Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu.

Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu. Walaupun terdapat pregnancy test kit ‘terkemuka’ yang mendakwa ia boleh mengesan kehamilan seawal itu, ia menimbulkan kekeliruan untuk wanita hamil. Istilah perubatan yang digunakan untuk mengira usia kandungan ialah ‘period of amenorrhoea(POA)’ dan ini adalah kiraan daripada tarikh hari pertama period terakhir/terbaru (LMP). Ada wanita yang pertikaikan perkiraan doktor dan mengatakan adalah mustahil dia mengandung pada tarikh LMP kerana waktu hadas besar, mana mungkin dia melakukan hubungan kelamin. Memang doktor tidak maksudkan anda mengandung pada hari pertama haid. Doktor hanya mengira tempoh anda tidak datang haid untuk meramal usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin. Untuk wanita yang kitaran haidnya teratur dan kitarannya selama 28 hari, dianggarkan waktu suburnya adalah lebih kurang 2 minggu (14 hari) selepas LMP. Oleh itu, kebanyakkan wanita akan hamil sewaktu waktu suburnya. Kenapa doktor tidak mengira sahaja usia kandungan daripada tarikh waktu subur? Kerana, kalau doktor tanya anda ’Bila tarikh subur anda?’ memang ramai yang akan terpinga-pinga. Manalah orang tahu waktu subur selain daripada mereka yang ‘trying to conceive’. Kalau doktor tanya anda ‘Bila tarikh anda melakukan hubungan kelamin?’ lagilah pening. Silap-silap anda memberi jawapan ‘Pada 7, 9, 10, 12, 14, 15 & 17hb, doktor’!!!! 😅😅 Pregnancy test yang terkemuka itu menilai paras hormon kehamilan (BHCG) dalam air kencing anda. Apabila ia mengatakan anda hamil seminggu, itu bererti hormon kehamilan telah dikesan dalam air kencing seminggu selepas waktu subur anda. Tetapi ini tidak bererti kandungan anda telah sempurna tertanam di dinding rahim. Ada kemungkinan kandungan anda ‘hanya lalu’ melalui rahim dan tidak tertanam. ‘Hamil 2 minggu’ pada pregnancy test terkemuka itu, bererti anda POA 4 minggu. Anda tidak boleh ada POA 1 minggu atau 2 minggu atau 3 minggu. Sebab sebelum 4 minggu, anda belum lagi ada ‘missed period’ dan belum boleh disahkan hamil. Selalu juga wanita datang menangis-nangis mengatakan mereka keguguran pada usia kandungan 1-2 minggu (berdasarkan pregnancy test terkemuka itu). Itu bukan keguguran. Istilah perubatannya ialah ‘biochemical pregnancy’. Ini bererti kandungan tidak sempat untuk tanam di dinding rahim. Ini bukan keguguran. Darah yang turun adalah darah haid. Disebaliknya istilah keguguran digunakan untuk wanita di mana kandungan telah pun tertanam tetapi kemudiannya tidak membesar/berkembang dengan sempurna, dan usia kandungan melebihi POA 4 minggu. PS. Tidak perlu untuk melakukan pregnancy test sebelum anda missed period. Sabarlah sedikit! 😅 Dr Anna Liza Roslani Pakar Obstetrik & Ginekologi

5 Các câu trả lời

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan