Bila bangun pagi tangan anak sy tidak boleh angkat😭

Assalamualaikum, ibu2 siapa ada pengalaman mcm sy. Pada 15/5 lalu baby sy bjarum untuk 9bulan MMR.asa hari dia d suntik tu dia takde meragam apa2. Hari kedua dia d suntik sy nak dukung dia nak susukan. Dia menangis mcm kena pukul. Start dari sana sy perasan dia tak berapa nak gunakan tangan kiri dia tempat yg kena jarum tu. esok nya sy ke emergency sbb perasaan baby sy tak aktif mcm selalu. Sampai emergency buat x-ray sy explain kat doktor mcm mna keadaan baby sy. Lepas keluar result x-ray semua okay takde apa2. Doktor bgi ubat tahan sakit dn kalau risau boleh dtg utk check balik. Selang seminggu pada isnin 20/5 sy ke klinik berbayar untuk kepastian lgi. Bila doktor cek semua tangan dekat bgahian bahu tu takde bengkak or kmerahan. Cuma bekas suntikan tu ada la kebiru-biruan sedikit. Doktor tu tanya dia baru kena jarum ke? Sy jawap yaa. Oh tiada masalah sbb otot dia mengalami keradangan doktor tu ckp. Sy balik rumah dan bila sy cuba nak tingikan tangan baby sy dia akan menangis betul2 dia rasa kesakitan. Dn bila bangun pagi baby sy menangis2 kesakitan. Sampai la hari ini sy pegi ke emergency lgi sekali lagi, doktor check baby sy sudah la takut orang. Sepanjang dgn doktor tu baby sy menangis je. Bila sy terangkan doktor tu boleh2 pula ckp 'KAMU DTG SINI SEBAB KAMU RISAU' ya Allah nak tumbuk je mula doktor tu. sy terangkan keadaan baby sy. Doktor tu cuba tingikan tangan baby sy. Bila doktor tu tingikan tangan kanan baby sy okay je dia sbb sy dukung, dan bila doktor tu cuba tinggikan tangan baby sy kiri kanan. Sampai satu tahap tu bila doktor tinggikan tangan kiri baby sy, sy perasaan yg badan baby sy akan ikut sbb dia rasa sakit. Doktor tu ckp ni sy angkat kiri kanan pun nagis juga. Terus doktor tu ckp masuk wad la jumpa pakar. Sy tak tau. Ehh dalam hati sy doktor tak guna! Sy ibu pada anak sy. Sy tahu la keadaan baby sy, dia sihat atau tidak. Sampai sy menangis kat situ. Lpeas ambil darah dan x-ray sekali lagi. Keputusan darah dan x-ray semua okay. Maaflah type panjang2 maaf juga kalau ayat bertarabur. Adakan kesan suntikan MMR itu menyebapkan tangan baby sy dia rasa sakit bila sy cuba nak tinggikan dia? Atau pn tangan babay sy terseliuh? Tujuan sy nak tahu mana tahu ibu2 pernah mengalami. Ni dh 10 Hari dari baby sy kena jarum MMR. Takan lengun kesan suntikan tu belum hilang? Kalau betul terseliuh sy nak cuba minta urut. Mohon ibu2 kalau ada siapa2 yg pernah mcm sy ni komen ya. Sy dh menagis hari2 kesian tengok baby sy😭😭 kalau sakit nagis je😭 #SeriusTanya #bantujawab #firstmom

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

baru tahu ada baby cucuk di lengan. sian baby, get well soon ya. ibu boleh tuam2 tu, tengok comment mmg muscle tu.

4mo trước

Amin tq sis🫶🏻

kadang muscle tu sakit lepas MMR vacc, sama macam bila kita kena vacc TT bila preggy tu.

4mo trước

ameen ya Syafi🌹doa banyak2 inshaAllah doa ibu mujarab. kalau tinggikan tangan sakit both possibility still ada, sebab bila angkat tangan, sendi pun guna otot pun guna.

kalau terseliuh ke terkehel ke bukan xray boleh nampak ke?.

4mo trước

Ha sis sy pun fikir bgtu, boleh nampak tulang tu lari kn. Yg sy risau asal pagi baby sy akan menangis tangan kiri dia langsung tak nak gerak. Bila dlm bebera minit bgtu baru dia boleh gerak. Sy pn binggun effect vaccine or ada something😭

semoga cepat sembuh baby

4mo trước

Aminn terima kasih puan🫶