upt positive but belom kahwin

hi , saya belom berkahwin dan masih remaja , saya rasa menyesal dengan perbuatan saya .. mungkin ni balasan dari- Nya .. saya dah preg 4bulan , lelaki tu tahu dan suruh saya gugurkan .. dia tak kisah pasal kosnya , dia nak tanggung kos gugur tu .. tapi saya taknak , saya sayang kandungan ni .. setiap hari dia racun otak saya untuk saya ikot kehendak dia .. katanya dia takut family dia dan family saya takboleh terima dan dia tak bersedia untuk menjadi seorang bapa .. dan dia selalu cakap dekat saya , yang dia tu nak masuk gov untuk kejar cita cita dia , “kalau saya tak gugurkann mcm mana dengan masa depan dia ?” saya pun nak sambung belajar semula tapi saya sayang kandungan ni dan taktahu macam mana kadang kadang saya termakan dengan kata kata dia untuk gugurkan demi masa depan kami berdua , tapi taktahulah saya buntu .. setiap kali dia bercakap pasal gugur mesti saya akan menangis .. bila saya taknak gugurkan , dia cakap saya ikot tekak saya , saya selfish tak fikir anak ni lahir as anak luar nikah .. takfikir apa yang akan kena dekat dia .. saya sedih sangatt , kadang saya rasa nak bunuh diri .. saya tahu saya bodoh sangat sbb masih rasa kesian dekat si dia lepas apa yang jadi , pada mula saya ingt dia akan bertanggungjawab ..sbb dia selalu layan karenah mengidam saya .. teman saya checkup dn sebagainya .. tapi kenapa dia still minta saya untuk gugurkan ? saya sedih sangat , saya selalu pujuk dia untuk sama sama hadap apa yg akan jadi , but result dia still sama .. dia still dengan keputusan dia ! apa patut saya buat 😔?? saya cuma minta nasihat yang baik dari akak nd ibu ibu kat luar sana , saya tau ramai yang pernah berada dalam situasi saya .. saya dah buka buku pink , doktor suruh saya jaga emosi saya , sbb saya selalu stress .. saya tiada siapa , cuma minta pandangan nasihat yang positive dari anda semua ! terima kasih 😊 #pleasehelp #Needadvice #jangankecam #insanlemah

54 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Jangan fikir sampai nak bunuh diri adik. Kalau bunuh diri bukan 1 nyawa ja tapi 2 nyawa yang terlibat. Bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya. Frust ke stress dengan desakkan bf jangan sesekali ambil jalan singkat macam tu. Ingat Allah, ingat mak ayah, keluarga. Semua sayangkan adik. Buat apa nak buat tindakan macam tu. Tak baik, bertambah dosa yang sedia ada. Akak faham situasi adik ni dalam dilema sebab apa yang berlaku melibatkan maruah diri & keluarga. Bf pula tak nak bertanggungjawab atas bayi dalam kandungan. Bukan perkara mudah nak hadap sorang diri. Nak tak nak apa yang dah berlaku adik kena kuatkaan diri untuk hadapi juga. Kita perempuan ni bila jadi macam ni tak boleh patah balik dah. Perut makin hari makin besar tapi keputusan adik untuk tak gugurkan kandungan tu bagus. Bukan bermaksud akak setuju keterlanjuran adik dengan bf tu tapi bagi akak bagus sebab adik sedar tau dah buat silap & tak nak buat kesilapan lagi dengan gugurkan kandungan tu. Kesian bayi dalam kandungan tu tak berdosa. Pada akak pertama sekali adik kena bertaubat atas kesilapan yang berlaku & berjanji dengan diri takkan ulang lagi. Doa minta ampun pada Allah. Dia Maha Pengampun. Doa juga agar Allah permudahkan jalan adik & anak dalam kandungan. Baiki diri. Baiki kesilapan. InsyaAllah Dia sayang hamba-hambaNya. Tiap ujian pasti ada jalan terbaik untuk selesaikan yang dah Dia sediakan. Keduanya lebih baik adik berterus terang dengan keluarga sebab lambat laun dorang akan tau juga. Marah tu mesti ada tapi percaya lah keluarga mana tak sayangkan anak atau adik beradik. Lebih baik juga keluarga dengar dari mulut adik dari orang lain dulu. Bab bf tu lupakan jela. Buang jauh jela kalau gitu sikap dia pada adik sekarang. Alasan je tu konon takut family kedua belah tak boleh terima. Berterus terang pun belum tapi dah buat kesimpulan. Dah tu cakap tak bersedia nak jadi bapa. Sepatutnya sebelum dia sentuh adik dia kena fikir berjuta kali bab bersedia tak nak bertanggungjawab jika adik mengandung. Bukannya benda dah jadi baru cakap gitu. Mudahnya la. Last adik yang nak kena hadap sorang. Semua tu wayang je adik. Time check up, time alahan je layan tapi dalam masa yang sama nak suruh gugurkan. Itu dah nampak tanda dia sayang hanya time nak sedap ja adik. Bila dah jadi macam ni, adik dah mengandung dia senang ja nak suruh gugurkan. Pada pandangan akak kalau kahwin pun belum tentu dia akan jaga adik & anak sebaiknya. Lebih baik jauhkan diri dari dia & mulakan hidup baru walau sesukar manapun. Part dia tak nak bertanggungjawab tu biar la Allah balas bahagian dia. Akak tau cakap memang mudah sebab akak tak lalui. Apapun pesanan akak jaga diri, jaga kandungan baik-baik. Pejamkan mata, pekakkan telinga bila ada yang bercakap buruk tenang adik. Fokus baiki diri, baiki hubungan dengan Allah & jaga kandungan. Dosa pahala Allah yang berhak menilai kita. Yang penting anak. Itu amanah buat adik walau dia hadir bukan dalam keadaan yang diharapkan. Jaga sebaiknya. InsyaAllah masih ada sinar buat adik di masa depan. Nak sambung belajar teruskan je impian tu. Ramai je ibu mengandung yang dalam masa sama belajar lagi. Be strong ok. Good luck. Semoga dipermudahkan segala urusan adik & bayi dalam kandungan ya. 😊

