Tak suka keluarga mentua

Amaran luahan panjang. Kalau komen rasa gatal nak kecam ke nak complain ke sila hentikan diri anda sendiri. Saya tak suka keluarga mentua. Bukan saja-saja saya tak suka. Sebelum beranak ni ok lagi. Lepas beranak mula tak suka. Ada antara mereka yang tak respect saya langsung sebagai ibu kepada anak saya dan lagi teruk tak respect saya sebagai manusia, isteri kepada ahli keluarga mereka jugak. Dorang anggap saya ni entah siapa-siapa. Macam lupa saya ni wanita educated, mak ayah saya didik saya dan hantar saya belajar tinggi-tinggi, pastikan saya dapat kerja bagus, circle saya memang penuh dengan orang educated, separuh saja dah doktor dan jururawat. Mungkin dorang lupa saya ni ada hati dan perasaan. Mak mentua. Saya dah luah sebelum ni. Dalam pantang pun dah serabutkan saya sebelum ni. Sekarang? Dah pandai main calit-calit air sunquick ke mulut bayi saya dengan alasan nak buat rasa-rasa. Walaupun saya dah tegas cakap "jangan lah. Dia kecik lagi" dia pandai menjawab "alah nak buat rasa rasa" Rasa apa ye makcik? Saya ni MAK budak tu tau. Kalau MAK budak tak bagi keizinan bukan ke nenek takde hak nak buat apa-apa? Kalau nak bagi bayi rasa rasa pergi buat anak sendiri. Dah la suka bukak aib saya merata. Kalau boleh satu kampung dia nak bising cerita saya beranak cser, berpantang taknak makan haruan, dalam pantang dah makan telur. Canang la satu kampung hal family. Mak saya sendiri pun tak buat macam tu. Buat apa cerita kat orang? Jadi bahan umpatan? Lepas tu suka banding-bandingkan anak saya dengan anak sedara dia yang baru lahir. Annoying. Tak bersyukur langsung. Dah dapat menantu kerja tetap, gaji sedap, dapat guna kereta menantu, anak dia pun dapat duk rumah banglo sebab menantu yang kena canang aib ni la beli rumah. Patutnya bersyukur bukannya burukkan menantu. Keluarga saya sangat hormati suami saya. Suami saya dilayan macam raja kalau dia balik rumah keluarga saya. Saya? Segala cerita orang tahu. Mulut memang macam.....entahlah. Sampai ada makcik cakap kat saya "harapnya anak awak tak ikut perangai nenek dia" saya aminkan cepat2.. hahah. Segala benda tak kena kat mata dia. Saya harap benda ni tak berbalik kat anak perempuan dia. Pak mentua. Nampak educated tapi...errr... bapak oiii baby tu baru 3 bulan! Nak lambung-lambung apa pak? Alasan dia "nak ajar baby lasak-lasak" Ehhhhh ni mak dia tau. Mak dia pun tak pernah lambung-lambung. Mak dia riba punya lembut! Tepuk nak burp pun lembut je. Dapat kat pak mentua.... hah. Dahla suka kacau anak tidur. Bila anak saya menangis pandai pulak bagi kat saya balik dengan alasan "alaa dia nak mak dia" No pakcik no.. pakcik kacau dia tidur sebab tu dia mengamuk. Buat tummy time pun dia marah. Time dia marah tu saya gelak sebab saya kesian kat dia yang takde ilmu, even saya dah explain tu tummy time untuk kuatkan leher baby pun dia marah cakap lengan dia tak kuat. Alahai pakcik.. tu la suruh belajar, gali ilmu takmau.. menantu ajar pun tak dapat terima. Yelah pakcik sorang je betul. Mak-mak sedara laki saya. Allah... ni lebih sudu daripada kuah. Yang sorang tu pandai mengajar saya cara jaga anak. "Kenapa tak pakaikan stokin" saya tenung tajam saya jawab "cuaca panas kan???" Anak dia tu pakai pampers saja takpa pulak. Saya pun tak bising. Anak dia dera anak kucing takde orang nak marah? Alasan "marah macam mana pun gitu jugak" hah tu lah sibuk pasal anak orang anak sendiri tu tak terdidik lagi makcik oi. Sorang lagi sibuk jugak... nak suruh anak dara dia mengasuh. Tak kuasa aku. Aku duit banyak aku rela bayar daycare. Kang entah apa disuap kat anak saya. Komplen pasal daycare. "Untung pengasuh dia jaga separuh hari je tapi bayar full" pastu dah kenapa? Ingat senang ke jaga baby orang? Dah orang banyak duit biarlah nak bayar daycare ke apa?? Nenek laki saya. Terpaling segala hal. Mak mentua ngadu kat dia lah saya larang calit air sunquick. Dia cakap apa "nenek dulu lenyek nasi bagi kat baby baru lahir." Masa tu memang geram nak menjawab "patut lah anak nenek ada yg macam kurang perkembangan otak. Orang ajar benda betul taknak terima" Masa tu geram sangat tapi tahan je. Ada satu hari tu dia calit garam kat mulut baby saya masa tu baby baru nak masuk 3 bulan. Dia menangis meraung sebab overtired and bahang panas dalam rumah dia. Alasan dia calit garam tu sebab nak halau hantu. Saya dah cakap "baby letih tu... " dia tetap nak calit garam dia. Susahla jenis terpaling betul and tak boleh langsung fikir ada boundaries antara dia dan cicit dia sebab cicit dia ni ada mak lagi. Common sense la mintak izin mak dia kalau nak buat apa pun. Dalam kereta saya marah husband "dah nampak anak mengamuk cepat-cepat lah balik??? Nak melepak apa lagi??" sebab dia pun macam tak faham bahasa tak boleh nak tegas langsung protect keluarga kecil dia ni. Beza lah dengan abang saya. Abang saya sangat tegas kalau bab lindungi keluarga dia. Mak sedara kami pun dia sanggup tengking. Saya tahu saya kena hormat keluarga suami. Ye saya hormat selama ini, berbual mesra dengan mereka sehinggalah mereka gagal menghormati saya sebagai menantu, anak orang, dan ibu kepada cucu cicit mereka. Saya dah tak mampu menghormati mereka dan berbual mesra dengan mereka. Kalau mereka tahu layanan keluarga saya terhadap anak/cucu lelaki mereka, mesti mereka takkan layan saya macam tu. Saya tak tahu sama ada mereka akan rasa malu atau tak. Common sense mereka seolah-olah tak wujud. Selain trauma proses beranak anak yang baru sorang, layanan yang saya dapat pun membuatkan saya tak sanggup nak beranak lagi sekali walaupun saya berhasrat menambah cahaya mata.

82 Các câu trả lời

saya menantu sulung, baru bersalin baby ivf bulan march haritu setelah 5 tahun kahwin. dari pregnant sampai bersalin dan berpantang husb saya jaga saya memang tiptop, tak stress langsung semuanya terjaga dan dimanjakan. cucu first, as expected semua excited. tapi MIL saya ni jenis terpaling concern terpaling pendapat yg buatkan saya meluat, walaupun berhubung melalui call/whatsapp saja, dah cukup meluat. sibuk la komen kenapa bagi susu tepung suruh bg susu badan(saya czer susu lambat keluar). bila dia tengok gambar baby saya dlm carseat sibuk nak komen carseat tu tegak sangat la, kenapa tak beli jenis lain (hello, carseat tu aku beli harga seribu, aku tau la pilih yg bagus.zaman dia bela anak carseat pun tak pernah guna banyak komen pulak). bila tengok gambar baby saya hisap puting (baby awal2 tu jenis nangis sampai muka biru, so tenangkan dgn puting dia ok), sibuk MIL komen awal sgt bagi puting. ada sajaaa nak dikomen nya, saya dah la dalam pantang masa tu meluat nya ya amat, emosi pun fragile, tapi saya memang jenis melawan. paling saya hangin bila husb minta tambah cuti untuk teman saya pantang kat kampung (boss approve), MIL pulak sibuk kata kenapa cuti lama sangat, tak elok cuti panjang (konon nak suruh jaga reputation). yang ni memang saya meletop, saya cakap kat husb jgn bagi saya dgr bila mak dia call (husb suka loudspeaker), saya stress banyak sangat komen, gila ke apa husb nak extend cuti dia tak bagi, padahal saya ni czer. saya mute group whatsapp family husb, tak reply apa pun dalam tu selama 2 minggu, lepas tu saya membebel kat story instagram sampai ipar2 boleh baca (tapi tak sebut directly la pasal MIL). sampai biras saya yg plan nak berpantang rumah MIL bulan september ni pun tak jadi, terus tukar plan pantang rumah dia sendiri. sejak dari tu baru MIL slowdown saya pun aman sikit. memang saya akan terus melawan pendapat2 annoying sesiapa pun. kalau berani sentuh buat bukan2 kat anak saya cuba la. saya mmg protective, dgn husb pun saya tak kisah nak perang kalau dia sebelahkan mak dia, so far husb ok dia menangkan saya (sebab dia tau kepala bini dia ni macam mana, haha).

