Nak mintak pendapat ibu ibu
Assalamualaikum ibu. Saya nak mintak pendapat ibu ibu dalam nie. Sekarang saya dah masuk 30 weeks and edd saya 22/11. Saya bercadang nak berpantang di kg (perak). Sekarang saya menyewa di flat tingkat 4 takde lift di kl. Kalau pergi klinik kena turun naik tangga. Bila ye saya boleh tukar utk checkup di kk kampung saya. Sebabnya saya duduk rumah sorang je. Suami keje jauh hanya balik sabtu ahad sahaja. Saya first time mom. Harap ada ibu ibu yg boleh bagi pendapat dan cadangan. Terima kasihhh 👶🏻