Barang untuk ibu selepas bersalin

Hi Assalammualaikum ibu2 , boleh share x barang2 keperluan ibu selepas bersalin , sbb brg anak saya dah settle , barang ibu saya tak tahu nak beli apa 😂 sebab first mom kan ,org dokbagitahu psal brg anak ja , brg ibu tkdk org bgitahu 😂 tolong jup ##ingintahu #SeriusTanya #newmom #Sharing_dong_Bund #bantusharing ibu2 , contoh set berpantang ka apa ka , tqqqqqq

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

tambahan untuk yg tak disebut lagi: - kalau tak biasa pakai kain batik, boleh je pakai kain/skirt biasa/seluar. cuma kena jaga pergerakan. orang selalu pakai kain batik sebab bila pakai kain batik ni auto jadi ayu, especially kalau tak biasa pakai. kita yg biasa pakai kain batik ni, nak bersila pun boleh 😅 - maternity pad boleh buat padsicles. baik untuk legakan sakit luka & bengkak perineum. boleh google/cari di yt cara buat. - pad kena tukar tiap 4 jam, jadi standby at least 2 packs. kalau risau tak terguna maternity pad sebab darah sikit je, standby lagi satu pack tu pad saiz maxi/biasa. - kalau jenis kerap berulang tandas & rasa renyah tiap kali kena buka pakai stokin, at least sediakan indoor slippers supaya tak perlu pijak lantai especially kalau lantai simen/tiles, sejuk. - disposable panties untuk kegunaan kat hospital. - nipple cream supaya nipple tak crack & luka especially awal2 menyusu. - silicone milk collector + ziplock milk storage bag. belajar sesiap cara simpan susu & label simpanan susu. - breast pad. ada disposable ada reusable. - thermal breast pad. boleh je guna batu tungku atau kain panas, tapi ni lagi senang lah. - set tangas kalau nak cuba bertangas. kalau ambil CL, tak perlu beli set pantang, tungku dengan tangas tu. selalunya CL sediakan.

Đọc thêm
8mo trước

oke tima kseh byk² sis yaa .. 🥰

Selain yang dah orang share (saya tak bertungku, hanya guna hot pack je yg memang ada untuk kecemasan), tak buat confinement bagai hanya berpantang ikut penyakit saya dan ceaser punya, saya akan tambah: 1) nursing cloth. Boleh menyusu terus dpd payudara tapi tertutup la. Doktor sarankan saya tak terus guna botol. 2) compression stocking yg doktor recommended untuk yg bersalin c-section 3) krim atau gel luka operation (hospital akan bagi iodine semua, tapi saya beli untuk bantu cantum semula) - bila potong, saraf bawah kulit kena sekali, so normal rasa ngilu tu masa recover.

Đọc thêm
8mo trước

Ni gov. Tapi hospital besar la. Basuh dan keringkan tu pun saya akan guna cara first aid sebab dulu saya first aider. Better tanya pakar cara jaga elok, apa boleh tak boleh, cara nak bagi cantum elok. Sebab saya kes risiko tinggi, normal delivery pun kena letak tepi.

waalaikumussalam...kalau saya...saya akan sediakan .. -nursing bra -bengkung(kalau nak jaga badan lah) -set pantang (shahida dherbs) -set tungku (penting juga, boleh search juga kebaikan dn keburukan kalau tak tungku) - kain batik😂sbb sya sejenis seumur hidup x beli kain batik, dah nak bersalin baru terhegeh2 nak beli kain batik - stocking -maternity pad (beli 1 pack biasa dulu) - pad -minyak angin (risau kalau sakit kepala)

Đọc thêm
8mo trước

okee tima kseh byk sis 🥰

Saya, sebelum pregnant beli yang macam orang listkan tu Breast pump Breast pad Maternity pad Minyak Angin Bengkung Nursing Bra Stokin Set Pantang yg nona roguy Last2 banyak tak pakai, sebab saya czer, Bengkung tak,pilis tu saya tak pakai pening kepala berdenyut, pad ynag maternity tu pun tak pakai, sbb pakai pad yang jenis sarung mcm spender tu,Breast pad pun tak pakai, sbb susu tak meriah sngt.Hehe

Đọc thêm

Tanbahan - disposable panties(sangat senang n mudah urusan) - pad (sangat penting bawa lebih n banyak)(sebab saya haritu smpi minta kawan wad sebab x cukup) - mandian herba yg jnis uncang(utk segar badan & mood ok)(ada macam2) - set tangas(saya rendam garam himalaya ja mmg sangat cepat elok) - minyak angin(penting juga lepas bersalin akn rasa lenguh sikit)

Đọc thêm

Waalaikumsalam. Untuk saya sendiri, - Nursing bra - Maternity pad - Nursing pad Itu je. Saya tak pakai set pantang 😊

Đọc thêm