Ruam susu atau Eczema?
Assalamualaikum. Anak saya baru usia 1 bulan 7 hari dan ini anak pertama saya. Dah 2 minggu ruam kat pipi dia tak hilang. Saya search di apps ni dan ramai suggest bedak agnesia tapi makin teruk pula. Saya letak bepanthen pun sama. Kawan cakap ni eczema. Betul ke? Saya belum mampu lagi nak pergi klinik. Apa solution ibu ibu ye selain ke klinik? #1stimemom #firstbaby #seriusnanya #pleasehelp
1. Elakkan pakai bedak talkum 2. Bedak agnesia bergantung jugak berkesan atau tidak (anak saya pun makin teruk lepas pakai ni) 3. Pakai pakaian yang bersesuaian (tengok atas situasi cuaca) 4. Lepas menyusu lap dengan tuala bersih yang lembap 5. Jaga pemakanan ibu (jangan makan makanan pedas) 6. Hentikan pemakaian syampu atau sabun mandi baby. Bagi reda nnti pakai balik janji kasi ruam tu hilang dlu 7. Sapu nappy cream (sblm sapu pakaikan lotion baby dan sapu nipis2 ja cream sbb kulit baby masih baru) 8. Paling selamat p klinik kerajaan. Depa lagi berpengalaman. Swasta boleh tapi banyak kes kita direct klinik kerajaan kan. (Ni sahaja tips yg mampu saya share sbb anak dlu pernah jugak cmni)
Đọc thêmjangan letak bedak pada baby, sbb takelok utk paru2 baby bila bau sbb serbuk tu kan. + bedak tu tajam pada bayi. Mcm saya mmg sapu lotion anakku seluruh muka, badan pada anak, lotion anakku mmg paling lembut setakat ni yg sy guna pada anak. Alhamdulillah dari newborn sampai skrg dah satu tahun, takde apa apa. Puan ada guna susu formula pada anak ke ? mungkin juga anak puan tak sesuai susu tu ( kalau minum suus formula). Takpelah, lebih baik dptkan nasihat dari yg arif (Doctor) ya
Đọc thêmSaya epmom. Pam susu masuk botol. Saya pun baru start sapu Cetaphil Lotion and alhamdulillah makin okey. terima kasih sis bagi idea guna lotion
jgn main pakai apa2 krim or bedak hilangkan ruam kalau dekt muka baby . bepanthen tu saya letak kt ruam buntot bby saya . makin merah adelah .. seeloknya bawa jumpa doctor or tnya nurse kk . anak saya msa bby tak pernh pakai apa2 kt muka even bedak biasa pun . umur nk cecah sthun bru saya letak bedak . if ada ruam2 kt muka saya letak susu bdn je . or lap2 ngan air suam guna tuala bersih yg lembut . kulit bby amatlah sensitif apa lg bhgian muka.
Đọc thêmTerima kasih atas cadangan sis. saya pun mulanya takletak apa apa kat muka anak saya tapi mak saya yang letak. saya ikutkan saja sebab mak saya guna kaedah sama untuk adik beradik kami. saya takberani nak sapu susu badan sebab takut makin teruk walaupun banyak khasiat. saya dah lap guna air suam tapi lambat hilang jadi saya guna lotion. alhamdulillah makin baik.
better pergi check dkt klinik kesihatan/ hospital kerajaan. Kesian anak ni, dia mesti tak selesa ni. Klinik kesihatan ibu dan anak puan biasa checkup anak pun takpe, paling2 pun RM1 je. Duit boleh dicari sis, ini amanah Allah kan, kita kena usaha jaga sebaiknya, inshaAllah ada rezeki, semoga dipermudahkan ya #sekadarpandangan ☺️
Đọc thêmTerima kasih sis. Alhamdulillah kulit anak makin elok lepas sapu lotion 😊
yaa nampak mcm ezema.. kalo xmampu pergi klinik boleh sapu dulu dgn coconut oil yg pure dulu..dia boleh tolong reduce kan luka.. and stop pakai bedak agnesia laa ubat gamat laa, semua tu salah.. dan kalo xkemampuan boleh pergi klinik kerajaan hanya RM1 untuk rawatan xperlu buang duit pergi swasta..
kalau sekadar ruam biasa.. elak kan bendung baby waktu siang.. atau pakai pakaian lengan panjang.. memandangkan cuaca panas sekarang ni. .
sis boleh cuba skeenz by tasneem ... dye boleh untuk mslh ekzema, gtal2, ruam sis.. kita iktiar sma2 sis.. www.wasap.my/60138661354/nakskeenz
Pergi ke Klinik kerajaan pun boleh Puan. Nnt doc akan bg cream utk melembapkan kulit muka. InsyaAllah boleh cepat pulih. Lebih selamat dan murah
Alhamdulillah pipi anak makin elok. terima kasih sis 😊
kesian nya...jgn guna air panas Masa Mandi .guna air suam kuku jer .sbb kalau panas nanti Makin ruam.jumpa doctor dulu br guna apa2 yg patut.
Terima kasih sis
Kena letak moisturizer lotion kat pipi tu sbb nampak kering sangat tu 😢 Boleh cari kat farmasi moisturizer lotion for baby
Atopiclair, cuba sbb ni non-steroid lotion