Hi mommies.boleh share tak any tips utk pregnant? Dah setahun lebih ttc. Mcm2 dah try buat.

26 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sedikit pengalaman sis. 1. Pergi cek masalah kesuburan, saya dapat tahu cyst+pcos selepas hampir 2 tahun kahwin. 2. Folic acid, 3,4 bulan sebelum pregnant saya amalkan brand appeton, sebelum tu saya Makan sunward, but untuk ikhtiar hamil better ambil appeton. 3. Saya minum susu efferty coklat dalam 8 box, serius cakap haid yang nak menghilang lepas 3 hari period lepas minum ni alhamdulillah normal ke 7,8 hari balik, minum celup2 jugak sebab mahal kan, huhuu 4. No fastfood, sy tak tinggalkan terus tapi dalm sebulan tu makan sekali dua je kalau nak sangat, sebelum tu seminggu 3,4 kali makan, nyesal 5. Makan nenas setiap hari start period hingga hari ke 15, dan kurangkan makan ayam, banyakkan makan ikan segar. 6. Yang ni sy x pernah share dengan org, masa kahwin ada org bagi hadiah maharani hai o, nak buang sayang jadi saya makan sebelum tahu pcos tu saya pernah makan sekotak ikut aturan ikhtiar hamil lekat tak lama gugur, kemudian saya makan lagi 2 kotak macam tu Alhamdulillah lekat lagi, maybe awk boleh ikhtiar juga. 7. Jangan stress, kunci utama, sentiasa positif Allah akan bagi bukan bila kita nak tapi bila kita dan suami dah bersedia. Saya doakan awak dan suami dikurniakan zuriat yang ada segala kebaikan kepadanya.

Đọc thêm

saya ttc 1.5 thn slps buang fibroid. umur 40thn. Doc kata sy dh ok, but husband of course dia x nk check kesuburan. Bab ni jd sgt sensetif bg kami. Jd sy ikut saranan doc. Suami isteri mkn folic acid, vit c, makan buah2an n sayur hijau fresh (part ni mmg sy kene rajin sediakn mknan fresh utk kami). Supplement tmbhan utk husband, mkn bio-selenium plus stiap hari. check opk setiap kali time nk dekat subur. Benda ni sy buat hampir 1 thn lebih sampai 1 tahap sy redha sbb umur dh hampir 40thn masa ni, fasa org kata dh x subur sgt tgi.. dan mcm2 risiko. tp doc sentiasa positif kn sy. Sy yakin janji Allah. perkara plg mujarab dan tiada hajat yg mampu dikabulkn melainkan Allah izinkan.. saya amalkan selawat atas Nabi 2000 kali dan usap perut, doa moga berkat selawat, Allah suburkan rahim dan mudah lekat. Slps bersama, selawat usap perut moga dipermudahkan lekat. Alhamdulillah dgn izin Allah.

Đọc thêm

Try check up kesuburan suami isteri dulu. Kalau dua dua okay then baru cuba tips tips lain. antara tips yang saya nak share 1st: sis boleh try jaga pemakanan cut sugar gluten dairy. Makan real food saja. no process food no fast food no junk food. Saya kurangkan ayam lebihkan ikan. tapi still makan ayam juga. 2nd: Sis banyakkan makan sayur and buah. Lebihkan sayur2 hijau macam bayam kailan brokoli. Buah macam kiwi delima oren avocado pear. 3rd: Amalkan minum air lemon kosong suam pagi2 and perbanyakkan makan kacang almond dan walnut. 4th: Jaga waktu tidur and cuba kawal stress. 5th: Cuba luangkan masa untuk exercise or briskwalk at least 3kali seminggu. Tu antara cara ikhtiar saya yang ttc 2tahun + pcos borh ovary. Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk merasai pengalaman pregnant.

Đọc thêm

memula puan check dlu kesuburan. klau dua2 tak ada masalah alhamdulillah. saya dlu amalkan diet mkn mknan berkahsiat, cut sugar,fast food, proses food..then amalkan minuk air rebusan kulit kayu manis ceylon perah sedikit limau nipis satu cawan setiap mlm. time period sya akan makan nenas untuk keluarkan semua period2 lama sebb period sya lepas gugur keluar sedikit org ckp xlawas. lps sya mkn nenas alhamdulillah bnyak keluarnya..then emosi kena jga jngn stress, kalau suami merokok mintak dia kurangkan kalau boleh stop pon baik..last sekali setiap kli solat jngn pernah skip mintak doa dekat Allah swt, dan amalkan bca doa nabi zakaria setiap hari.. insyaAllah puan.. semoga di permudahkan untuk puan dan suami aminnn..

Đọc thêm

Sy ttc 3 tahun lebih. Ni pengalaman sy la. Dh dekat nk puasa ni sy share sikit mcm mna sy dpt bby. Puasa ni cuba buat tahajjud stiap hari. Byk2 kn selawat, ayat seribu dinar 3 kali stiap lepas solat. Sy puasa tahun lpas stiap hari mkn salad, dada ayam & telur rebus. Niat msa tu nk kurus. Tp x sangka Allah bg rezeki. Byk mkn sayur hijau2..Cuba solat tahajjud tanpa miss minta dgn Allah. Stiap kali lpas mohon dr Allah tutup dgn selawat 3 kali..lpas tahajjud baca selawat 100kali istighfar 100kali..

Đọc thêm

mcm sy, cuba diet.. buat senaman sikit.. mkn acid folic, cuba berurut tradisional, pstu kbtulan ada mkcik² g umrah mnx doa kan.. ada kwn² y preggy mnx doa kan.. ada bela kucing y asl dtg umh je mesti bunting pn sy mnx dia doa kan.. y pnting kita positif n enjoy kan diri.. jgn stress².. in shaa allah.. kdg bnd y x jangka tu la dia dtg.. moga Allah tiup kan si kecil d rahim kamu sis.. aamiin..

Đọc thêm

hari pertama bersih dari period (biasanya hari ke-7) boleh bersama. selang 2-3 hari (sy buat hari ke-10) bersama sekali lagi. kalau nak tahu waktu subur bila lendir yang keluar mcm putih telur likat kental transparent sikit. boleh cuba cara ni. saya dah buat tapi tak tahu la sebab cara ni ke atau kebetulan. sy ttc 4 tahun. sy buat dalam 2 kali pusingan period alhamdulillah dah lekat.

Đọc thêm

Saya ttc 5 tahun. Sy bt dance workout ikut youtube (channel: growwithjo) & exercise turun naik tangga kt rmh je - seminggu dlm 2 kali. Kerap makan salad/sayuran. Niat asal saja suka² sbb nk improve health tapi tak sangka selepas 3 bulan sy preg. Jgn pressure ikut org sgt, ikut apa yg body kita mampu & kita enjoy doing ❤️

Đọc thêm

Kalau dekat dgn Kelantan, boleh cuba ikhtiar di D Aura Maznah Beauty Centre, Pasir Tumboh. Alhamdulillah sy hamil sbulan selepas ikhtiar kat sana (TTC hampir 8 tahun). Berurut & makan ubat yg diberi. Sepupu pun hamil lepas ikhtiar kat sana. Alhamdulillah dgn izin Allah. Boleh cuba ke sana sis kalau ada kelapangan :)

Đọc thêm

Saya 6 bulan kawen baru mengandung. Kene tahu tarikh subur. Dan bersama suami selang sehari. Pemakanan sy mcm biasa je sbb sy mmg x mkn manis sgt and kurang fast food. Suami pon sama. Semoga awk cepat dapat rezeki ya.