KERAP RASA SEDIH, KECEWA, MENAGIS

assalamualaikum. nak cerita sesuatu tapi sukar saya nak luahkan. ada 2wanita akan bersalin sama bulan dengan saya bulan 10 ni. ada mak mertua busy jaga adik ipar bakal bersalin anak ke 2. yelaa siapa lah saya baru anak pertama. tapi lantak lahh. tu hak mak mertua saya. ada mak kat kampung. tapi mak busy jaga orang lain / jaga makan minum orang lain. bakal jaga orang tu berpantang. padahal wanita tu bukan sesiapa dalam keluarga saya. dia cuma menumpang rasa malu bila mengandungkan bayi luar pernikahannya (dah 4kali terlanjur info dari orang terdekat beliau). tapi lantak dia lah. mak abah saya sebuk belikan keperluan dia. saya sebagai anak??? jauh disudut hati kod nak pandang. tah laa mungkin saya banyak berfikir. cuma saya rasa terkilan. "telan mati anak. luah mati bapak." saya marah, saya sedih sebab setiap kali berbual dengan mak abah saya mesti diorang cerita pasal wanita tu. sampai saya turun naik tangga banyak kali. drive laju2. angkat benda berat. bila rasa marah tu datang. saya marah dengan suami sebab tak faham hati yang tengah hiba. sebelum nak tidur saya menangis. 2 3pagi baru lelap. apa perlu saya buat untuk hilangkan rasa nagetif ni ???? dah lama saya pendam. dengan masalah kerja lagi. saya dah tak kuat. hati saya tak kuat.

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Waalaikumussalam, semoga awk terus bertabah hadapi dugaan ni.. kalau boleh jangan banyak fikir sgt pasal apa y berlaku sekeliling kita esp perkara y buat kita sedih. cuba alih fikiran tiap kali nak terfikir perkara sedih.. mmg mengandung ni kita lagi cepat fikir negatif dan ber emosi. takpe, cuba cari hobi baru, memasak ke menjahit ke belajar ilmu baru ke, atau apa2 la yang awk minat.. ataupun fokus kat diri kita yang bakal jadi ibu ni, baca buku cara didik anak ke, perbaiki apa2 yang kita belum baiki.. yang penting jgn fokus sgt dah pasal org lain supaya awk tak terasa dan fikir negatif dah. Dan banyakkan doa, supaya mereka2 yang buat awk sedih tu terdetik untuk layan awk lebih elok selepas ni. insyaallah allah tolong 🥰 Stay strong, stay safe and keep positive always 🌹

Đọc thêm