Pregnancy takda masalah, tapi bersalin prem baby
Ada tak ibu2 kat sini sepanjang kehamilan memang xada masalah langsung dari segi baby atau ibu. Tapi tetiba melahirkan anak premature? Selepas bersalin doctor ada bagitau kenapa tak? Saya anak first xada masalah langsung, semua ok. Tapi pecah ketuban waktu tidur masa 35w. Sekarang ni mengandung anak ke-2(30w) Kemungkinan akan lahirkan prem baby(doc suruh standby awal) tapi bila ditanya, doc xada jawapan kepada masalah saya. (Rahim ok, uri ok, xda gdm bak kata semua ok) Ada tak ibu macam saya jugak? #ingintahu

