Luahan dan ingin pendapat
Hi mummys. Saya 1st mom. Sekarang saya buntu nak bersalin di mana. Sama ada di Selangor (tempat saya tinggal skrg) atau Perak (rumah ibu). Ikut kan plan asal saya. Saya nak bersalin di Perak. Jadi mudah, lepas bersalin terus duduk rumah ibu. Tak perlu saya nak berjalan jauh. Tapi tiba2 harini. Ibu dah abg di Perak call, katanya lebih elok kalau bersalin di Selangor. Katanya banyak benefit untuk rakyat selangor/anak selangor/ic selangor. Seperti bantuan, program iltizam, dll. Yg ni saya tk pasti, dan tak pernah terfikir. Sebab saya bukan asal sini. Kalau ada org selangor boleh beri nasihat atau betulkan, silakan. Jadi bila abg dan ibu beri pendapat mcmtu. Saya jadi konfius terus nak bersalin di mana. Ibu cadangkan bersalin saja di Hospital shah alam, selepas 3,4 hari baru la balik kpg di Perak dan berpantang. Tapi ibu saya tak paksa. Jadi saya nak mintak pendapat mummys disini. #pleasehelp #firstmom