PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir Dalam tempoh bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. ✔✔ MANDIKAN BAYI PADA WAKTU DHUHA Waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. ✔✔ SIRAMAN PERTAMA Dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. ✔✔ BELAI DAN GOSOK BAYI *PENTING! Pengaliran darah bayi akan menjadi lancar dan baik jika bayi dibelai dan digosok dengan lembut. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi. ✔✔ CARA SIRAMAN Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. ✔✔ ZIKIR Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi. ✔✔ DON'T! Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman. ✔✔ SIRAMAN TERAKHIR Dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, tidak digalakkan menyapu sabun kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. ✔✔ LAP TUBUH BAYI Gunakan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

👍👍👍🌹🌹