Dah lebih 3 bulan tapi masih tak tau sedang pregnant..i'm curious
Dah lama dah nak tanya soalan ni. Sy ada nampak beberapa share pgalaman dekat post or komen. Sebagai seorang yg baru bgelar isteri & belum ada rezeki nak pregnant, sy sgt tertanya² benda ni. Sy ada nampak komen kata tak tau pun mgandung sedar² dah 5 7 bulan. Macamana bole macam tu eh? why takde tanda²? sy risau kalau benda tu tjadi dekat sy sbb takde pgalaman lagi 😟
kawan sy ttc bbrp tahun dh, haritu gi wat haji, sihat alhamdulillah semua, siap makan ubat tahan haid, balik haji kaki sakit, xsure mcm mana tp jd test pregnancy, scan baby dah 4m.. kira dia pregnant sebelum gi haji, mintak doa kat mekah nak baby padahal allah dah bagi dulu.. sy sendiri plk jenis irregular periods tak period 2 3 bulan tu normal, jd bila delay period tu tk pelik. dulu last period bln 8 tiap bln husband tanya nak cek pregnancy test tak.. sy kata tak payah laa biasa selalu je delay.. hujung bln 11 sy perasan bila baring perut tak flat mcm selalu, pastu bila timbang berat dah naik sblm ni susah sgt naik. bila test dapat double line terang, bila scan dah 10w
Đọc thêmCousin saya masa anak nombor dua tak sedar tgh pregnant takde alahan sampai kandungan dah masuk 6-7 bulan baru tau. Memang dia berisi dan dia selalu ingat dia gastrik dan selalu la dia makan ubat gastrik berbotol-botol sbb xtahan kata angin kuat perut kembung gastrik hmm sekali tau2 tgh mengandung syukur baby comel Selamat alhamdulillah dah besar darjah dua dah skrg Kadang2 dgr mcm kelakar pun ada tak sedar tgh pregnant tapi mmg ada terjadi. Semoga dipermudahkan urusan kita semua amin.
Đọc thêmAmin sis, tq for sharing. Bila dah dgr mcm ni apa yg sy bole kata kalau dah rezeki tak akan ke mana kan..
Tak pernah experience tp benda ni mmg ada. Mcm saya ni kurus tinggi kalau pregnant 4 5 bulan tu dah nampak baby bump. Pastu period saya regular so boleh trace. Pape pun semua keajaiban Allah kalau 1 masa terjadi tanpa kita sedar tu tak impossible. Tp harapnya tak lah anak kite belum setahun 🥴
saya anak first taktahu pregnant, sebab tak ada alahan , period pun datang je cuma tak sampai seminggu, sekali scan baby dah 5bulan huhu , mak saya yang tegur sebab nampak perut makin besar macam pregnant, baru lah check upt terus pegi klinik scan, docter pun terkejut kandungan dah besar
yaa keluar period tapi tak sampai seminggu , dalam 3 hari je , tak keluar banyak mana pun sikit jee
Ni sy share pnglaman kakak sy ye. Dia x sedar tgh pregnant 7bulan & tau pn sbb rsa something bergerak2 dlm perut. Bila g klinik sbb nk check tkut sakit lain rupanya tgh pregnant 😂 & xde alahan lgsg. & lg 1 period mmg x regular dri dlu lg, setahun dtg dlm 1-2kali je, tu x fikir apa2.
X sis.. mmg nmpk kecil je just buncit biasa tp bila masuk 8bulan terus nmpk besar😂 sblm tu xde pn bump
Tiada yg mustahil puan. Masa saya nak sangat anak, saya search pasal ni; ada cerita/ video hamil walaupun haid, tak tau haid tiba-tiba bersalin, tau2 ada benda gerak dlm perut, cek doktor, hamil.
betul, kalau dah rezeki mmg tak kemana tapi tu la sy yg tak pernah pregnant lagi ni agak tertanya² 😅
Sepupu saya langsung taktahu kata pregnant Tau2 masa dia nak g toilet nak membuang teran2 keluar baby seb baik dia sempat sambut…
Mana maunya nak disamakan dgn cerita Nabi Isa as. Awak ni kenapa? Bab2 ni jgn buat main2. Nasab anak tu nanti macam mana? Bab pembahagian harta, bab perkahwinan, bab aurat. Jangan buat main2 tau. Besar tgjawab awak sekeluarga bab ni. Awak jangan nak sependapat macam makcik drug addict dalam video tu. "Saya tak main tapi ngandung." Kita ni manusia biasa je. Kejadian kita ni dari percampuran air mani kemudian telur yg disenyawakan tertanam di dinding rahim kemudian membentuk segumpal darah dan proses seterus2nya. Jangan sesuka hati je awak nak samakan kisah sepupu awak ni dgn kisah Nabi Isa as. Itu mukjizat nabi. Kami dah tegur bab2 ni. Selebihnya terpulang awaklah pulak nak sampaikan pada sepupu tu. Ingt jangan pandang remeh bab ni. Istilah kawin sesama keluarga sendiri masih terjadi skrg ni antara salah satu sbbnyalah.
saya pon pelik sbb biasa 20+ week biasa da rse gerak2..mmg tkde rse pape kee ..
Setuju komen. Yg tgh pregnant pn bila busy x sedar juga baby tgh gerak2 tp bila focus perut actually ada je gerak. Smpai lupa kira tendngan. Klu x tahu tgh pregnant blh jd juga x sedar ada gerakn tu sbb xde point focus dkt perut.