Sy sokong untuk mengecam makcik yang konon pandai sangat dalam segala hal. Sebab sy pun mengalami. Dalam dua tiga hari ni ada bintik2 mcm bekas gigit serangga dekat tangan baby. Hanya tangan dan sikit bhagian muka, bila mil nampak mula la keluar segala mak nenek kebayan ilmu dia duk kata baby sy kena chicken pox. Sedangkan chicken pox starting dia dekat badan dan demam teruk. And dia sangat rapid, bukan slow mcm dekat tgn anak sy. Bila sy bawak jumpa doctor, doctor sendiri kata unlikely chicken pox. Sebab dekat badan tak ada dan dia tak ada demam. Masa mil duk sibuk kata baby sy kena CP, sy diam sy tak admit dan sy xrespon. Naluri hati sy kata dia bukan CP. tp xtau la makcik ni, lebih senduk dari kuah. Mcm dia pulak lahirkan anak sy serba serbi tahu. Aduhai…. Rumah sy dgn mil dalam 3 min je mcm rumah sis ni. Sy mmg takkan pergi sana kecuali kalau ada something yg perlu. semalam sabtu sebelum mothers day, husb gigih pujuk sy ajak makan luar. Tup2 dia belikan kek nak sambut dgn mak dia 🤣🤣🤣🤣 sy layankan je la… dalam hati dah kata dah, “wahai mentalku, bersiaplah 😂 kita akan menuju ke rumah makcik ni” hmmm… sbenarnya banyak je kata2 dia yang dia tapis tp makan dalam hati sy. Ada video anak sy main watercolor dekat taska, pelajar lain belum start main lagi, anak sy dah main dulu. What to expect??!? Budak baru 1 tahun mana faham sangat arahan. Dia kata budak lain berdisiplin. In other words. Dia nak kata anak sy tak berdisiplin. Lepstu dia cakap anak sy ni mainan kena bagi satu2. Kalau tak dia tak fokus. Makcik… bukan kau jaga dia 24 jam, kau diam je jangan komen lebih. Sy tak tau nak cakap mcm mana sis. Dia penya pertuturan tu mcm ustajah wanita terakhir. Nak menyampuk pun rasa berdosa tapi dalam halus dia hina anak sy. 😭😭😭 sy terasa dipandang seperti tiada keluarga bagi dia. Terasa seperti sy cuma orang luar yang lahirkan cucu dia, tapi dia yang didik anak sy.

Saya pun nak masuk 4 tahun dah tertekan dengan Family in Law ni. MIL dgn Sil yg kuat sangat jadi queen control. Segala Benda nak control. Yg Sil tu x kawin pun lagi tapi terpaling mcm dah kawin. Segala benda nk control. Diorang nak kan suami je. Menantu dan cucu ni diorang x kesah sgt pun. Setiap kali raya, paksa suruh balik cepat. Sampai kg awal. Kalau lambat mengamuk. Kena maki. Setiap kali raya, paksa suruh pakai baju sedondon yg kain pasang dah di beli dgn pilihan dia sendiri. Nk pergi beraya mana mana pun diorang control suruh pakai baju kaler apa. Semua Benda nk dicontrol. Duit gaji suami pun dia suruh dahulukan utk dia Dan adik bradik suami dulu. Katanya berkat rezeki tu ada pada dia sahaja. Isteri x penting. Menantu dn cucu ni lapar pun diorang x kesah. Asal perut diorang kenyang. Kerja nya nak mengata org je. Mengutuk org je. Maki maki. Semua org kena tunduk dkt dia. Duk bawah Ketiak dia. Siap cakap lagi lepas kawin wajib duduk dgn Dia. Tapi alhamdulillah suami sangat sangat hargai saya. Dia ajak pindah duduk dgn keluarga saya. Suami cakap lagi Selesa dgn keluarga saya. Tenang je. Alhamdulillah jugak setiap kali saya kena maki atau di tuduh, suami back up saya. Sentiasa Utama kan saya dulu sbb dia tahu saya ni baik buruk macam mana. Dia serba salah dgn keluarga saya sbb kawin dapat family in law macam tu. Dia kata biar dia je yg kena teruk bukan anak org lain. Dia ambik dgn cara yg baik. Jadi jaga pun dgn baik. Tak tahu la sampai bila in law perangai gitu. Nak kena hadap utk brape tahun lagi.

Sama lah. part baju raya nak kena sedondon. Geram betul. Siap terasa hati dengan anak no 2 dia sebab xnak pakai sedondon(dia wsap suami saya) pastu time raya semua pakai warna sedondon kecuali kami 3 beranak. Padan muka! Hahahhahahahaha. Puas hati aku sebab xbg muka dengan queen control🤣🤣🤣

MIL saya ok tapi saya masih berdendam dengan dia masa dia paksa saya cancel CL. 😂😂😂😂 imagine la masa tu baru sedar dari emergency cser, celik mata terus nak deal dengan CL, tiba2 suami call suruh cancel sebab MIL suruh dia. 😂😂😂 suami saya sangat taat kepada ibu dia. Akhirnya kami berdua berpantang sendiri. MIL kadang-kadang je datang. Sepanjang tempoh saya berpantang tu takde masalah sangat tapi saya suka ungkit "kalau ada CL takde la awak penat macam ni" kat suami.. suami pun macam sedih je sebab yela dia terpaksa taat ibu dia haha 😰😰😰 tapi saya sangat berdendam harini anak saya dah 4 bulan saya masih tak maafkan MIL. Lantak lah dia hidup dengan dosa aniaya saya. Dia paksa cancel dan tak minta maaf langsung. Untuk makluman duit CL ialah 100% duit saya. Saya tak sentuh langsung duit MIL dan suami. Saya saja menabung untuk reward diri sendiri. MIL ni tak pernah tolong pun dari segi kewangan. Dia tahu membebel je kalau dia datang rumah haha. Lepas tu kan masa saya mengandung dia suka jaja cerita saya merata. Habis satu family besar dia tahu cerita saya termasuk perihal mengandung saya. Kencing manis lah. Baby besar lah. Semua tu personal information saya tak suka orang asing tahu. Tapi tu lah. Dapat MIL mulut lembik semua benda dia nak bagitahu. Next pregnancy saya nak sound setepek. "Umi tak payah cerita kat orang la pasal tu. Saya tak suka." Atau saya pilih untuk senyap terus tak cakap apa pun pasal keadaan saya. Hahaha 😇😇

sis. kalau suami you taknak cakap pape. u lah kena halang segala galanya sendiri. maaf sis. anak I masuk hospital sbb petua bodoh MIL. sampai sekarang I x maafkan dia. alasan suami I x habis². biarla org tua. dia lagi tahu. BIG NO. INI ANAK I BKN ANAK DIA. Sumpah I cakap. sampai mati i akan ingat. Sepatutnya masa berpantang saya kena ada dlm situasi bertenang. supaya emosi stabil. disebabkan mil i yg kepochi tu. suka² masuk bilik i suka² hati dia. I stress hari². hampir meroyan but nasib my mom ada amik i bwk balik umah dia. Berapa kali I jadi mintk cerai sbb dia tak habis² backup mak dia yg da sah² salah. Bila anak sakit. Memang I je diperslhkan. Now I da tak berdiam diri. I rasa ken pijak sgt. byk lagi dia buat. sumpah I rasa nak gila. mil duduk rumah i mula² katanya nak jaga i berpantang. but disebaliknya nak buat i meroyan ada lah. last² ada satu hari tu i naik gila. i mmg kurang ajar dgn husband i but for protect my baby. I lari rumah i x balik seminggu. end up his mom keluar dri rumah i balik kg. And guess what. play victim. cakap i x pandai jaga anak. i itu i ini. org mmg akan percaya ckp dia sbb dia tua kan. and org pandang i as menantu x guna. I DONT FUCKING CARE. Judge la whatever yg dorg nak. but. Dalam gila² fam mil. alhamdulillah ada sorg je aunty my husband ni SANGAT² MEMAHAMI AND SHE'S THE ONE YG NASIHAT ORG TUA TU. BAHAWASANYA PETUA DULU TAK BOLE SUKA² NAK PAKAI. SEBAB PERUBATAN MODEN LAIN SGT SKANG.

