Luahan hati selepas bersalin

Aku xtahu sama ada ini adalah saat paling getir dlm hidup aku atau pernah ada lg saat yg lg getir drpd ini. Tapi sakit beranak tidaklah sesakit selepas beranak itu. Kesakitan contraction hanya berlaku ketika itu manakala kesakitan selepas beranak itu mungkin berlanjutan ke seminggu dua. Dengan keadaan aku tanpa ibu, bapa mahupun adik beradik yg boleh kuharapkan untuk menjaga keperluan diri seperti makan, minum, mengurut dan meletakkan minyak, memberikan kata-kata semangat dan idea agar aku terus kuat menghadapi kesakitan demi kesembuhan. Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak boleh berharap kepada manusia untuk membantu dan merawatku. Hanya Engkau Ya Allah. Aku tak mampu menguruskan diri sendiri dalam kesakitan ini dan aku tidak boleh bergantung harap pada sesiapapun untuk membantuku. Maka, hanya kepadaMu aku mengadu sakit, mengadu nasib. Kerana Engkau lebih Maha Memahami, Engkau yg Maha Mengerti. Aku tak mampu menyiapkan diri sendiri selagi kesakitan ini masih belum hilang. Dan aku tak mampu untuk merasakan seperti ini lebih lama. Maka aku memohon kepadaMu Ya Allah. Berikanlah aku bantuan Mu dengan kadar segera. Kau hilangkanlah terus rasa sakit luka jahitan ini, berikan kesembuhan yang pantas kepada luka didalam dan diluar badanku Ya Allah. Kau lancarkanlah dan lembutkan najisku agar mudah untuk ku membuang najis itu. Dan Kau perbanyakkanlah susu dlm bdn ku agar dapat aku berikan kepada anakku. Hanya kepadaMu aku mohon.

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Semoga sis kuat hadapi ujian ini..Saya doakan semoga Allah menerima & mendengar doa sis untuk dipermudahkan segala urusan & sentiasa sihat tubuh badan..kuat demi anak ya sis,fikir yang positif..insyaAllah,semua akan baik2..jangan putus asa,Allah sentiasa ada..Allah akan melindungi semua hambanya..Allah sayang kita sebab itu Allah berikan ujian kepada kita,sis kuat..

Đọc thêm

Aamiin..sy pun penh lalui mcm sis jgk.emosi brcmpur baur,mcm2 perasaan ade..dlm tempoh brpantang mmg kita akn rasa mcm2,rasa mcm bila nk siht,nk mcm org lain blh lakukan aktvt mcm biasa..sy amalkan..Ayat al ghafir ayat 44 dan rabbi yassir walatuaasir..serah semua urusan pd Dia..in sya ALLAH hati akn tenang n masa akn brjln

Đọc thêm

sama lah sy pun.. xde siapa boleh jaga.. kita kena kuat puan.. jd ibu kan.. sy czer.. operate agak panjang maybe sbb kedudukan baby.. dari pinggang kiri ke pinggang kanan.. kalau rase stress kena bg tahu doktor.. takut post partum depression..

aamin...rasa nk nangis baca 🥺 sya hrp sis kuat...Allah uji sis, dn mghapuskan dosa2 sis sprti baby baru lahir...apa yg sis rasa semuanya rahmat...sis kuat 💪

Thành viên VIP

mg Allah pmudahkan segala urusan puan ..Allahuma aamiin dan mg Allah makbulkn semua prmintaan puan .Allahuma aamiin t8 care ea

Aamiin yaa rabbal alaamiin..doakan sy juga sis dpermudahkn urusan bersalin..due date hujung bulan 6 ni🤲🏻😇

Thành viên VIP

smge Allah angkt ksakitan puan...smge sntiasa kuat n cpt² smbuh ye

semoga segalanya dipermudahkan Allah untuk puan...aminnn..

semangat sis semoga kita semua dipermudahkan amin .

Aamiin, trs kuat sis utk baby