13 Các câu trả lời

VIP Member

Ini yg saya pernah tuliskan haritu. The topup trap. Biasanya ibu yg kurang bersedia dgn ilmu berkaitan breastfeeding bila masuk seminggu 2 bf, selalu rasa anaknya sentiasa lapar sebab sekejap2 nak susu, sekejap2 nak susu jadi mereka mula rasa susu badan mereka sikit. Lalu mulalah lepas susukan secara df, mereka topup 1oz lagi fm pula. Bila topup, usus baby jadi terlalu penuh maka baby akan tidur lama. Yaa ibu2 nipun akan terus rasa 'hmm betullah susu aku tak cukup'. Sedangkan itu tak benar. Baby tu tidur lama bukan sebab kenyang tapi PENAT. Badan dia perlu sgt byk tenaga nak hadam ssmuanya jdi baby tidur lama sebab penat menghadam, kita yg dewasa nipun, kalau sekali makan banyak2 ada rasa ngantuk2 kan lepas tu? Bayangkanlah baby yg usus dia baru je belajar2 menghadam, enzim penghadaman pun baru kenal erti mencerna je 😅 Berbalik kepada asas, perut baby baru lahir cuma sebesar buah ceri. Kecik saja. Sebab tu mereka minum sikit pun kadang dh terlena. Tapi kerana susu ibu ni tak ada bahan campuran luar dan gula kompleks maka susu ibu sangat cepat dihadam. Bila dah hadam mestila lapo balik, ye dak? Milkbooster terbaik sebenarnya ialah hisapan dari baby. Lagi banyak dia hisap, lagi banyak susu ibu terhasil. Itu sebab bila topup ni, ada ibu2 beritahu yg masuk je 2-3 bulan susu badan pun kering. Keringlah sebab kurang demand dari anak, tambah bila mula kerja, jadual pam ke laut china selatan. Makin banyak faktor menyebabkan susu drop dan akhirnya kering. Jadi, dari awal2 lagi, sejak anak dalam perut lagi seharusnya kita bersedia dgn info2 bf andai kita mmg berniat nak bf. Ada yg semangat nak bf sangat2 smpai habis semua benda bf dia prepare, pam lah, bf pillow la, breastpad la TAPIIIIII lupa cari ilmu bf, akhirnya kecewa sendiri. Janganlah gitu huhu. Kita mampu menjadi ibu2 yg lebih berilmu 😊 #fatienbftips

VIP Member

Buat stok utk naik bekerja lepas cuti sebenarnya tak perlu pun pam sampai 3-4oz. Itu hasil pam org yg pam di ofis dah. Kumpul stok ni kena relaks2 saja. Stok yg nak kena ada wajibnya stok utk hari pertama kerja tu saja iaitu dlam 20oz saja yg penting. So kalau sehari pam cuma dpt 1oz susu pun,20 hari dah cukup stoknya kan? Jdi ibu kena byk bertenang 😊 Dan tak ada pun sebenarnya keadaan susu bdan habis bila dh pam dan anak nak hisap xde susu. Susu bdan SENTIASA ADA. Cuma lepas pam aliran susu kita slow sikit so baby maybe fussy. So cara terbaik ialah pam semasa susukan anak. Satu side pam satu side anak hisap. Bila mix fm, ibu mudah termasuk dlm FM TOPUP TRAP. Ini yg kita kena berhati hati.

VIP Member

Jangan stress ibu. 🌹 Saya dah alami sepanjang tempoh berpantang, sekarang tiap bulan mesti drop sebab datang bulan dan mesti tak terlepas dari stress tu. Kalau ibu stress, susu mesti drop. Set dalam kepala "susu aku cukup untuk anak." sentiasa positif. Kalau ibu bekerja, boleh dah pam untuk buat stok. Kalau surirumah, boleh cuba urut/marmet. Kemudian cari sesuatu yang buat ibu rasa gembira sangat, benda yang ibu dah lama nak. Macam teringin makanan ke, berjalan-jalan ke, shopping ke. Apa-apa yang membuatkan hati ibu gembira. Selain tu, boleh cuba makan makanan yang lengkap dan sihat. Ada karbo, protein, serat dan vitamin. Kena cukup semua tu.

Sy ibu bekerja..ingt nak wat stok..dah pam pon xde..kalau ade pon sikit sgt..😭

hai sis sya pn pernah mengalami hal yg sama ,memang susuh klu baby susu badan pastu susu badan makin kurang biarpn kita makan macam2 tuk menambah kn air susu badan tpi tetap sama..syukur la ada ni auntie sarankn sya minum air rebusan sejenis akar kayu ,sya pn x tau apa nama dia..setelh sya ikut apa yg auntie tu ckp.memang berkesan banyak air susu, sampi baju basah dengan air susu melimpah.sya amalkn cuma tiga kli sja terus banyak air susu.skrang baby dah 6 buln 8 hari x perah kekurangan susu badan dah..

VIP Member

Mommy makan ok ke. Cara mommy story macam selalu stress . Lepas pump masa waktu koje..biar pun sikit teruskan. Dan jangan lupa minum air masak banyak sikit. Pump secara konsisten tiap 2 jam atau masa keje dari jam 8 -5 tu try pump 3-4 kali sebelum balik rumah. Macam sy buat dari jam 12 tgh malam sampai 6 pagi sy akan pump jugak ..dalam 2 kali. Sebelah baby nyusu, sebelah pump. So terus buat stok. Tu yg sy buat dari anak 1st sampai la sekarang ni. 😀

VIP Member

Puan jgn stress. Kalo stress lagi susu berkurang. Minum susu kurma disamping terus kan menyusu baby. Kena paham konsep demand and suply. Lgi banyak baby nak menyusu lagi banyak susu akan keluar. N plis jgn stress. Hormon pun faktor penyumbang susu drop. Positif susu akan ada. Semoga urusan puan dipermudahkan. Aamiinn

Stress tu la punca susu kurang..jgn kesah apa org ckp..anak kita..kita buat cara kita..bila sis x stress susu akan ok..sentiasa positif mindset yg susu kita sentiasa cukup utk anak disamping sentiasa mkn sihat..gudluck mummy..

tenanv kan fikiran n fokes pade susu.. n doa pde allah n targt 2thn dpt susu kan ank.. salah stu utk kita postif ,, mlkn sayur lobak puth.. hpy2 kn dri ibu mse susu kn bby..

Waktu pantang tu kene rajin pam. Waktu tu yg paling banyak susu Kalau selalu pam . Kalau jarang pam , Waktu sekarang mmg akan sikit je .

Sis try makan kacang botol buat ulam dgn nasi dan juga lauk pantang inshaAllah byk susu sama macam sy mulanya.skrg alhamdulillah.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan