Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu.

Dalam istilah perubatan, tidak wujud keadaan di mana seseorang wanita itu hamil 1-2 minggu. Walaupun terdapat pregnancy test kit ‘terkemuka’ yang mendakwa ia boleh mengesan kehamilan seawal itu, ia menimbulkan kekeliruan untuk wanita hamil. Istilah perubatan yang digunakan untuk mengira usia kandungan ialah ‘period of amenorrhoea(POA)’ dan ini adalah kiraan daripada tarikh hari pertama period terakhir/terbaru (LMP). Ada wanita yang pertikaikan perkiraan doktor dan mengatakan adalah mustahil dia mengandung pada tarikh LMP kerana waktu hadas besar, mana mungkin dia melakukan hubungan kelamin. Memang doktor tidak maksudkan anda mengandung pada hari pertama haid. Doktor hanya mengira tempoh anda tidak datang haid untuk meramal usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin. Untuk wanita yang kitaran haidnya teratur dan kitarannya selama 28 hari, dianggarkan waktu suburnya adalah lebih kurang 2 minggu (14 hari) selepas LMP. Oleh itu, kebanyakkan wanita akan hamil sewaktu waktu suburnya. Kenapa doktor tidak mengira sahaja usia kandungan daripada tarikh waktu subur? Kerana, kalau doktor tanya anda ’Bila tarikh subur anda?’ memang ramai yang akan terpinga-pinga. Manalah orang tahu waktu subur selain daripada mereka yang ‘trying to conceive’. Kalau doktor tanya anda ‘Bila tarikh anda melakukan hubungan kelamin?’ lagilah pening. Silap-silap anda memberi jawapan ‘Pada 7, 9, 10, 12, 14, 15 & 17hb, doktor’!!!! 😅😅 Pregnancy test yang terkemuka itu menilai paras hormon kehamilan (BHCG) dalam air kencing anda. Apabila ia mengatakan anda hamil seminggu, itu bererti hormon kehamilan telah dikesan dalam air kencing seminggu selepas waktu subur anda. Tetapi ini tidak bererti kandungan anda telah sempurna tertanam di dinding rahim. Ada kemungkinan kandungan anda ‘hanya lalu’ melalui rahim dan tidak tertanam. ‘Hamil 2 minggu’ pada pregnancy test terkemuka itu, bererti anda POA 4 minggu. Anda tidak boleh ada POA 1 minggu atau 2 minggu atau 3 minggu. Sebab sebelum 4 minggu, anda belum lagi ada ‘missed period’ dan belum boleh disahkan hamil. Selalu juga wanita datang menangis-nangis mengatakan mereka keguguran pada usia kandungan 1-2 minggu (berdasarkan pregnancy test terkemuka itu). Itu bukan keguguran. Istilah perubatannya ialah ‘biochemical pregnancy’. Ini bererti kandungan tidak sempat untuk tanam di dinding rahim. Ini bukan keguguran. Darah yang turun adalah darah haid. Disebaliknya istilah keguguran digunakan untuk wanita di mana kandungan telah pun tertanam tetapi kemudiannya tidak membesar/berkembang dengan sempurna, dan usia kandungan melebihi POA 4 minggu. PS. Tidak perlu untuk melakukan pregnancy test sebelum anda missed period. Sabarlah sedikit! 😅 Dr Anna Liza Roslani Pakar Obstetrik & Ginekologi

5 Các câu trả lời

sebenarnya apa doktor ni ckp paling betul..kalau sesiapa sini cek upt guna clear blue digital tu sblm cek baca pamplet dulu..ada dia kasi serta dlm box tu..fahami dulu apa sbnrnya mksd pregnant 1-2,2-3,3 ...kalau da faham baru buat test..da buat test baca pamplet lagi n bandingkan anda di tempat mana satu..pamplet dlm upt test tu mmg di bgtau berapa usia kandungan berdasarkan test..dan clear blue digital tu sgt tepat utk tentukan conception date sbnrnya..jgn bila da test kamurang mau pegi bergdh dgn dktr sana klinik sbb ada case pesakit mrh dktr sbb mau juga kunun ikut tu clear blue digital test..rajin2 membaca yaaaa..info dlm pregnancy test tu penting utk kita sblm kita mau serang or mrh doktor..

mostly ppuan yg cek upt mmg mcm tu..dorg percaya clear blue digital smpi xpercaya ckp doktor..sbb tu kena rajin timba ilmu juga..smbl tu boleh bljr n ty dgn dktr juga mereka lebih tau..

VIP Member

Tulah. Kat pamplet dah tulis.. 1-2 means dah conceive 1-2 minggu lepas, doc akan date us pregnancy based on 28day cycle. Sama dengan 2-3 means dh conceived 2-3weeks ago, sama dengan 4-5 minggu pregnancy by doctor. 3 dah conceived lebih dari 3 minggu lepas dan dh 5minggu lebih pregnant. Sekian.

nama doc ni mcm doc kmc kuantan..pernah cekup ngn dia..kalau betul org nya..doc ni sgt2 bagus

menarik info ni, x pernah dgr pun

TQ info 🌷

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan