Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

tak tahu lagi KLU boleh suami ikut time bersalin,KLU sebelum tiada covid,suami ikut tmpt bilik bersalin kan,tk tahu sekrng ni

5y trước

Kena ikut hospital, Puan.. kalau di hospital kami pula, hanya kalau kedua-duanya negative COVID baru kita benarkan ikut masuk. Dan di sini kalau ada komplikasi, kebarangkaliannya suami tak dibenarkan ikut masuk untuk kurangkan risiko. Bukan risiko kepada Puan, suami dan anak sahaja, tetapi juga doktor dan kakitangan hospital yg terlibat. Puan kena ingat, selagi tak ambil vaksin, selagi tu risiko bagi ibu hamil sangat-sangat tinggi.