23 Các câu trả lời

ini pendapat sy je. terpulang awak nk pergi yg mana satu☺️. 1st baby sy fully checkup dkt kk. 2nd baby fully checkup swasta. bersalin both hospital gov. 1) kalau dr segi masa mmg swasta lg better la. dtg masa appointment tak perlu tunggu lama. kalau kk dtg pukul 8 belom tentu pukul 10 tu dh siap semua. hee. 2) kalau kk ni kena tahan ada setengah nurse garang. kadang tu angin tak bertempat😅. tanya sikit pon dh mrh. tahu byk kerja atleast kita tanya jwp elok2 la. kita bukan tau semua benda. kalau swasta direct checkup dgn doctor. 3) dari segi buku pink sy akui buku pink kk lebih detail, sbb masa pregnant anak 1st buku sy tebal nak mati😂. siap bertampal2. kalau buku pink swasta nipis ja. awak tengok sendiri pon mcm xcaya. haha. 4) kalau kk free of charge. kalau swasta setiap kali checkup kita kena sedia dlm tgn dlm 150-300. lepastu tengok pula doctor ada buat test pape tak. itu range lain pula. tpi klinik sy pergi buat detail je. dn monthly mmg ada scan

ha'a. sy fully checkup dkt klinik swasta. sbb sy xboleh commit dgn time kk bg. sy boleh pergi checkup waktu weekend je. masa sy nk bersalin tu sy bawak buku pink klinik swasta je. masa nk check bukaan, scan berat baby semua tu nurse minta buku pink. sy bg je buku pink klinik swasta. nurse buka check. sy ckp sy mmg xdpt commit dgn time kk. nurse kata xpe dia tengok buku tu. bila check bukaan dh 4cm. tggl tggu nak masok labour room je. buku pink tu nnt nurse return balik dkt kita selepas discharge

Dua2 pun ok tapi sebaiknya buat kat kk lagi2 yg first pregnancy. Dari segi kos, lagi murah la berbanding swasta. Dari segi teknikal, ikut pd tempat kk jugak, ada yg detail, ada yg biasa je. Kebanyakan mesin kat swasta lagi up to date dari di kk. Kadang2 kk pun pakai result yg dari swasta. Bezanya kalau di kk, diorang lebih concern dgn ibu mengandung. Mana2 pesakit yg dirasakan perlu berjumpa pakar, diorang akan terus buat surat rujukan ke hospital. Ikut pd kemampuan puan kalau nak follow up di klinik swasta sahaja. Sy pregnant 2x, dua2 sy follow up di kk dan klinik pakar di hospital swasta. Sy follow up di hospital swasta sampai kandungan 6 bulan then sy stop dan teruskan di kk je. Ada servis di swasta yg x ada di kk dan kena buat di swasta. Sy lebih concern dgn kandungan sy dari fikirkan duit yg nak kena keluar utk check up baby sebab tu sy sanggup follow up dua2 tempat.

sy tiada pengalaman ke swasta. Sy bc tread sbb nk tahu pengalaman checkup di swasta dan impress dgn yg ada rezeki ke sana. tp sy disini nk share pengalaman KK. Sy surirumah jd sy xde isu tntg masa. Menunggu lama itu pasti tp sy boleh isi masa terluang dgn membaca buku atau tonton utube. Bagi sy, nurse KK baik2 je. sy pernah pegi 2 tmpt yg berbeza. 1st pregnancy di USJ dan 2nd di Jenderam. sbb dh pindah. nurse ni garang kalau awk x jaga diri, buat bnda pelik2 atau dtg appointment x ikut masa yg ditetapkan je. Sbb dorg busy sis. Dari segi checkup semua bagus. Nasihat yg diberi semua ok. Kalau detect je problem terus rujuk KK yg lebih baik atau buat surat direct ke hospital terus. Bab duit mmg xperlu pening kepala. Mmg free. Mungkin if sy dh senang esok2 pun nk prefer KK lagi

