Anak usia 8-11bulan nak taknak makan je...
Haish sedih hati mommy, suap makanan asik luak balik lagi lagi yang bertekstur, berat maintain, asik nak minum susu je...mommy dah risau ni
Mommies relax...
Usia ini biasa begini..
Berikut sebab anak usia ini biasa nak taknak makan
1. Sedang tumbuh gigi
Kalau tumbuh gigi memang bagi apa taknak makan kecuali yang smooth senang telan atau sesuatu yang keras sejuk dan melegakan gatal gusi.
So dont worry selalu lepas tumbuh ok balik dah.
Selang seli tekstur makanan yang lembut dan finger foods macam buah sejuk,sayur keras sikit (macam karot,ubi rebus) untuk bagi anak makan ye.
2. Fasa nak explore
Baru reti merangkak kan
Ada yang baru dapat kaki lagi
Mana nak duduk diam makan...hehehe
Nak main nak main...
So apa kita boleh buat?jadikan waktu makan waktu anak main...
Bagi mereka amalkan baby led weaning..makan sendiri..
Letak macam macam atas pinggan..taknak guna pinggan pun takpe (tu macam anak bujang I dalam gmbr😅😅🙊)
3. Hati hati waktu bagi susu
Jangan terlalu dekat dengan waktu makan
2jam sebelum/ selepas..kalau dekat sgt anak akan kenyang susu saja..😬😬😬
4. Pelbagaikan tekstur makanan
Ada anak yang selesa makanan lembut taknak tukar ke makanan yang lebih tekstur macam dari puree ke kisar..
Cadangan saya..selang seli kan..kalau 2x/hari makan 1 kali puree 1 kali kisar halus..kalau 3x/hari puree,kisar,puree...dan lama lama tukar kepada tekstur lain terus
Ada mommies harini puree esok terus tukar tekstur lain..hmmmm terkejut anak, rasa pelik amenda rasa dekat lidah ni????
Anak yang tak amalkan baby led weaning/finger fooda akan lagi mudah terkejut dengan perubahan tekstur tau..
5. Dont give up...dont stress
Kalau anak sihat, masih tambah berat, tak mudah sakit,membuang dengan elok tak sembelit, you are on the right track..
Journey sebagai seorang parent memang trial and error sebab setiap anak berbeza..tapi jangan sampai membahayakan nyawa anak..
Sekian
Dietitian fizah