Gastrik

Cara nak hilangkan gastrik dengan cepat dan mengelakkannya daripada berlaku semula dalam masa yang terdekat . Apa yang saya selalu suruh pesakit adalah: . 1.Langkah pertama. Ambil bahan untuk meneutralkan asid perut terlebih dahulu. Selalunya saya akan bagi Syrup Magnesium tricylicate. Ambil gaviscon pun boleh. Dia akan bagi rasa keselesaan yang cepat. . 2. Langkah kedua. Kekalkan keadaan perut yang neutral itu dengan mengambil ubat (proton pump inhibitor) seperti omeprazole atau pantoprazole. Ubat ini akan mengelakkan asid terbentuk pada waktu tersebut. Jadi ia boleh mengelakkan serangan gastrik itu berulang pada waktu yang terdekat. . Diingatkan Ubat omeprazole atau pantoprazole ini tidak boleh diambil oleh wanita mengandung. Bagi wanita mengandung boleh ambil ubat ranitidine jika gastriknya terlalu teruk. . Jika pedih uluhati tidak berkurang juga, sila berjumpa dengan doktor. Ia boleh disebabkan sudah terbentuknya ulser dalam perut ataupun disebabkan batu dalam hempedu.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Nice sharing 👍👍