Kalau puan mampu Alhamdulillah ke swasta shj. Saya di klinik hosp columbia semuanya complete. Mesin up to date, layanan doktor & nurses A+, facilities & cafe pun terbaik. Everytime nk check up happyy je siap dah plan nk makan apa kt cafe dia. 1st appointment terus boleh pilih nak doktor pakar O&G mana & dia yg in charge sampai kita bersalin. Appointment pun boleh pilih nk hari apa temasuk sabtu in case malas nk AL. Kalau czer pun boleh booking siap2 tarikh 2 weeks before due date, nak pilih waktu bersalin pun boleh pagi petang malam haha

Bagi I dua dua okay. Cons swasta cost, cons kk time consuming. 😕 so u pilih mana u lebih tak kisah. I first time pregnat, so I try kk. Mmg makan masa separuh hari everytime dtg check up. To me, checkup kt kk very detail. Bersalin pn sama, plan mula mula nk swasta, tp ramai advice for first pregnancy better go for gov hosp. In case (nauzubillah) ada complications doctor pakar ramai kt gov hosp. So I choose gov hosp. It’s up to you dear, mana yg u rs lebih baik for u and baby 🤍

TapFluencer

Depends sis sbnarnya. Mcm saya first pregnancy yg ok (sblum ni ada gugur juga). And saya akan bersalin d hospital swasta. So saya amik keputusan buka buku pink swasta and kk juga. Dua2 saya buka . In fact mmg kk lagi detail la dlam bukunya berbanding klinik swasta. Saya bnyak free time, even husband pun keje sendiri so mmg tak kesah kalau kena tunggu lama kat kk ke ape. Lagi2 ni first buku pink kan so atleast ade la detail dari kk senang nnt incase ape2.

owhh . sy dh terbuat dua.. kk buat, swasta pon buat.. dh buat bru rasa tkt bhya, sbb 2x mnum air gula..selang 2hri.. lps ni mmg kne buat salah satu je ea.. trimksh rspon adk mnis😊

TapFluencer

kk is the most detail. mmg dorg jarang scan unless ibu mengadu ada masalah. tapi their tests are most accurate. for first pregnancy disarankan buka di kk..sbb kita tak tahu masalah dlmn diri kita. if whole pregnancy were normal, next pregnancy boleh checkup di swasta. but kena pastikan checkup swasta sama detail mcm kk sbb if next pregnancy ada komplikasi, swasta akn minta rujuk di kk semula.

Ya, setuju dgn iera, KK akan Refer ke hospital PAC utk pemeriksaan canggih dan lg ramai pakar. Klu kita ada spotting pun, KK minta ke PAC. So, sama canggih mesin scan di swasta dan hospital kerajaan. Asalkan hospital tu u mmg diiktiraf hospital terbaik utk Ibu anak mcm htj dll.

Kalau sis nak lebih details, kk. Checkup semua details lagi2 kalau ada masalah memang nurse akan pantau betul2. Buku pun lebih details. Tiap bulan ada check hb, etc. Tapi kekurangan nya, buat ultrasound bila perlu sahaja. Boleh je sis checkup kk, tapi buat ultrasound kat swasta. Pengalaman saya first pregnancy checkup kk & swasta. Second fully swasta. Check hb pun 3-4 bulan sekali je (bila perlu). Inject att pun tak ada di swasta.

kk jelah. kak ipar sy yg ambik swasta pun ckp swasta check ala kadar je. pastu nnt baby lahir ade nk kena cucuk2 bulanan tu. if sis mampu je cucuk baby dkt swasta okay je. nnt swasta baby dah lahir pun check ala kadar je. nurse swasta x dtg rumah. yg dtg sume nurse kk wpun dyeorg sibuk n org gi kk ramai. nk selamat buat dua2 pun okay je.

Saya bersalin di swasta tapi nurse kk tetap datang rumah sis 😊 sampi hari ke 10 diorang datang pantang saya dan baby. Then baru diorang tanya nak sambung checkup kat kk atau gi swasta. Saya pilih check di swasta sebab malas tunggu lama di kk 😊

Sy ank 1,2,3,4 sume check klinik swasta.. Tp yg nk masuk 5 saje try kk.. Lama nya nk tunggu.. Lps tu ada nurse ni mulut bole thn gak.. Masa sy buka buku tu, dia tanya.. Npe sblm ni pegi swasta skrg baru nk kk?? Knp x pegi swasta je... Dlm hati sy,eh suka hati sy la nk pegi mne.. Teruk btol klinik kk ni.. Huhu

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan