Macam ni puan, sebaiknya berbincang dulu. Pembawaan masa mengandung ni lain dan keluarga sebenarnya TAK DIBENARKAN menyibuk hal rumahtangga puan. Kalau puan dan suami berpisah, fikirkan kesan pada puan dan anak yang dikandung. Tekanan boleh menyebabkan benda tak elok berlaku.
Lumrah ibu mengandung memang sentiasa nak perhatian, keluarga takde hak untuk masuk campur. Suami dah berkeluarga, jadi keluarga dia kena faham.
Situasi ni hanya akan menyebabkan rumahtangga puan tak sihat. Kawan juga pernah alami benda ni, anak sambung belajar jauh. Dia menetap rumah mertua. Tapi sebelum nikah, mertua baik sahaja. Bila nikah, belang mertua nampak. Keluarga suami dia selalu mengutuk itu ini, hina itu ini. Akhirnya bercerai dan mujur dia belum mengandung.
Seeloknya puan dan suami berbincang berdua, selesaikan masalah berdua, duduk berdua. Anak menjadi saksi, dia mesti sedih. Bila puan sedih, anak sedih.
Đọc thêm