BENIH ANGGUR - Dr Sakinah Sulong
Adakah ini kandungan yang diambil bunian seperti cerita orang-orang dulu? Kandungan anggur, biasanya tiada bayi. Dalam bahasa perubatan, kami panggil Hydatidiform Mole. Atau nama umumnya, Gestational Trophoblastic Disease (GTD). Ia berlaku apabila berlaku masalah genetik di mana sel telur lelaki yang disenyawakan dengan telur wanita yang kosong. Jadi tiada jasad bayi yang terbentuk. Yang membesar ialah sel chorionik villi dalam uri menyebabkan seorang wanita itu mendapati rahimnya membesar. Memang seakan beliau hamil. Tidak datang period. UPT positif. Tapi bila menjalani imbasan Ultrasound, tiada jasad bayi yang dilihat. Sebaliknya, hanya imej bulat-bulat seakan anggur yang kelihatan. Ia dipanggil 'snowstorm appearance' (gambar kedua). Bila seorang doktor yang menjalankan ujian USG dan menjumpai dapatan sebegini, wanita berkenaan perlu dirujuk kepada pihak hospital. Lazimnya wanita yang mempunyai masalah ini, didiagnosa pada bulan ke4 atau ke5 kandungan. Ada yang datang dengan pendarahan vagina. Ada juga yang datang lebih awal dengan simptom alahan yang sangat teruk disebabkan hormon HCG yang tinggi (hormon HCG ini dihasilkan oleh uri). Dan disebabkan hormon HCG ini, wanita tersebut boleh mengalami simptom hypertiroid. Apa rawatannya? Setiap wanita ini perlu melalui prosedur D&C di mana gumpalan uri ini perlu dikeluarkan dan dihantar untuk dikaji tisunya. Lihat gambar pertama, inilah rupa kandungan anggur, memang macam anggur. Tisu ini perlu diperiksa kerana terdapat masalah kandungan anggur yang akan menjadi kanser yang dipanggil choriocarcinoma dalam 2-4% kes. Atas sebab itu, wanita yang mengalami masalah ini, dinasihatkan JANGAN MENGANDUNG selama 18bulan atau 2 tahun selepas paras HCG turun untuk memastikan wanita ini tidak mengalami kanser. Dan untuk memastikan plan perancang ini berjaya, gunalah kaedah menjarakkan kandungan yang berkesan. #Membebelsayang