Setiap 2 3 jam pump susu
Cuma nak share mental koyak betul setiap 2 3 jam nak pam susu utk bekalan anak kat nicu. Dengan bengkak susu, susu kdg2 tersumbat, hati ni kuat nak bg formula je kat baby, tp kesian kat baby sbb bdn sy ada susu 😭😭
Moga Allah beri ganjaran atas usaha sis untuk susukan baby. Anak saya haritu 26 hari duduk NICU dan rezeki saya pula susu tak keluar banyak sampai saya menangis depan doktor anak saya. After direct feed anak saya still lapar, doktor suruh pump tapi bila pump takde apa yang keluar 🥲
Hi sis, sama dgn sy jugak. Terpaksa jd epmom sbb anak kena tahan kat wad SCN since lahir lg. Sis kena kuat tau demi anak, sy pun teruskan jaga jadual pam sbb mmg niat sy dari awal nak exclusive bf ke anak, walaupun bukan secara direct. Moga Allah mudahkan urusan sis ye 😊
Dah 10 hari jd epmom, masih lg ni berpantang di rumah. Sy pakai brand lemonu breast pump.