Asalammualaikum. Saya hanya mahu berkongsi cerita. Harini saya dah 15 minggu 4 hari. Haritu ada appointment kk. Check baby, HB semua okay alhamdulillah. Hb 13 normal. Tapi saya dapat ubat Zincofer (Ubat tambah darah). Doctor suruh saya makan selang sehari. Pada hari pertama saya makan, saya demam panas, esok nya demam dah surut. Hari kedua saya makan sebelum saya tidur, sebab ubat tu perlu makan ketika perut kosong. Dan tiada apa berlaku. Semalam adalah hari ketiga untuk saya makan. Jadi saya makan 30 minute sebelum breakfast. Lepas breakfast saya muntah non stop. Dari pukul 1-6 macamtu saya muntah jer. Minum air pun keluar balik air tu. Kepala jadi peningg sangat. Saya pergi klinik swasta berdekatan rumah. Doctor suruh saya stop makan ubat Zincofer tu, katanya Hb saya dah cukup cantik jadi saya tak perlu makan lagi. Balik dari klinik saya muntah lagi sampai kepala rasa nak pitam. Saya tidur kejap. Pukul 9 saya tersedar, suami suruh saya makan sikit. Lepas makan saya tahan diri untuk muntah tapi gagal. Saya muntah lagi 😓. Lepas je muntah saya decide untuk tidur. Pagi tadi bangun kepala rasa nak meletup. Pening sangatt, saya bangun breakfast sikit. Terus saya baring. Dan sekarang kepala masih pening, saya tengah tahan diri dari muntah. Tataula macam mana nak hilang muntah ni😌 asal makan je muntah. Hmm. Itu saja yang saya mahu kongsikan.
Anonymous