Saya dah cakap dengan tegas. Baca balik pos saya tu huhu

Allah. Bercampur baur perasaan saya baca luahan hati sis ni. Saya pun first mom, baru je bersalin baby first bulan 2 hari tu. Bila baca ni auto terbayang baby sendiri. Tolong sis, jngn biarkan! Kita semua thu baby yg baby bawah umur 1 tahun hanya minum susu ibu sahaja. So takde istilah nak rasa-2 bagai. Saya pun tak nafikan yg ada segelintir parents ni ‘terpaling thu & terpaling betul’ lagi-2 hal melibatkan anak atau cucu dorang. Bagi dorang, segala mak nenek petua yg dorang amalkan dulu-2 still relevant sampai skrg. Takkan lah bebal sangat family mil awk tu. Sibuk sangat hal awk, hal family sendiri tak nak cermin dulu. Sis tolong ye, kesian baby. Mmg kita tngok baby mcm ok tapi hakikatnya dalaman dia kita tak thu & tak nmpak. Lagi satu sis, dengan family toxic mcm ni.. sis dah tak payah tegas-2.. sis sound direct je. Lantak lah nak ckp kita apa. Sbb kita takkan kurang ajar kalau takde sbb? Lagi satu, anak tu anak kita kot. Besok lusa jadi apa-2 confirm punya akan salahkan sis balik konon tak reti jaga anak lah apa. Nanti anak sakit, bkan family mil tu yg nak tolong jaga.. kita jgakk yg kena bersusah payah. Kalau sis perlukan bantuan atau pertolongan, sis cepat-2 cari family sis tau. Lagi sekali sis, ikhlas dari saya yg jgakk baru menjadi seorang ibu.. tolong sangat-2 jngn biarkan dorang buat sesuka hati dekat baby sis. Kalau perlu lawan, sis lawan ye. Yg penting jngn biarkan baby sis dengan dorang.. baby sis tak selamat.

saya pun nak share smtg yg ialah my 1st baby and 1st grandchild on both of side.. berpantang dgn in law side mmg sgt mengecewakan. Sy alami sendiri,bila sy discharge then balik rumah in law,MIL terus mandikan bby saya guna kain kasar ( dia sendiri yg beritahu guna kain tu selepas ibu saya dtg utk jaga saya) sbp dia mandikan dalam bilik dia thats why saya x tahu. 2nd Anak saya dia bawa tidur dalam bilik dia tanpa minta keizinan dan beri kepada saya masa anak menyusu sahaja tetapi asyik tanya setiap minit sudah siap menyusu ke belum sebap nak bawa baby masuk ke biliknya.. Dia siap cakap lepas baby menyusu beri pada saya..amboi sakitnya hati tapi tahan. Bila ibu saya datang,baby saya baru 24 jam dengan saya sebab ibu saya cakap anak perlu dekat dengan ibunya dan ibu saya sangat tegas. ibu dan anak tidak boleh berpisah tempat tidur,mesti sebilik kata ibu saya dan itu yang buat kami tidur sebilik sampailah hari ini. 3rd masa fullmoon baby,dia sibuk nak pegang bayi saya sebap kenapa dia nak rebut "the moment" yang sepatutnya ibu dan anak share tapi saya tiada gambar bersama bayi saya masa fullmoon.. 4th tidak menghormati privacy saya dan anak saya..main masuk bilik saja dan terus dukung bayi saya.. even masa tidur bayi saya pun kena kacau sebab mau anak saya 24 jam dengan dia bergendong. sekarang saya sudah pandai lawan, saya tidak peduli.. saya main sembur saja. No means No. Anak saya tanggungjawab saya.

