suci Al-Quran & ambik sehelai rambut ibu (yg bakal bersalin) untuk dicelupkan ke dalam air. Macam ni sy rasa boleh & tak bertentangan dengan agama. Nawaitu kita tu penting, hanya Allah sebaik2 penolong, kita hanya ikhtiar je. Wallahualam. 💕

Đọc thêm

Bagus serta terang dan jelas penerangan doktor.. terima kasih doktor dan buat yg berkongsi artikel ni..selalunyer kita terlalu taksub percaya dgn perkara2 mcmni tp kita tak sedar doa adalah senjata terbaik kita bhadapan sesuatu perkara..saya baru dua minggu mlahirkan..sepanjang berada dia labour room sentiasa staff2 yg Islam ingatkan baca doa nabi Yunus..saya sgt berterima kasih atas bantuan n ingatan dr mereka yg byk membantu.. alhamdulillah walaupun sukar tp sy tetap percaya Allah sentiasa mdengar doa hambanya.. Insyaallah..😊

Đọc thêm
Thành viên VIP

xperlu amalkan apa2x,sy bersalin fmly siap sedia nak bagi air selusuh tapi sy xminum pun,syukur Alhamdulillah sakit hanya bape minit je nak bersalin...serius memg sakit boleh tahan dan sy boleh cakap xperlu amalkan semua tu..yakin pada Allah..Allah y tentukan semua..berdoa sebelum bersalin sy amalkan zikir nabi yunus,memg dipermudahkan..

Đọc thêm
Thành viên VIP

sya minum air selusuh ni pasl mak mertua suruh, jgn mudah tertipu sebab i sendiri experience air ni x effective & membantu pun.. since this is my 1st pregnancy i terpaksa minum untuk puas kan hati dia, so no more next time 😤

5y trước

Betul tu sis, kalau terus terang confirm la nanti kecik hati, i pun pantang sendiri malas nak minta mak mertua jaga 😬😬

Thành viên VIP

Mak sy biasa org akn suruh buat minyak selusuh.. mak sy hnya baca ayt2 quran je dn hnya guna minyak kelapa je.. mak sy suruh minum bila dh masuk lr, mksudnya jln dh trbuka 3 4cm..

Ya btul tu.. sy pun x pnh amik pun air selusuh ni... klu dh smpi ms nk bersalin tu, baby akn kuar jgk... bkn hrp kt air selusuh... tq.. info

Super Mom

👍👌