Bila patut mula gosok gusi/gigi anak? #TheasianparentxMAMbaby
Amna dapat berus gigi percuma ??? Terima kasih KK Pergigian Bota Kiri kasi Amna sapuan varnis fluorida skali ? Ada beberapa pesan Dr Gigi tu yg bagus utk dikongsi: 1.bila gigi baby dah tumbuh panjang, BAWALAH BABY KE KK UNTUK SAPUAN VARNIS FLUORIDA ye ? Ape kebenda sapuan varnis2 gigi ni? (Leh rujuk gambo ye) -sejenis sapuan utk lindungi gigi baby dari masalah karies ke berlubang ke. Sebab baby kan tak pandai gosok gigi sendiri lagi dan tak pandai meludah lagi maka TAK BOLEH guna ubat gigi utk dia. So gantilah dgn sapuan tu utk jaga gigi dia ? -sapuan ni BOLEH DIBUAT SETIAP 6 BULAN. so mcm Amna nanti bulan July dia kna mai KK lgi utk sapu lain. 2. Baby PERLU DIAJAR BERUS GIGI *TANPA GUNA UBAT GIGI* seawal 7 bulan ? Amna dh 9 bulan bru tau psal ni aiyakkkk. Lagi lambat kita ajar dia gosok, lagi tinggilah risiko anak TAK MAU GOSOK GIGI? Tapi Alhamdulillah so far Amna seronok gosok gigi. Asal nampak berus pink tu je dia gosok2 style dia hehe. Tapi xde lah Amna terus tau berus tu utk gigi ye. Dalam 4 hari pertama tu, setiap kali saya berus gigi, saya akan bagi Amna pegang berus pink kecik tu. Pastu saya berus gigi slow2 depan Amna. Lama2 dia pun follow la. 3. TAK DIGALAKKAN GUNA UBAT GIGI selagi baby tu tak reti nak ludahkan balik air kumur2 dia. 4. Baby kena DIGOSOKKAN (guna kain lembut or berus gigi lembut) lidah dan gigi dia sekurang kurangnya 1 kali setiap hari sebab dia dah start makan benda selain susu kan. 5. Bawalah baby jumpa doktor gigi bila tumbuh je gigi susu dia. Tak kisah la gigi dia nampak elok ke x ke, mesti kena jmpa dr gigi! #theasianparentxMAMbaby
Đọc thêmSaya merasakan sahabat saya, Khalida amat layak untuk memenangi sebuah carseat kerana beliau adalah seorang ibu dan juga pelajar sepenuh masa di UKM. Sungguhpun sibuk, beliau sanggup untuk berkorban masa dan tenaga demi yg terbaik untuk anaknya. Beliau berjaya menyusu badan dan memberikan makanan serba sihat yang dimasak sendiri untuk anaknya yang tercinta! Beliau juga aktif di media sosial sebagai “healhty baby foods advocate”. Sudah ramai ibu bapa muda yang terinspirasi dengan hasil usaha beliau membesarkan anak beliau. Bayangkan betapa peritnya untuk beliau membahagikan masa antara kuliah, anak, isteri dan aktiviti berkongsi ilmu untuk kebaikan masyarakat Malaysia. Pelbagai rintangan dan cabaran telah beliau hadapi dan antara yg utama susah pastilah cabaran kewangan. Kita sedia maklum belajar di universiti amatlah meuntut perbelanjaan yg besar. Tambahan pula dengan seorang anak kecil, ianya pasti memberi cabaran yang amat besar buat beliau. Sudah lama beliau menabung dan kadang kala menyertai pelbagai peraduan untuk memenangi hadiar car seat namun masih belum rezeki . ? Jadi saya amat amat berharap melalui #tAPMYcares ini, impian beliau untuk memastikan anak beliau selamat terjaga di jalan raya menjadi realiti!
Đọc thêm