Đọc thêm

hi dear. i pun younger like you. and i faham bila usia muda ni macam mana. especially you kena hadap this matter. but at the first place what you should do, face it. apa yang dah jadi you tak boleh nak patah balik. Tuhan dah izinkan you ada anak walaupun bukan dengan cara yang sepatutnya. so automatically anak tu tanggungjawab you. 1) inform your family even i know benda tu bukan senang macam orang lain cakap but you have to do. jujur is more better than being regret soon. 2) about your mindset ada anak tak boleh kejar cita cita, totally wrong. anak tu pembawa rezeki. i pun muda, masih study, ada anak, and alhamdulillah i boleh capai impian i. so sama juga macam you. jangan pernah anggap anak tu penghalang. takda kena mengena you punya cita cita dengan anak. 3) even that guy layan karenah you, teman checkup etc but the fact you boleh nampak yang dia taknak tanggungjawab. so you can think wisely. anak ni amanah, walaupun anak tu lahir bukan dengan cara yang halal, tapi tetap anak tu amanah. dont simply nak gugurkan. sorry, both of you kalau buat mistake then its fine, benda dah jadi, just jalan kedepan and betulkan mana yang patut diperbetulkan. anak tu takda salah. dia pun tak mintak nak dilahirkan dengan cara macamtu. so dia tak deserve untuk digugurkan atas mistake orang lain. i know you akan jadi mak yang the best soon! dont give up. everyone do a mistake. jaga anak kiriman Allah tu baik baik, you mesti boleh. and it’s ok kalau anak tu anak luar nikah, dont judge. you as a mom selalu doakan yang terbaik untuk anak you. semoga dipermudahkan segala urusan hidup you & your son soon 💗

Đọc thêm
10mo trước

siyez Komen ni bgi kesan pada hidup sye..sbb sye ponn ada sorg anak mcam TU..alhamdulillah skunk dh 4 tahun usia dia..tq sis...♥️

Hi awak, sejujurnya saya pernah alami benda yang sama cuma berbeza bab lelaki tu. saya dulu prgnant bf mmg nak tanggungjawab sangat2 tapi parents saya yang halang. Ayah saya kuat ilmu agama so dia fikir masa depan anak yg akan lahir nanti. Parents saya yang paksa saya gugurkan, waktu tu dalam 5-6 minggu. Sejujurnya saya sangat2 kecewa dan marah dekat parents waktu tu sbb tak bagi kami kahwin, dan suruh gugur sedangkan bf saya sungguh2 jumpa parents untuk bertanggungjawab. Tapi, lepas apa yang jadi, saya pula rasa bersyukur atas apa yg parents saya buat. Lepas semuanya stabil, parents saya setuju kami kahwin, Alhamdulillah saya dah pregnant 7 minggu. Saya pun pendosa juga, yg mengharap mengampunan Allah. Sy pun tak layak nak nasihat awak, tapi pandangan saya, First, saya rasa awak teruskan saja kandungan tu sbb usia dah 4 bulan. Sy pernah dengar ust azhar cakap, kandungan 4 bulan ke atas dah haram gugurkan. Sbb roh dah ada dlm bayi. Second, ajak bf awak bagitahu parents psal hal ni, nak taknak, cepat atau lambat awak kena hadap jugak benda ni. Lagi lambat lagi susah nanti. Kalau bf awak taknak jugak, kena paksa sbb masing2 dah buat kan? Kena tanggung sama sama lah. Kalau hal ni pun dia takboleh tanggungjawab mcm mana nanti nak galas tanggungjawab sebagai ayah. Bincang sehabis baik okay jangan gaduh2. Third, kalau takut parents marah atau apa sekali pun, awak kena kuat jugak. Marah2 nya parents dia akan tetap lembut hati dengan anak. Bincang dengan keluarga. Kalau awak takde siapa nak meluah, sokay, dekat Malaysia ni banyak dah tempat2 yg menjaga ibu2 hamil ni. Incase tiada siapa nak jaga awak. Kalau betul lelaki tu sayang awak, dia akan cuba apa sekali pun cara untuk jaga awak dan tanggungjawab. Sorry kalau ada yg mengguris hati, saya just tulis berdasarkan pengalaman, sbb sy faham sy pernah alami juga. Stay strong awak, jangan sakitkan diri

