Pantang Sendiri
Assalamualaikum, saya nak tanya, if saya pantang sendiri ada risiko apa2 ke? saya dh tkde mak ayah and anak2 mertua semua lelaki, kalau pantang dkt rumah mertua, rasa tk selesa lg2 bab aurat, mertua pun ada ckp dia tk sudi nk jaga, if saya nk pantang rumah mertua, mertua alu2kn je asalkan semua saya yg buat sendiri, mkn pantang pun mertua ckp order lg better, mertua saya balu jd dia lebih suka buat hal sendiri😭🙏🏻 then saya plan ambik CL seminggu ja, hari seterusnya tu pantang sendiri ja, ada apa2 risiko ke if saya pantang sendiri?? mohon penjelasan mums
Saya pantang sendiri. Yang penting suami kena faham & banyak membantu. Sebelum suami pergi kerja dia mesti akan buat benda benda ni dulu:- - sediakan air mandian herba saya & letak siapsiap dalam bilik air - sediakan air suam baby & mandikan baby & siapkan baby Balik dari kerja:- - sediakan mandian herba/ air panas untuk saya mandi malam pula - basuh pinggan dalam sinki - basuh/jemur baju (setiap 2 hari) Hari suami cuti:- - kemas rumah sikitsikit & mop - sediakan mandian saya & baby & siapkan baby - tungku & pakaikan saya bengkung - masak lauk pantang saya & nasi *** hari suami bekerja saya tak minta dia masakkan sebab saya kesian risau dia lewat ke kerja & kelam kabut. Jadi orang lain yang masakkan & hantar ke rumah setiap hari. Seminggu pertama lepas cuti paternity suami habis, saya upah CL untuk urut badan & siapkan baby (amik pakej 3jam). Lepas habis rawatan semua baru suami take over sepenuhnya jaga saya sendiri. - ibu yang baru melahirkan tak boleh terlalu lasak sebab badan masih lemah & dalam fasa pemulihan. - berdiri terlalu lama pun tak digalakkan apatah lagi buat kerja berat. - yang penting ibu jangan stress kena banyak berehat
Đọc thêmAda pro n cons pantang sendiri nie. Lebih selesa kalau pantang sendiri nie. Kita bebas nk buat apa saja di mana2 saja. Boleh susukn baby di ruang tamu instead duduk baring dlm bilik je. X payah pakai bra di rumah untuk 1- 2 weeks after delivery. Sy delivered 1st baby masa PKP, MIL dtg rumah untuk membantu. Tp x de bantu apa sgt pun. Baby kena kuning & warded 5 hari. Dlm 5 hari nie la sy pulun tido siang malam sambil merawat luka nipple crack & pam susu, dan juga makan makanan seimbang. Masa nie sy kena sembelit, hampir 1 jam duduk toilet. But i have very good sleep. Baby balik saja rumah, sy continue sleep n breastfeeding her. Dlm 2 minggu tu badan dah rasa bertenaga. Sy x de pun bertangas, berurut semua nie. Bertungku pun bila ingat buat, x ingat x buat. Alhamdulillah, lpas 2 minggu sy dah boleh drive sendiri bw ank check up sbb husband keje. Insha Allah awak boleh. 💪🏼 Set in mind positive vibe. Klau setiap jam nk kena menyusukan baby, find a way yg awak boleh menyusukan baby and at the same time awak boleh tido. Bila ada newborn nie, x cukup tido, baby meragam, benda tu pasti kita semua akn merasa. So, dont lose ur mind. Get prepare n find ur way.
Đọc thêmSaya pantang sendiri je wak. Anak first jugak. Saya amik CL 3hari je utk berurut semua tu. Itu pn berurut lps seminggu sbb minggu pertama tu busy ulang alik hospital melawat anak n hantar anak checkup semua. Makanan kadang husband prepare kalau cuti, kadang beli dkt kedai bila nk mkan panaskan je. Selalunya menu beli dkt kedai mcm sup2 lah, sup daging ke ayam ke. Pstu tinggal campak2 sayur n stim ikan. Saya pantang hampir setiap hari menu sama je. Sayur pn saya makan sawi, lobak merah n lobak putih je. Penat pantang sendiri ni dari segi mental bila nk uruskan anak, tambah lagi anak jenis meragam. Kadang menangis jgk call husband suruh balik keje awal. Sbb dari segi fizikal kita lemah lagi, tambah lagi tak cukup tidur. Nak pulak newborn ni kerap menyusu. Sejam / dua jam sekali. Kalau awak amik CL yg urus semua benda utk seminggu tu ok sgt dh. Awak boleh belajar banyak dgn CL nnti…
Đọc thêmWaalaikumussalam, ok juga ambil CL. Tapi kan sis, slps seminggu tu dlm masa sebulan tu badan sy masih lemah. Cpt mengantuk, sakit tmpt jahit & rasa mcm rahim nk terkeluar even berdiri je or dukung anak. Then sy pernah masak bubur kt dapur tp masuk bilik semula susukan baby sudahnya sy tertidur sampai bubur rentung. Nasib mak mertua sy tlg tutupkan api at last. Minggu ke-4 tu baru husb sy ambil pantang sendiri kt rumah & sy msk mcm biasa. Masatu dh kurang sakit. Actually sy dh siapkan ikan/ayam/sayur dlm plastik asing supaya sng husb sy tlg masakkan simple. Wlpn husb sy bkn jenis yg suka masak tp dia sukarela nk bantu. Mungkin if husband sis boleh tlg bab mkn pantang sis ok juga. Baby sy mandikan sendiri. Tp klau ad org bantu lg bagus.
