Baby tidur tak lena
Baby umur 1 bln 18 hari. Dah 3 minggu baby kerap kembung perut, nafas berbunyi, muntah, tidur tak lena, menangis seperti kesakitan. Sedih sgt tengok baby camtu. Ada tak ibu2 brpengalaman kat sini boleh share, apa patut saya buat..
Muntah ke muak tu? Kalau muntah kena refer doc takut ada masalah sampai nafas berbunyi. Kalau muak tu kne rajin sendawakan, kekdg ambil masa sedikit & masa sendawa tu memg akan keluar muak sikit. Masa checkup baby, suarakan hal ni dekat nurse, insyaAllah dorg akan tolong. Tuam baby selepas mandi & rajinkan pakai minyak angin/telon tiap kali tukar pampers. Baby mgkin banyak angin tu, dia nak keluarkan sendiri tu tak boleh. Cuba tiap kali je dia terjaga n nangis lepas susu, angkat & tepuk2 belakang dia sambil dukung dia dekat bahu kita. Nnt angin akan keluar. Masa tu baru dia boleh lena tido. Kalau dia nak susu lagi, bagi je sbb kekdg sbb masalah angin sbb tak sendawa tu yg kacau baby tu. Tu yg nangis kaw kaw sampai masuk angin lagi. Okay ibu. Baby ni kena banyak experiment, sbb dia tak boleh cakap lagi. Kalau A tak jadi, B C D.. Z ada. Fighting ibu ❤️
Đọc thêmcuba tgk cara pernafasan dia okey ke tak? klau dia tarik nafas smpai nmpak tulang tu kena p hospital. bahaya tu.. nafas klau berbunyi tu rasa mcm xok tu, tkut saluran pernafasan dia sempit. klau perut kembung baby akan nangis kuat sambil menendang, boleh buat urutan I L U or senaman kayuh basikal sampai baby kentut. boleh google teknik tu.. sebaiknya dpatkan nasihat doctor, pergi ke hospital bhagian emergency tu drp biar tanpa tahu punca. kita klau sakit kita pandai cakap,baby klau sakit nangis saja la dia.. mak ayahnya la kena alert bab jenis2 tangisan ni..
Đọc thêmBawa jumpa doc sis.. Bby saya dulu ada berbunyi bila bernafas masa 2.bulan.. Lepas tu bila jumpa doc, doc detect nafas dia laju. Then doc suggest ambik blood test & xray. Pastu dari situ detect bby ada kena infecfion tapi xsampai tahap kena admitted.. Doc suruh monitor bby punya nafas & luckily dah okay.
Đọc thêmrajin tuam badan baby selepas mandikan untuk elakkn masuk angin dalam badan..jngn lupa pakaikan bengkung baby...sentiasa sendawakan baby selepas menyusu...lebih lebih lagi anak lelki sebb dorang lebih mudah kena angin pasang...
Sapu minyak angin betis, tapak kaki, perut, belakang pinggang, dada, belakang telinga, stiap kali tukar pempes.. Sudah menyusu jgn lupa tepuk/gosok kebawah belakang badan baby smpai baby sendawa..