HB IBU MENGANDUNG

Assalam ibu2 semua. Saya just nak share pengalaman sendiri, mungkin yg ada masalah hb low boleh amalkan sikit2. Last time saya checkup 2 minggu lepas hb saya still low 9.3 dari 8.6 . Doc cakap byk risiko and maybe kena warded, risau sgt. Lepastu Alhamdulillah, semalam 32weeks check hb dah naik 11.4… rasaa syukur happy sgt2. Masa keluar je result tu terus terkeluar cakap “Alhamdulillah” nurse pun macam amaze je. Terharu huhuhu So apa yg saya buat, saya tak la terlalu jaga makan sangat tapi still kena berpada2 makan or makan buah setiap hari. Susu ibu atau produk2 untuk naikkan hb pun saya tak consume sebb risau ada side effect. Saya amalkan make sure: -minum air masak cukup and banyak, ada yg loya dan tak suka mana, tapi kena jgk telan for baby. -banyakkan usap perut sambil baca doa dan bercakap dgn baby, boleh try jgk cakap “words of affirmation” -buat senaman sikit2 -makan iberet 2 biji sehari malam masa nak tido And yg ni mungkin yg membantu juga, saya minum susu serbuk fernleaf family. Tak loya dan tak hamis. Ibu2 boleh try ya. Okay tu je seingat saya. Berat baby pulak yg doc concern sekarang , sebb masa baru 29 weeks haritu, baby saya besar dah 1496gram, ghisau. Pipi labuh kemain doc cakap. 13/7 next scan hopefully tak kena czer nanti. Doakan baby saya sihat dan saya direzekikan untuk bersalin normal tanpa komplikasi dan koyak. Semoga urusan bakal ibu dan ibu2 yg lain juga dimudahkan 🤍 #firstbaby #firstmom #KongsiIlmu

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

👍🤲🌻