Minta pendapat

Betulke kalau kita tak bagi anak susu badan full ...nanti anak senang kena sakit ...kalau kita takda rezeki nak susukan anak full bf ,mean kita campur dngn susu fm tak boleh ke ?...ada tak ibu ii lain ,anak dia tak full bf tapi jarang dapat sakit sakit nie #seriusnanya #firstbaby

40 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Tidak sama sekali sis. Selalunya myth mcm ni dibuat oleh golongan terpaling best mom untuk menakutkan ibu ibu baru and menunjukkan dialah the best sbb dpt fully bf. Jgn percaya sama sekali. Saya ni dulu minum campur BF and FM elok je.. alhamdulillah dari dulu jarang sgt sakit. Seumur hidup saya, first time saya kena warded masuk hospital masa saya beranak haritu. Sihat n sakit ni dtg daripada Allah. Mmg tak dinafikan susu ibu banyak khasiat and ideally, mmg susu yg paling bagus untuk diberi pada anak.. tapi kalau dh ditakdirkan keadaan tak mengizinkan kita untuk fully bf anak, then please know that susu formula tu bukan racun ye. Anak saya haritu kalau saya tak campur susu formula, mungkin dh kena warded sbb kuning. Kalau dulu saya tak campur susu formula, saya mungkin akan meroyan sbb susu badan sikit, anak saya tk pandai latch, nipple crack sana sini. Kalau ibu meroyan, siapa yg affected? Tak ke anak sendiri? So saya pilih untuk jaga mental health saya so that saya boleh jaga anak saya sebaik mungkin. Now slowly anak saya dh pandai latch and nipple saya pun dh kurang sakit. Slowly we both learn how to get use to breastfeeding. It takes time and that’s okay. So sis, plz jgn takut untuk bagi anak minum FM. Kalau itu jalan yg terbaik untuk sis and baby then teruskan.

Đọc thêm

Anak saya mix bf dengan fm since lahir ada kuning tinggi sampai sekarang dah setahun sebulan. Alhamdulillah so far sekali ja demam masa cucuk setahun. Itupun kejap ja sehari. Susu badan pun tak banyak so nak tak nak kena mix juga. Hari hari saya tetap bagi bf tak kisah sikit ke banyak. Then topup dengan fm. Anak saya tak la berisi maybe sebab tak dapat fully bf tapi check up so far semua normal. Berat pun sesuai dengan usia & tinggi dia. Kita as a mom cuba ja bf semampunya. If tak dapat fully bf jangan rasa sedih. Perlu topup dengan fm buat ja asal anak tak kelaparan. As long as kita dah cuba yang terbaik tak perlu fikir pasal orang nak cakap apa. Situasi kita dengan orang lain tak sama. Allah tu tau apa yang terbaik buat kita. Mudah sakit ke tak kadang depend pada anak tu. Ada ja yang fully bf tapi kejap kejap tak sihat dan begitula sebaliknya. Ada yang fully fm atau mix tapi anak ok ja takda masalah sakit kerap pula. Kita sama sama cuba yang terbaik. Selebihnya serah pada Allah minta anak kita sihat sihat saja even tak fully bf macam yang lain.

Đọc thêm

Takla dear. Im a working mom yang selalu outstation. Untuk pump pun kdg2 tak sempat plus nak bawak storage bag kehulu hilir sangat2 susah untuk i. Travelling for a week so terpakasa baby minum fm. I sempat bf anak i 4months je. Yang bagusnya, breastmilk ni ada antibody and untuk growth/ development baby. Tapi kalau ada kekangan/ masalah kesihatan/ masalah susu tak banyak, boleh bagi fm but kena try and error tgk susu apa yang sesuai dgn baby. Baby sihat atau tak tu depends dengan cara kita jaga baby tu sebenarnya. Kdg2 faktor kebersihan/ alergy baby tu/ ada bela binatang kat rumah/ dll. Having a baby memang challenges tu banyak. Banyak dugaan nya. InsyaAllah dipermudahkan semuanya ya dear. You positive je. Pedulikan apa orang kata. Setiap baby lain, tak sama dengan anak orang. Ketahanan baby tu lain2. Just enjoy your parenting journey ya dear

Đọc thêm

saya pun kadang terasa hati orang cakap cakap pasal bagi baby full formula. first baby tak tahu mcmana. dia kuning sebulan. seminggu dia tak menyusu. puting saya lagi jenis tak keluar sangat dan kecik kena lagi dia kuning malas nak isap. last last bagi formula. minggu kedua dia lahir. saya still pump dan kasi dalam botol tp dia taknak mungkin lagi sedap formula bagi dia. then susu saya kering. sampai sekarang 4bulan formula. orang cakap cakap anak akan cepat jatuh sakit dan antibody tak kuat. saya taknak cakap apa apa saya diam ja. kalau mcmtu apa pula cerita kalau ibu meninggal semasa melahirkan bayi. dia pun minum formula kan. hidup ja mcm orang biasa. sakit sangat hati saya orang cakap cakap sibuk pasal susu ni!!! 😭😭😭

Đọc thêm

Sakit tu subjective, terpulang pada cara kita jaga kebersihan sekitaran kita. Anak saya pun tak fully bf, sebab susu tak keluar banyak. Jadi saya memang campur dgn fm. Now dah 13 bulan. Alhamdulillah so far belum lagi yg berpanjangan atau cepat berjangkit. Semua terpulang pada cara kita handle anak kita. Pemakanan anak pun harus dijaga. Tu yg penting. But no doubt susu ibu paling disyorkan tapi sekiranya atas faktor2 tertentu takkan kita tetap nak paksa diri dan end up stress. Penyakit lain pula akan dtg. Jadi sis tak perlu terpengaruh dgn pendapat org2. Dengar boleh, tapi nilaikan sendiri. Org tu tak lalui apa yg kita lalui. Setiap org journey membesarkan anak berbeza. Sis positive je okay!

Đọc thêm

Tak tolak mmg ada fakta kajian susu ibu bnyk nutrisi utk anak sbb 100% vitamin susu diserap oleh badan ank ,susu formula pula x seratus% budak serap ,selebihnya akan jdi taik , tp kann bf ni rezeki , dpt bg anak susu fm pun rezeki . Sihat atau tak ,kan Allah yg bgi ,kita doa je bnyk2, agar anak kita dibawah lindungan dia . Challenge dua2 pulak mmg lain2, kalau bf nti dugaan nak putus susu bdn sbb kehulu kehilir ank nk tek, dugaan fm pula stiap bulan larap beli susu pulak, yg penting kita enjoy the process , kalau rasa circle skrg bnyk toxic try topup ilmu mcm mana nk bg the best fm for our baby, mgkin ada tekniknya , kita blajar ajak suami skli so sama2 in the journey

Đọc thêm

sy anak pertama dan kedua x dpt nk bg bf sbb susu mmg kurang, ank pertama kejap je, anak kedua 3 bulan dh start campur fm, sakit atau sihat tu kita x boleh nak kawal, tpi alhamdulillah anak² sy bukan jenis yg kerap demam atau sakit, lepas dia besar jg pemakanan dia, BF ni bagus sbb dia bg sistem keimunan pd baby saat baru lahir, tpi bukan kekal smpi dia besar, bila dh boleh hasilkan keimunan sndiri diorg dah ok dah, jf p3makanan diorg...x guna klau bg BF lepas diorg boleh mkn duk bg fastfood dan junk food semua tu, sm je nnt...dah rezeki kita x dpt bg BF bukan bermkna kita x syng anak, jgn dengar ckp org sis, anak kita...tentula sayang kan...

Đọc thêm

hai sis, saya pun bf anak hanya 2 bulan shj itu pun jarang2 sbb susu badan mmg sikit dan mulut2 org yg menyakitkan hati sepanjang saya berpantang. Skrang ni anak saya full fm walaupun kdg2 hati ni rasa sedih sbb tak sama macam org lain yg dapat susukan anak mereka smp bertahun. tp takpe saya terima takdir dan rezeki saya ini. sehingga sekarang orang masih burukkan anak saya sbb tak susu badan, katanya akan kerap sakit, akan bantut, tak pandai macam org lain, anak tak sayang ibu lah sbb tak touch skin to skin dgn baby. until today, saya pasti akan nangis kalau memikirkan benda2 ni. even family tu yg cakap macam tu.

Đọc thêm
1y trước

betul lah tu sis. takpelah kita tau mana yg terbaik untuk anak kita. semoga Allah sentiasa melindungi anak2 kita dari perkara2 yg buruk. aaminn

Sakit ke Sihat ke Allah yang bagi. Kalau fully bf Allah takdirkan sakit, sakit juga lah, sama juga dgn FM. Tak dinafikan mmg susu ibu paling baik dan boleh tambahkan antibodi serta tak terbanding khasiatnya dr susu FM.. tapi at the end..its all depend macam mana kita cara jaga dia, persekitaran, pemakanan dll . Kalau tiada rezeki utk fully bf then its okay sis, no need to worries, Allah tidak menguji jika kita tidak mampu. Sis jaga anak sis baik², pastikan kelengkapan dia cukup makan minum, emosi stabil insyaAllah sihat anak ..

Đọc thêm
1y trước

ye, sihat sakit anak tu kadang faktor luaran bukan sebab susu yg kita bagi.. macam anak saya sakit itu hari sbb org sekeliling sakit, jadi berjangkit dgn anak sampai la teruk kene masuk wad. 2 ank sekali masuk wad,alhamdulillah skrg dah okay

Hi awak. Saya mom yang mix feeding mcm awak. Now anak dh 10 bulan. Siang saya bgi botol jugak. Mlm fully bf. And anak saya ada je demam dan sebagainya. Sakit tu dari Allah. Kita as mom buat je yg termampu dont try too hard sampai stres fikir. Inshallah ok saja. Tapi tak dinafikan susu bdn mmg bagus sangat untuk baby. Also my baby knows kalau dia sakit demam ke apa dia lgi suka ngempeng minum susu bdn dari botol . If awak tgh bf kan lgi baby awak, teruskan saja ye. Fikir yg baik baik🥰🥰💪🏻

Đọc thêm