RUPTURE ECTOPIC PREGNANCY

31/1/2023 yang lepas saya dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar lepas sakit perut yang teramat, pening, muntah-muntah, cirit birit & keluar darah seakan period sepanjang seminggu saya sakit perut. Pada awal nya saya beranggapan itu cuma tanda keracunan makanan. Tapi selepas dokter buat bermacam ujian ; Scan, Ujian Darah, Ujian Air Kencing saya disahkan pregnant tapi malangnya ia Ectopic Pregnancy. Lagi teruk, bila dokter check Kandungan pada ovari saya dah membesar dan menyebabkan ovari kiri saya pecah dan menyebabkan darah beku yang mana situasi ni sangat membahayakan nyawa saya. Tak sampai berapa jam saya dimasukkan ke wad. Dokter terus masukkan saya ke OT untuk emergency operation sebab ovari dah pecah & bleeding. Saya ditidurkan sepanjang tempoh pembedahan selama 2 jam. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Selepas pembedahan, saya direhatkan selama sejam dalam bilik operation. Bila balik ke wad, saya dimasukkan darah untuk top up semula darah yang banyak keluar. Saya perlu puasa selama 6 jam selepas operation & dipantau nurse if ade sebarang komplikasi selepas pembedahan. Alhamdulillah tiada internal bleeding atau sebarang komplikasi. Sekarang dah 2 minggu selepas operation. Saya masih dalam pantang. Pesanan saya pada ibu yang planning untuk mengandung, peka pada tarikh period, makan folic acid, cepat ke klinik if ada sakit luar biase. Doakan saya cepat sembuh & mampu untuk hamil semula selepas setahun. #ectopicpregancy #ruptureectopicpregnancy #kandunganluarrahim

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời