Luahan hati selepas bersalin

Aku xtahu sama ada ini adalah saat paling getir dlm hidup aku atau pernah ada lg saat yg lg getir drpd ini. Tapi sakit beranak tidaklah sesakit selepas beranak itu. Kesakitan contraction hanya berlaku ketika itu manakala kesakitan selepas beranak itu mungkin berlanjutan ke seminggu dua. Dengan keadaan aku tanpa ibu, bapa mahupun adik beradik yg boleh kuharapkan untuk menjaga keperluan diri seperti makan, minum, mengurut dan meletakkan minyak, memberikan kata-kata semangat dan idea agar aku terus kuat menghadapi kesakitan demi kesembuhan. Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak boleh berharap kepada manusia untuk membantu dan merawatku. Hanya Engkau Ya Allah. Aku tak mampu menguruskan diri sendiri dalam kesakitan ini dan aku tidak boleh bergantung harap pada sesiapapun untuk membantuku. Maka, hanya kepadaMu aku mengadu sakit, mengadu nasib. Kerana Engkau lebih Maha Memahami, Engkau yg Maha Mengerti. Aku tak mampu menyiapkan diri sendiri selagi kesakitan ini masih belum hilang. Dan aku tak mampu untuk merasakan seperti ini lebih lama. Maka aku memohon kepadaMu Ya Allah. Berikanlah aku bantuan Mu dengan kadar segera. Kau hilangkanlah terus rasa sakit luka jahitan ini, berikan kesembuhan yang pantas kepada luka didalam dan diluar badanku Ya Allah. Kau lancarkanlah dan lembutkan najisku agar mudah untuk ku membuang najis itu. Dan Kau perbanyakkanlah susu dlm bdn ku agar dapat aku berikan kepada anakku. Hanya kepadaMu aku mohon.

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

aamiinnn Ya Rabb🤲🏻

suami mana???

aminnnnn

aminn

amin