nak thuuuuuu

bawah perut sakit sagat ...nak jalan pon pegng perut ..rsau perannkn jatuh ank dh 5 bulan ..korng pernh ade pglmn mcm ni tkk

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

awak cuba baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. doctor ada share simptom2 kalau peranakan jatuh Ada netizen tanya saya, “Doktor, betul ke kalau skipping boleh dapat peranakan jatuh?” Jawapannya ialah: TAK BETUL. Jika peranakan anda jatuh, sebabnya ialah otot pelvis anda lemah. Jika otot pelvis anda lemah, tak payah buat skipping pun organ peranakan anda akan jatuh juga. Jika otot pelvis anda lemah, buat skipping ke tak buat skipping ke tiada pun perbezaan sebab organ dalaman anda tidak boleh disokong oleh otot pelvis yang lemah. —————————————————————— Bagaimana nak mencegah peranakan jatuh? Jawapannya ialah: 1) Kuatkan otot pelvis anda dengan senaman kemut-kemut/Kegels/Pelvic Floor Exercises, terutama sekali selepas bersalin. 80% wanita mendapat kelemahan otot pelvis selepas bersalin normal, terutama sekali jika teran terlalu lama bayi yang besar. Ada sebabnya doktor tak suka anda teran terlalu lama bila nak bersalin. 50% wanita mendapat kelemahan otot pelvis selepas bersalin secara pembedahan Caesar juga, sebab walaupun tidak perlu teran bayi keluar, kehamilan saja boleh melemahkan otot pelvis sebab berat janin di dalam kandungan itu disokong oleh otot pelvis juga. 2) Cegah obesiti, sebab bila anda obese, otot pelvis anda terpaksa menyokong berat yang lebih membebankannya. Sebagai contoh, jika berat badan anda sudah naik 20kg melebihi berat badan yang normal, ini sama seperti otot pelvis anda mengangkat berat 20kg setiap hari, walaupun anda kata anda tidak pun buat kerja angkat berat-berat. Anda tak payah angkat berat pun otot pelvis anda sudah terpaksa angkat berat, sebab menyokong badan anda yang berat. Jika anda ialah wanita yang ada obesiti, risiko untuk mendapat peranakan jatuh adalah 50% lebih tinggi dari wanita yang tidak obese, walaupun anda tak buat apa-apa skipping atau lompat-lompat. Sebaliknya, jika anda rajin buat senaman Kegels atau kemut-kemut atau pelvic floor exercises untuk menguatkan otot pelvis, anda boleh buat skipping dan lari marathon sampai ke tua, tanpa masalah peranakan jatuh. 3) JANGAN MEROKOK dan JANGAN VAPE. Wanita yang hisap nicotine boleh mendapat masalah peranakan jatuh pada usia yang lebih muda walaupun tidak pernah mengandung dan tidak pernah bersalin. Nicotine itu boleh merosakkan vaginal elastase dan sel otot pundi kencing. 4) Dapatkan rawatan untuk batuk yang kronik. Apa-apa masalah yang menyebabkan batuk-batuk yang kronik, iaitu batuk-batuk melebihi 3 bulan, perlu disiasat dan dirawat. Batuk-batuk yang berterusan menambahkan tekanan ke atas otot pelvis, seolah-olah anda mengangkat berat yang berterusan. 5) Cegah sembelit dan jangan teran untuk membuang air besar. 6) Jangan angkat berat-berat. ———————————————————————- Apakah simtom peranakan jatuh atau pelvic organ prolapse? 1) Kebanyakan wanita tiada simtom pada peringkat awal, dan tak tahu ada otot pelvis yang lemah (mild pelvic organ prolapse) sehinggalah ia bertambah teruk. Mild pelvic organ prolapse atau peranakan jatuh yang ringan atau sederhana tiada simtom. Sebab itulah jangan tunggu ada simtom. Mencegah itu lebih baik dari merawat. 2) Bila peranakan jatuh bertambah teruk simtomnya ialah terkencing bila terbatuk, terkencing bila terbersin, terkencing bila buat skipping. 3) Masalah seksual sebab saluran vagina yang lebih longgar tanpa sokongan otot pelvis. 4) Rasa tak selesa seperti ada benda di dalam vagina. Ini ialah rahim uterus yang jatuh ke bawah ke dalam saluran vagina yang lebih longgar atau pundi kencing yang jatuh menekan ke dinding vagina disebabkan kelemahan otot pelvis yang tidak menyokong organ dalaman di kedudukannya yang asal. ———————————————————————— Otot pelvis anda ialah otot yang menyokong organ dalaman anda di kedudukan yang betul. Belajarlah buat senaman yang menguatkan otot pelvis anda setiap hari. Buatlah senaman kemut-kemut atau pelvic floor exercises (Kegels) setiap hari sampai ke tua dan jangan benarkan diri anda jadi obese. Insyallah sampai umur 50 tahun macam saya pun anda boleh buat skipping tanpa masalah, jika otot pelvis anda kuat. Jika anda kuatkan otot pelvis anda, buat skipping pun tiada masalah peranakan jatuh. Ini bukan rahsia. Ini ialah fakta. Ini ialah ilmu sains physiology manusia. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda.

Đọc thêm

Sy biasa rasa peranakan jtuh... Masa lahir kn ank ke 3,dia x sakit sbnrnye tp rasa cm ada something dkt vigina, memg x selesa time jln, cm ada bnda tersembul...masa nurse dtg mlwt sy cerita kt dia, dia tngok kt bwh...Tp dia ckp xdk ape, maybe rahim trun skit katanya...nnt bila urut, mntk tukang urut urutkan skali dkt rahim tu...alhamdulillah dia kembali kt tmpt asal lepas mngurut...

Đọc thêm
2y trước

hrni bru tukang urut dtg sbb kencng pon x selsa kt perut smua

Saya kena haritu, mak urutkan elok dah. Sakit dpd area perut kanan bawak ke belakang pinggang sana. Fuhhh padu oo. Dok google kata appendix 🤣🤣

Sis i pun selalu letak anak atas perut. Anak i suka tidur atas badan i. Now berat dia 8 kg. Tak pernah pulak sakit macam u. Better u pergi check

2y trước

baikk insyallah doakan sayaa sakit perut biasa lah

saya dh urut tadi perannakkan jtuh skit sbb tu sakit doakan saya sht selalu nk jaga ank dan kita ibu2 yg hebat insyallah ..

Sis jgn diagnose sndri ya. Nak tahu knapa jadi mcm tu trus ke klinik kesihatan yg berdekatan atau ke klinik swasta ya. 😊

sis dah pergi check ke? agak merisaukan la kalau sampai jalan pun tak selesa.

2y trước

sampai kentut pon smua trsee ..bila cht tukang urut dia ckp takut peranakkan jatuh nk ckp buat kje brt tk ..tpi selalu ltk anknktperut jelah ..blom g cek lagi suami kje ..hrp2 eosk ok lah amin ..

dah berapa kali beranak normal? selalu angkat brg2 berat ke? kerap buasir?

2y trước

agak mustahil utk rahim jatuh,apa lg bru pertama kali bersalin. boleh try p klinik utk check, maybe bleh scan skali, doctor akan check laluan bwah utk pastikan kdudukan rahim tu ditempat asal ke tak..

Sampai nak jalan pun pegang perut better sis pergi jumpa dr terus. ☺️

2y trước

syaa dh urut tadi smoga lpas ni baik2

takot peranakan jatuh teruk la kalau sampai jalan pun xselesa

2y trước

amin amin meksih