Stress + annoying.
Baby ay baru masuk 5 bulan. Everytime balik kampung mertua ada je yg nak ditegur oleh family sana. Kepala anak sy panjang sikit dok sebok tegur kenapa kepala dia mcm tu. Pipi kena ruam susu tanya jugak kenapa pipi dia mcm tu. Kaki dia merah kena panas pun nak jadikan 1 pertanyaan. Lepas tu asik nak tegur je mcm sy ni xpandai nak jaga anak sendiri. Anak blum meniarap tp sy ckp la kadang niarapkan dia. Pastu ada la yg cakap jgn tolong dia meniarap nnti dah besar asik mntk tlg je. Jgn buat cmtu nnti dh besar anak tu kuat menipu. Jgn cmni nnti anak xpandai. Seusia cmni kan baby dah mula pandai tarik kaki masuk mulut. Tak abis2 nak tegur sy jgn bg anak hisap jari kaki nnti nak adik. Mana dtg tah istilah nak adik tu. Dah memang fitrah baby usia mcm ni akan hisap jari kaki kan. Xkan la 1000 baby buat mcm tu semua nak adik. Serius rimas sgt. Semua benda nak tegur. Family sy xpenah pn nak tegur2 mcm tu. Kadang rasa xnak balik sana bawak baby. ? Sebenarnya dr mengandung lg suka sgt dok cakap yg bukan2. Jgn itu jgn ini nnti mcmtu mcmni. Mcm tak boleh nak cakap yg baik2. ? Maaf kalau xsuka dengan luahan ni. Xtau nak luah kt sape dah. Stress sgt. Kita sedaya upaya nak jaga hati tp taknak langsung jaga hati kita ni. Cakap main lepas je. ? Tq sudi baca.
mummy after a wifey