Apa setiap wanita patut tahu dan amalkan sebelum hamil:
1) Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
????????????????????
2) Jangan merokok, Jangan minum alkohol, Jangan hisap ganja ?
3) Bersenam dengan kerap dan amalkan kehidupan yang cergas
??♀️??♀️??♀️⛹?♀️??????
4) Kurangkan barat badan ke tahap yang tidak obese, iaitu BMI < 27.5
5) Ambil tambahan pil suplimen folik acid sekurang-kurangnya 0.4mg sekali sehari tetapi tidak melebihi 5mg sekali sehari.
6) Pastikan anda sudah pernah dapat vaksin MMR sebelum hamil. Jika tidak pernah dapat chicken pox atau demam cacar air, anda boleh ambil vaksin chicken pox sebelum hamil.
7) Jika anda pernah mendapat GDM pada kehamilan sebelum ini, pastikan anda sudah buat ujian air gula Glucose Tolerance Test (GTT) sekali setiap tahun untuk memastikan tiada diabetes sebelum kehamilan.
8)Jarakkan sekurang-kurangnya 18 bulan di antara dua kelahiran.
9)Jika anda ada masalah perubatan, jumpa doktor untuk penilaian kesihatan dulu, (sebagai contoh seperti Diabetes, Tekanan Darah Tinggi, SLE, Rheumatoid Arthritis, masalah Thyroid, masalah buah pinggang, epilepsi, asthma, pernah dapat cancer, sedang ambil rawatan apa-apa masalah perubatan) dan beritahu doktor anda mahu merancang kehamilan.
10) Minta suami anda berhenti merokok, berhenti minum arak, berhenti vape, berhenti hisap ganja, kurangkan berat badan yang obese dan kawal diabetes.
Dr Imelda Balchin
Pakar Kesihatan Wanita