12 Các câu trả lời
Takpe, memang normal as parent kita risau.. apa lagi bila anak kena cucuk utk ambil sample darah huhu. Takpe sis, jangan terlampau risau sampai kesihatan anak tak terjaga. Kena kuatkan hati tetap bawa anak utk setiap temujanji tu supaya anak membesar dgn baik. Sy masa first time anak kena ambil darah dulu risau ya ampun, sebab anak underweight. Tapi bila check result semua ok je, cuma anak active itu yang buat dia lambat naik berat. Yang penting kita tahu dia xde apa2 masalah kesihatan. Apa yang buat sy kuatkan hati & mental? Sy nak anak tinggi bila dah besar, jadi hantar jugak ke semua temujanji. Sy nasihatkan teruskan saja temujanji semua tu supaya anak membesar dgn baik sis.. Boleh try cara lain macam2 utk tambahkan berat badan, at least kita ada usaha (contoh: anak x pandai makan banyak, kena kerapkan pemakanan setiap sejam atau setiap 2 jam ke). Sy yakin anak sis nanti dapat berat normal
risau tp xnk tau apa punca anak jd mcm tu ? jgn selfish sis. bnde tu untk kebaikan anak. anak sye dr umur 1tahun smpai la skrang 4tahun masih follow-up appointment dengan pakar paediatric, dietitian & dermatology. penat ? yes mmg penat ulang alik hospital stiap 3-4bulan skali. tp sye fikir tu untk kebaikan kesihatan anak, sye teruskan je. apa yg penting, anak sye dpt pemerhatian drpd pakar. kalau sye stop temujanji anak, smpai skrang sye xtahu anak sakit apa & berulang2 sakit dia. so sis, fikir2 kan la demi kebaikan & masa depan anak tu.
banyak Cara BG tambah berat Anak. 1st bagi makan YG berkhasiat & banyak. jangan bagi jajan @ YG manis @ fast food @ goreng2 , setiap hidangan Ada sayur, buah, protein.. kalau Anak takde selera, beli vitamin utk tambah selera Anak makan . Saya beli Bonnisan by Himalaya, Alhamdulillah anak dah selera makan. Beras utk Anak pun boleh beli beras Sumo. sebaiknya pergi rujuk pakai, Bagus lah doktor nak check badan Anak, sekiranya Ada sebarang penyakit boleh langkah pencegahan & pemulihan
berapa berat anak skrg ye...sy pon risau nii skrg baru masuk 9bulan tpi berat mcm tak naik, rasa nye tak sampai 7kg pon🫠 ni nak jumpa doc besok mintak pandangan & bantuan .. baby lahir 2.8kg, 6bulan haritu baru 5.8kg... anak nampak kecik sgt tapi aktif nya masyaAllah. blom tumbuh gigi, now sy bagi multivitamin dulu untuk try tambah selera .. besok nk followup harap dpt jumpa pakar. kita nya risau 🥹 doakan saya ye.
9bulan badan anak dah kuat juga, kna yakin dgn anak. Lg 1, doa ibu mustajab so doa baik2 dkt anak. Insyaallah ok je. Klu sy, sy nasihatin utk sis teruskn appointmnt spya dpt tau keadaan anak mcm mna, jgn d sbbkn sis tkut terus stop treatment anak, sbb tu utk anak bukan utk sis. Yes fhm, mmg menakutkn, x dnafikn. Doa minta keyakinan & kekuatan.
Maksudnya stop untuk check up perkembangan anak & vaksin anak ke ? Berat anak kurang sampai doktor ambil sampel kahak anak untuk diuji dan anak akan di x-ray. Risau..so, memilih untuk stop temujanji tanpa ingin mengetahui apa punca masalah anak ? Maaf pada saya itu bukan keputusan yang baik untuk anak.
kalau syg ank, bawa ank ke temujanji dktr. sbb dia perlu lebih perhatian, dan jika ada mslh lain, boleh dirawat dgn segera...daripada awk ignore the appointment and lama2 ank sakit teruk, ank akn salahkan parents sbb tak jaga dgn baik. sentiasa ingat, ank itu amanah dan tanggungjawab ibu bapa.
itulah. kita jd ibu bapa kena fikir jauh utk ank2. bukan fikir penat skrg. ank2 sy pun ada mslh yg memerlukan rawatan dgn pakar...and sy tetap dtg walaupun bkerja. its not an excuse when its for your own child wellness
how ungrateful you are kalau doc usaha sampai mcm tu tapi you nak stop taknak teruskan tapi "risau". anak saya kurang berat kurang tinggi dr baby sampai now hampir 3 tahun tp kat kk hanya sekadar jumpa nurse & pegawai pemakanan shj. mahu lebih saya pergi swasta ya.. please jangan selfish mommy
hurm. Kan dia ckp dia risau tu sbb baby akan kena x ray. dia takut akan ada kesan buruk dekat anak dia. jgn ckp selfish. apepun ibu sila continue jumpe doktor.jgn skip takut jadi melarat
Boleh, dan ibubapa tanggung risiko jika apa2 berlaku pada kesihatan dan tumbesaran anak. Jika saya jadi puan, sbb dah ambil sample kahak dan xray, lagi saya mahu teruskan temujanji sbb jika dah sampai tahap ambil kahak dan xray, maknanya kesihatan dan tumbesaran anak perlu mendapat perhatian yg betul
anak bawah 2 tahun perlu bawa ikut appointment yg diberi sbb sistem imun anak tak kuat lagi... anak sy oku umur 2 tahun berat 7kg jer tapi sy tetap gi appointment sbb demi anak membesar sihat walaupun lebih sekali setiap bln appointment... klu syg anak pergi jer appointment
Anonymous