Đọc thêm

Dear, saya dh pnh lalui pengalaman ni.. Alhamdulillah skrg anak dh 6 tahun.. Saya pernah niat yg sama nk buang lagi2 msa tu tgh SPM.. Takut sgt2.. Takut malu takut knk marah dan mcm2 prasaan bercampur.. Tp bila setiap kali rasa tendangan bby hari demi hari. Rasa syg tu makin kuat antara saya dan anak.. Laki tu? Janji manis.. Kata nk tggungjwb kata nk kawen.. Tp lps baby lahir.. Xnk keja.. Harap saya je kerja.. Brg bby saya yg beli sndiri.. End up.. Saya pilih utk putus bila bby dh satu tahun.. Saya bsrkn dgn family saya especially my mom.. Tipu klau fmily x mrh x kecewa.. Tp bnda dh jadi xdpt diundurkn lagi.. N now saya dh kawin dgn laki yg lebih brtggungjwb yg syg ank saya mcm ank dia sndiri.. Awk kena berani.. Thats the only point..awk kena berani hadap.. Bgitau ur family.. Dear, lps besalin ke ada ank ke dh kawin ke anytime boleh je smbung belajar.. But to be with someone yg selfish mcm your bf.. Adalah satu penyesalan terbesar utk awk nnti. Trust me 🙏🙏 tinggalkan dia kalau dia nekad xnk tggungjwb.. Then bgitau fmily u.. What ever happened, dont stress n jaga ur baby.. Please.. Baby tu x slh syg..

Đọc thêm

Sis situasi awak sama dengn sy.. mse 2022 sy pregnet sbb terlanjur .. bf sy paksa sy gugurkn but sy xnk sbb sayg.. time tu kandungn sy dh 4bulan.. tpi sy still pergi kje balik mcm biase .. sy pakse sruh bgitau kedua family tpi bf dy xnk sbb dy takut .. dy pun muda lagi bru 20 sy 23 .. smpai la usia kandungn sy cecah dekat 6bulan time tu bulan puasa 2023 sy berani kn diri jujur dekat family sy dlu.. jujur sy mmg takut memula.. tpi sy terpakse sbb perut sy dh nmpak skit.. ayah sy mmg garang.. alhamdulilah ayh sy sruh kitornag kawin walaupun kandungan dh 6bulan time tu.. lepas sy bersalin bulan 6hritu happy ayh sy dpat cucu pertama.. alhamdulilah anak sy pun skrnag 7bulan dh pun … ayah n mak sy paling syg cucu ye… percaya la ckp sy.. jngn gugurkan .. budak tu salah 🥺… percayalah lepas je anak tu kluar ramai syg dy.. dlu suami sy sruh gugurkn tapi lepas je anak tu kluar .. tengok la dy yg beria syangkn anak dy.. walaupun x dpat di BIN dengn nama dy.. sedngkn tu anak dy.. dy menyesal tau… caya la ckp sy

Đọc thêm

sy setuju dgn kawan2 tap yg dah komen sebelum. jangan pernah fikir nak gugurkan kandungan, lagi pulak dah 4bulan dah bentuk manusia dah pun, ingatan akan menghantui tau, if tak gugurkan akan datang blh terngiang2 bodoh kita layan nafsu masa muda, kalau gugurkan plk terngiang2 kita bunuh anak sendiri. mental oo. nak study? nak kerja? tak aman. dah bunuh anak nak bunuh diri plk? auto bkn muslim selamanya neraka. nk gugur kalau kita yg sakit anak elok je dia? kita yg terseksa bf awak tu yg selfish, if bertanggungjawab masa niat nak setubuh pun dia tepis bkn dh mengandung baru suruh gugurkan fikir anak luar nikah ke apa. buat apa fikir apa jd kat dia.. awak je ada anak, dia bukan ada anak pun. ada anak tak pernah halang kita utk belajar, kerja, happy. taubat. lupakan pengecut tu sorang, buka buku baru, mula hidup baru. jaga diri elok2, hadap dgn family mintak maaf ulang2 walau beribu kali kena mtk maaf, nanti jaga anak elok2 didik anak jgn jd macam kita.. buat silap kita kena baiki, bukan lari dari kesilapan

