Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa “ni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❤️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

Allah bagi pinjam untuk 9 minggu
91 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

salam takziah. Allah lebih sayang anak syurga puan. Jaga kesihatan, Jaga pantang. InshaAllah Ada rezeki yg lebih baik Allah nak bagi lepas ni untuk puan sekeluarga.

3y trước

Terima kasih Puan bagi kata kata semangat dan doakan ♥️

semoga kuat mommy .. insyaAllah rzeki yg xdijangka menyusul nanti .selamat berpantang n jgn lupa namakan baby tu .. anak syurga mommy daddy dy ❤ hugs💕

3y trước

Thank youuuuu 😭😭😭 doakan ye ada rezeki baby lagi lepas ni 🌹 Hugs ♥️♥️

semoga awak dikurniakan rezeki anak tak lama lagi, yang soleh dan solehah, yang kembar, yang comel2, ada sesuatu allah simpan untuk awak. kuat yee

3y trước

Aamin. Terima kasih awak doakan. Semoga Allah permudahkan urusan awak jugak ♥️♥️

sama mcm keadaan sye tahun lps....smoge awk kuat.....jgn wisau sye doa kn awk dpt penganti nnt.....pulih kn blik diri awk nnt ada rezeki lg.....

Semoga kuat n tabah, saya pun pernah melalui kehilangan janin kembar usia 9 mnggu,, bbaik sangka pada Allah, ada yg menunggu kita d syurga Amiin

3y trước

Allah. Kembar. Kita sama sama kuat tempuh dugaan ni ye. Saya doakan Allah gantikan yang lebih baik untuk sis. Semoga Allah permudahkan urusan sis dunia & akhirat. Aamin 🌹

Kuatkan semangat okay, syurga tempatnya, insyaAllah ade rezeki akan datang nanti, yang penting kuatkan diri dan mental 💪🏻👍🏻

3y trước

Alhamdulilah. Saya akan kuat. Saya redha. Allah nak bagi ujian untuk saya. Terima kasih doakan ♥️♥️

Influencer của TAP

Allahu, semoga awak tabah sis, saya pon pernah juga miscarriage , mmg sakit sgt. Lebih sakit bila berpantang tanpa baby di sisi 😢

3y trước

Kannn. Sakit sangat. Kita sama sama redha ye. InshaAllah ada hikmah ♥️♥️

saya keguguran bulan Ogos tahun ne sis.. dah 9 minggu. Baby gugur sendiri. Syukur bulan ini mengandung lagi.. dah 4 minggu.

3y trước

Alhamdulilah. Semoga kandungan kali ni dipermudahkan. Dipelihara dari sebarqng benda buruk berlaku ♥️♥️

salam takziah sis, slamt bpantang... smoga ad rzeki sis slpas ni for next bby insha allah.. smoga sis slalu kuat

3y trước

Aamin. Terima kasih doakan ♥️🌹

semoga ibu kuat ye.. Allah syg ibu.. InsyaAllah, pasti ada rezeki lagi nanti.. ❤️❤️❤️

3y trước

InshaAllah. Aamin. Terima kasih bagi semangat 🌹