Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Hi Dr, jika saya plan nak hamil dalam masa terdekat, adakah patut saya ambil vaksin Covid19?

5y trước

Ya Puan Sharifah! Sebaiknya ambil vaksin sebelum puan hamil sebab kesan akibat COVID tu lagi teruk waktu hamil. Waktu hamil, badan puan akan alami perubahan. So Puan akan cepat penat, mudah sakit. Sebab itu kita sarankan ambil vaksin. Kenapa saya sarankan ambil vaksin sebelum hamil? Sebabnya, kalau Puan dah hamil, Puan kena tunggu smp 14 minggu, baru boleh ambil vaksin. Bayangkan dalam tempoh tu, Puan kena COVID pulak. Kan lagi bahaya? So puan jangan tunggu sampai hamil. Ambil vaksin segera. Kalau puan dah ambil first dose dan tiba-tiba hamil pun, masih boleh teruskan dose kedua. apa-apa pun, puan bincang dengan doc puan ya?