hurm sme..keliling duduk dekat2 gn fil....stress...sy brenti kerja..lpas kwen..walhai kjaya tgh nk menaik..pas kwen rupanya husband bru brenti kje.xbincang.pastu kerja kg.ni ad ank..lg la btmbah komitment..husband ckp sy xbiasa hdup susah..walhai..hdup susah pd dia pun pernah..cume tk nak tempuh bnda yg sama lg..yang paling sakit hati....saya jarang skli boleh balik rumah kluarga belah saya.wlapun dekat sgt..berpantang pun tak boleh..suami xizin..katenye emaknye nk jga..jga btol2 xpe..stakat jenguk2 xpyh..hidup sy tetekan sgt..lg2 suami asyik duk ikot nasihat emak/ayah die..katenye sy ni dh tgjwab die..dh jd kluarga die.sy ni isteri..kne beratkn kluarga lelaki.yg saya pelik...ank2 mil sume duduk dekat2...ank² pmpuan pun same wlpun dh kawen..still beratkn kluarga drg..jgk...sy pendam je...dlm hati xpe...drg ad ank pmpuan.lagi 1 sy xsuke drg yg lelaki suke merokok..hembus2 suke2 ati ..ank sy newborn..sedih rse.bab ni mmg sy btegas gn suami..kdng jd gdo besar.katenye dgr pk mntua mitos rokok ni bhya...rse nk mncarut...sy nk jd tegas..tp mkin hilang diri sndri..sy jnis suke nk elak gado...gn fil..bg sy kalau dh start bgado..mmg xdak peluang dh untuk drg.

VIP Member

Allah sis...toxic betul lah family in law sis ni... betul sis ..baby bawah 6 month mana boleh bagi sebarangan air or makanan even cannot pun ..🤨..takpe sis..apa yg sis buat tu betul sebab sis protect baby sis .. kalau saya jadi sis pun menyinga saya sis.. saya strict bab bab baby ni.. tambah anak first ..even nnt kalau ade rezeki anak lagi still the same.. lantak lah pe org nak kata..mulut orang tak leh nak tutup.. 😢.. family in law sis tu elok kene buku dengan ruas je..baru padan... saya pun kadang² balik umah family in law.. akan saya pantau baby saya 24hours.. jgn sewenang² nya nak nyumbat itu ini 😅..takpe sis..tegas tu bagus..sebab apa nnt apa apa terjadi yg menanggung nye kite..diorang? 😅...sis I'll support you sis....thumbs up sis..buat apa sis rasa betul and menyenangkan sis.. baby happy kite happy.. ❤️ jap ..lagi satu apa? calit garam halau hantu?🤣🤣🤣mana dia belajar tu calit garam halau hantu aduhai... hantu pun terkejut baru tau ...ni kalau orang main tangkap muat je ilmu tak tau hujung pangkal....jujur kesian saya baca bab ni..😅 tabah sis...be strong ok👍 keep protect ur baby and family. 🫶

Tu lah. Masa dia cakap tu memang saya terdiam la. Walaupun saya dah cakap baby penat dia nak tidur dia tetap dengan garam halau hantu dia. Orang tua sis. Saya kalau pergi sana memang saya pangku je anak saya. Tapi tu lah suami sibuk nak pegang. Bila suami pegang mula lah keluarga dia tu merepek repek

Bukan nk kecam sis. Tapi rasa nk kecam family mertua sis..Allahu perangai sorang2.. Mertua Saya OK. 2 tahun lepas adik beradik suami saya semua timang baby. Jadi 5 orang anak buah baru. Dan ke5 5 anak buah suami saya tu diajar buai. Saya dari sebelum beranak lagi tegaskan xnak ajar anak buai nanti susah nk g mana2. Alhamdulillah anak Saya bukan jenis high demand. Time tido letak je mana2 senang. Tapi ada sekali bila balik rumah mertua, suami dan mertua Saya xde. Saya minta biras Saya tengok kan anak skjap sy nk g solat. Saya dengar anak Saya merengek skejp je. Bila Saya siap solat tgk2 anak Saya dh ada dlm buai. Biras Saya kata senang letak dlm buai dh xnangis. Wktu tu saya macam OK.. Bila balik rumah sndiri anak Saya dh mula mengamuk time nk tido rupanya minta nk dduk dlm buai.. Puas pujuk dodoi xjalan. Last2 terpaksa tidokan dia dalam kereta malam2 buta.. Start dari tu suami faham bukan saja2 Saya xnk ikut cara ipar duai belah suami jaga anak. Anak Saya, Saya ngn suami gilir2 jaga sndiri time balik kg. Diorang nk banding2 kan Cara kami jaga ngn diorang jaga pun lantaklah.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan