Poliklinik Az-Zaara Ampang

Ada sesiapa pernah buat detail scan di poliklinik Az-Zaara? Ok tak. Berbaloi tak kalau buat 5d scan?

29 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kebetulan saya ada simpan screenshot yang google haritu pasal 5d scan dekat Poliklinik az zahra ampang.. ni details dia siss.. 5D Scan (RM160) + 2D Early Scan to confirm date + 1 Keping Gambar Berwarna = ● Harga Promosi RM 75 ■(kandungan 11-14W) 5D Scan (RM160) + 2D Growth Scan + Gender Scan (RM55) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD = ●Harga Promosi RM100 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM120 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad) ■(kandungan 24-32W) 5D Scan (RM160) + Detail Scan (RM150) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD + Full Report = ●Harga Promosi RM150 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM200 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad) ■(kandungan 18-24W,max 28W) Detail Scan (RM150) + Free Gender scan + CD + Full Report = ●Harga Promosi RM120 (Isnin-Jumaat/waktu pejabat) - RM150 (Isnin-Jumaat/selepas waktu pejabat/Sabtu & Ahad) ■(kandungan 18-24W,max 28W)

Đọc thêm
4y trước

ni yg terbaru.. sy teman kwn sy buat scan ambk pekej 5 + pekej 7.. harga berbaloi.. pastu teman sorg lagi kwn yg baru pregnant untuk scan tngok kantung, hari jumaat bru rm20.. sy g klinik luar dkat rm100 sbb msa 2 x tau klinik az zahra ni..

Post reply image

5D scan dekat Klinik az zahra ampang? Yang saya tahu, ia cuma nak tengok struktur luar bayi. Bukan bertujuan untuk melihat tahap tumbesaran dan kesihatan bayi. Tapi ramai ibu yang excited nak buat sebab nak tengok jantina dan muka baby tu. Faham, dah tak boleh sabar kan? Hehe.. Senang cerita 3D/4D/5D scan ni its good to do for your own satisfaction but no medical benefit la. Jadi pilihlah yang mana sesuai. Utamakan yang penting mengikut kemampuan diri.

Đọc thêm

Saya duk ampang, Memang selalu je scan baby dekat poliklinik az zahra ni sis.. Bagi pendapat saya, staff dekat klinik ni sangat mesra. Memang berbaloi dengan harga. Masa scan tu, first sekali dia tunjuk ialah jantina anak saya. Lepas tu baru dia akan tunjuk one by one dari atas sampai ke bawah. Alhamdulillah semua okay. Cuma anak saya masa ni tidur. So tak dapat tengok full muka dia.

Đọc thêm

Okay sangat siss... klinik az zahra ampang servis dia tip top.. Boleh la nak merasa layanan klinik swasta.. kalau pergi kerajaan penat menunggu dah satu hal, nurse pulak macam nak tak nak je buat kerja. tapi jantina baby boleh p jawab saya pun tak tahu lelaki ke perempuan... Sy pun mai klinik az zaara ni, selesa dan happy jer rasa. alhamdulillah

Đọc thêm

Rata-rata yang bagi review psal poliklinik az zaara ampang ni cakap ia agak mahal dan cekik darah juga la. Tapi bagi saya as long as service okay, layanan bagus, tak perlu tunggu lama. Tu kira dah berbaloi. suami kerja, saya pun kerja.. kadang-kadang pergi pun rushing juga la :D sis blh cuba sy bg 5 bintang!

Đọc thêm

Hai sis! saya pernah scan baby dekat klinik az zaara ampang . Beberapa minggu sebelum tu saya n husband memang buat appoinment dengan klinik kerajaan tapi hasilnya kurang memuaskan. Tapi sy dapat tahu review ni pun dr kawan suami, harga mahal sikit tapi saya puas hati

Saya g sini hari tu buat detail scan, kebetulan fasha sandha pun ada, buat 5d. turn sy lepas dia, bila diorang keluar, tgk2 fasha sandha suami dn anak2 dia. sy perggy 2nd ni selalu g klinik ni, layanan bagus. sbb tu artis pun buat scan kt situ kot.

Ehem. ehem. sebelum buat keputusan scan kt klinik az zahra ampang ni, saya rekemen untuk awak semak dulu harga dia.. takut nanti pergi lebih dari bajet.. Saya pergi sekali je, servis ok, layanan ok.. lepas tu dah tak pergi dah... nak jimat duit

poliklinik az zahra ampang.. saya pun masih dok survey-survey lagi sis.. Sambil tu bukak internet dekat google baca review dari geng bloggers.. Mostly ramai yang cakap berbaloi dan puas hati. Macam teringin jugak nak scan 5d baby kat sana

Poliklinik az Zahra ni okay sis.. Sy p sana masa weekend untuk scan baby.. Range harga dalam RM170 hingga RM200 xsilap. depends on package awak ambil. Staff pun baik baik n muka manis je semua. kita pun rasa senang untuk p sana lagi.. huhu