Anak kerap terkejut
Anak saya 3bulan 3hari, perempuan. Masalah dia sejak baby ialah dia kerap terkejut. Telinga lintah mak saya cakap. Kalau bedung tu ok lah sikit, tapi kadang tu terkejut jugak. Kalau siang panas jarang bedung, nak tutup pintu pun risau dia terjaga (mostly dia akan bergerak² sebab memang akan terkejut). Waktu dia sedar, pegang berdiri atas riba saya pun boleh terkejut kalau dengar bunyi kuat. Contohnya bunyi kerusi ditarik. bergegar badan dia terkejut. Lawak tu lawak, tapi kesian pun ada sebab selalu sangat. Normal ke baby macam tu? Ada tips tak nak bagi dia tak kerap terkejut camtu?