Đọc thêm

Hai awak. Sy pernah pregnant anak luar nikah, cuma bezanya sy rape case. Tapi saya tetap teruskan kandungan sebab rasa berdosa kalau gugurkan dia. Lagipun sy sendiri mmg tak pernah terfikir nak gugurkan atau buang baby tu. Sy anggap ni amanah yg perlu sy jaga dan ada hikmah setiap apa yg jadi. Saya ambil spm dgn baby dalam perut, dan sy tetap sambung belajar sampai degree. U know what, tak pernah sekali pun sy menyesal lahirkan baby ni, instead sy bersyukur sangat Allah bagi baby ni utk sy jaga. Sy sendiri pun dah maafkan org yg rape sy dan move on dgn kehidupan sy. Teruskan je kandungan awak n pls bagitahu family awak okay. Kuatkan diri utk teruskan perjalanan ni dan pls jangan ulang kesilapan awak lagi. Pergi la scan baby n then tanya diri awak, adakah patut awak ikut cakap bf awak atau ikut naluri keibuan awak. Sy doakan semoga urusan awk dpermudahkan. Tapi penting sgt untuk family awak tahu sebab lelaki tu pun belum tentu tak tinggalkan awak. Dia sendiri pun selfish wak. Take care🤍

Đọc thêm

Nasihat saya sebagai yang pernah mengalami. jangan buat dosa sekali lagi.. baby tak salah. saya pun dulu fikir "it's the end of my dreams" sebab masa tu masih 19 tahun dan tengah belajar. tp percayalah, rezeki anak tu ada. saya kuatkan jugak untuk teruskan belajar. sekarang umur anak dh nak dekat 4 tahun. saya? bekerja, sambil sambung belajar lagi. nothing is impossible. jangan gelapkan masa depan awak sendiri dan cerahkan masa depan orang lain. kalau boleh, bincang elok2 dengan keluarga awak. soal tanggungjawab lelaki tu, awak lupakan je lah. kalau dia betul sayangkan awak, dia takkan lari dari tanggungjawab dia. sama buat, sama tanggung. but i guess it's good that he showed his true colours now. please jangan settle down dgn lelaki mcm tu. paling penting, JANGAN GUGURKAN KANDUNGAN AWAK. kesian dia🥺

Đọc thêm

I pun prnah trlnjur skali sbelum khwin, fortunately xpregnant, lpas khwin bberapa bulan, trus pregnant, tp msa tu kami xsedia, xnk lg, i pn mkn nanas muda 2 biji, maka keesoaknnya ggur lah bby kami, dh 9week ++ dh masa tu, uri pn dh bsar trbentuk, masa tu rasa lega, slepas tu sy dh xprnah mrasa pregnant, smpai sy btul2 nk dgn husband pn Allah daj xbagi, dh 9 tahun kami tggu zuriat slepaa ggurkn yg tu, kami solat taubat, mtk ampun, bnyk2 brsedekah trutama hri jumaat, mtk mak ayah doakn.. Alhamdulillah slepas 9 thun bru Allah bagi smula. Sy cuma nk ckap awk fkir lah shabis baik, apa yg awk nk bt akn bt awk trus trbelenggu dgn dosa, awk rasa lpas ggurkn dia prjlnn hidup awk akn mudah? Awk dh bt silap skali, awk jangan ssekali ulang lg, prcayalah ckap sy.

Đọc thêm

Hi dear, i've been in situation macam u..anak i sekarang dh 15 tahun, syukur alhamdulillah..15 tahun lepas, i decide untuk tinggal kan laki tu n alhamdulillah itu keputusan yg terbaik. perlu bagitahu family, in sya Allah dia org yg akan ada dengan kita, tinggalkan lelaki tu. Dia tak nak bertanggungjawab, nanti kawen makin sengsara. Kuatkan hati, byk baca allahumma yassir, usahakan kehidupan yg lebih baik, in sya Allah sinar pelangi yg lebih indah lepas ni. cita-cita, impian, kerjaya lebih baik, semua tu boleh dicapai, anak bukan halangan. Percayalah dan tawakal, kembali kepada Allah.

Đọc thêm