Đọc thêmWaalaikumsalam puan, Saya masa berpantang anak sulung di rumah mentua memang saya banyak stress sampai depression & anxiety teruk. Hampir 24hrs bertudung sebab ipar2 semua lelaki dalam rumah tu. Nak berpantang dengan family sendiri susah sebab mak dan ayah dah bercerai dan masing-masing ada keluarga sendiri. Anak kedua saya berpantang sendiri dengan dibantu suami. Alhamdulillah suami sangat membantu dan masa ni saya memang tak ada stress ke apa. Semuanya berjalan lancar. Anak ketiga ni pun mungkin berpantang sendiri sebab duduk jauh dari keluarga dan saudara mara. Semoga dipermudahkan ya puan aamiin 🥺🤲🏻
Đọc thêmboleh je amek cl seminggu. kalau ade bajet extra boleh amek cl tu package yg stay in. kira dri pagi sampai ptg, sementara husband nak balik kje. tapi suruh husband amek cuti lama sikit. dlm 2weeks ka. nnti suruh cl tu dtg bila husband dah start masuk kje balik. atleast, bila khidmat cl tu habis dh nak msuk 1m, jadi bdn dah ade energy, and dh tau cara nak urus baby. part makan tu, kalau ade bajet lebih boleh je order, kalau husband x reti masak. kalau x suruh husband masak pagi2 sebelum pegi krja. masak yg simple2 jee. ikan bakar ke ayam bakar ke dgn sup sayur, ltk halia dgn black pepper.
Đọc thêmmcm sya ank ke-1 dan ke-2 pantang sambil mak tolg2 sikit je.. mcm tolg masak n mandikan baby dlm 2mggu pertama. anak ke3 ni, sya try berpantang kat rumah sendiri walaupun rumah mak/mak mertua dekat je.. dlm daerah yg sama. sya xnk susakan dorg sbb dorg pun dh x brp nak sihat sgt. sya x ambik khidmat CL pun cuma hasben je ambik paternity leave selama sebulan utk jaga sya. bg sya, lg selesa bila berpantang sndiri dan dibantu oleh suami dan anak2. lg pula ank 1 & 2 ( 13tahun & 9tahun ) sya dh besar, dorg dh pndi urus diri sendiri.
Đọc thêmAsalkan awal2 2 minggu tu ada org jaga urut, makan dgn baby pun dh okay dh.. lepas 2 minggu in shaa Allah ada kekuatan dh nk buat sendiri cuma tak blh berat2. Yg penting urut tu. Kalau sis risau pasal makan, skrg ada org buat makanan pantang. Sis order setakat mana yg sis rasa mampu dan masih belum blh buat sendiri. Ada pakej dia. Sehari hantar 2 kali lumch dgn dinner. Basically makanan pantang ni makanan sihat dan tak susah masak. Sekadar pendapat sy, sy pun belum deliver lg. Pantang sorg2 jugak. Harapkan suami jela.
Đọc thêmsaya pantang sendiri lepas 2 minggu. puan kena sangat kuat. utk bayi baru lahir ni, menyusu 2 jam sekali. ada kalanya baby nak mengempeng lama. puan kena belajar cara tenangkan baby. cara nangis baby. bila baby tenang confirm mak akan tenang. tp yg plg penting, mak jangan gelabah dgn mendalami ilmu ilmu tu dulu. llmu breastfeeding, ilmu tenangkan anak, ilmu mengawal stress. hal urusan rumah biar suami uruskan. tak perlu fikir dulu. dan yg terakhir, yakin Allah akan sentiasa tlg kita.
Đọc thêmkalau boleh positif kan diri sendiri dulu. saya pun pantang sendiri tak lama agi tapi kalau mcm saya, saya dr awal pregnant sampai nak beranak ni selalu ingatkn husband tggjwb mcm mkn minum, urut & mcm2 lah. bykkn explore sesuatu & beli brg yg memudahkan kita utk pantang. sbb skrg husband boleh cuti seminggu kalau isteri bersalin, yg penting mesti positif sis. makann pun saya packet awal2 dlm peti ais, buah, mcm2 lah sis sbb tu sis kena explore sendiri apa yg perlu
Đọc thêmmummy mcm ni yg kita mahu.. independent & resourceful 👍🏻
Queen of 1 naughty junior