Folic acid
Adakah perlu ambil acid folic ketika kandungan berusia 4 minggu
Folic acid boleh di ambil dari sebelum hamil lagi. Biasanya untuk mereka yang merancang untuk hamil. Bila dah hamil teruskan pengambilan. Seawal trimester pertama sehingga masuk trimester kedua. Atau sehingga bersalin,ikut keperluan. Tetapi...kebiasaannya masuk trimester kedua dan ketiga dah tukar ke obimin. Acid folic penting untuk pembentukan tulang bayi terutama tempurung kepala bayi. Ada kes ibu tidak ambil acid folic bayi tiada tempurung kepala.
Đọc thêmSis. Folic acid sepatutnya ambil masa kita da rancang nak mengandung/ 3 bulan sebelum mengandung dan sampai nak bersalin. Sy keguguran 2 bulan lepas kahwin. then rancang kehamilan setahun sebab2 tertentu. Pun masih makan folic acid walaupun tak plan pun nak mengandung.
Wajib la untuk elak kan kecacatan pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin.. Nnti checkup nurse akn bgi ubat lain mcm obimin iron tablet dlm tu dah ad folic acid cuma klau sblum dan awal2 pregnant elok amalkan ni folic acid
Sangat perlu sis. Saya start confirm pregnant, terus consume folic acid. Rezeki lepas kahwin terus pregnant, jadi bila dah tau pregnant tu yg saya start mkn. Folic acid ni penting nk elak kecatatan dlm pembentukan tulang belakang baby.
Mula2 sy g klinik, doctor sahkan pregnant, terus doc bagi asid folic Tu, Lepas buat buku pink kat kk, nurse kk bagi ubat lain pulak, yg warna merah Tu, acid folic sgt2 penting untuk perkembangan bayi 😊
3bulan dah start amik. Elakkan pape masalah untuk kandungan. Sebab tu penting. Jangan skip
Folic acid kena start ambik dari 3 bulan sebelum kahwin and continue sampai dah pregnant.
Folic acid boleh start amik dr 3 bulan sblom kawen dan smpai melahirkan😍😍
Wanita yg ada Perancangan utk pregnant wajib ambik dari sebelum pregnant lagi..
Start kawen pon sebenanye da kene makan folic acid.. Apatah lg masa mengandung