Kita sama sis, anak pun sama umur.. nasi butir dia kurang, nasi goreng sikit je makan. spageti pun xhabis. kadang sampai Sy masak buat cukup syarat je utk bagi pengasuh, makan ke x belakang kira. Sampai rasa buang masa masak tp x makan. Tp xboleh giveup, better masak dari anak Xde makanan.
Sy buat ni:
1. bagi dia cuba makan side dish yg boleh dipegang macam buah atau ulam2. anak Sy suka sgt tomato ceri, timun sejuk. dia dah ada gigi boleh gigit sendiri, sy bagi tomato ceri sebiji mcm tu utk dia pegang, then Sy suap sekali isi dalam. lama2 dia nak makan sendiri, kena pantau cara makan. potong memanjang kalau hantar pengasuh. boleh cuba steam sayur/buah keras;- carrot, brokoli, epal.
2. Nasi tukar jadi bubur + sup ayam. ayam peha bagi dia pegang. add on buah yg boleh dipegang macam tongkol jagung. Dalam nasi atau lauk boleh masukkan minyak kelapa dara/unsalted butter. Add on sumber yg naikkan badan.
3. bagi anak supplemen appeton dgn vit d. (doc Sy suggest, boleh tanya doc sis dulu ya)
4. favorite snack anak Sy plain yogurt, buah + plain yogurt, dan roti bakar guna unsalted butter. Roti bakar tu boleh kata hari2 dia boleh makan, boleh tambah cheese. lagi satu pisang caramel, x pernah x habis. syukur sgt2.
5. Makan dgn anak, kadang anak tengok kita makan, dia nak. Jadi boleh bawak dia sekali waktu makan.
6. dah usaha, berserah, tawakal, doa byk2 supaya Allah bagi ilham, bagi mudah anak nak makan dan perkembangannya normal.
Skrg ni itu makanan yg Sy cuba ulang2 setiap hari Alhamdulillah diterima akhirnya walaupun xhabis, tp selagi makanan masuk mulut, maknanya dia nak makan. Dan sy cuba positif kan diri, xnak stress2 walaupun anak masuk Line kuning. as long as perkembangan dia ok n dia aktif. Apa yg Sy buat xsemestinya sesuai dgn anak sis, tp boleh cuba. Harap sedikit sebanyak dapat membantu sis.. ❤️