Baby susah tidur

Hello. It’s my 1st baby. #firstbaby Baby boy. 3 months 7 days. Macam mana ya nak tidurkan baby? Sebab baby saya sangat susah nak lelapkan mata dia. Dia dah tunjuk semua sign yang dia mengantuk tapi dia macam tahan mata daripada tidur. Saya baru je pakai buai untuk tidurkan baby, dalam 3 minggu ni. sebelum ni dodoi berdukung sampai tidur, tapi lepas 2jam baru tidur, kadang sampai 3-4 jam baru tidur (termasuk dengan menyusu). Tapi baby saya tiap kali masuk buai, mesti dia menangis beriya macam kena dera. Bersungguh betul nangis. Buai kan baby selalunya dalam sejam - sejam setengah baru dia tidur. Lepas setengah jam dia akan terjaga balik & kena buai balik dalam sejam. Lepas dah buai, nak menyusu pulak. Jadi drag masa tidur dia, sebab baby saya dalam 2-3 jam dah lapar. bila siang dia taknak tidur masa menyusu. Bila midnight, saya susukan baby sampai tertidur tanpa burp kan dia. Sebab tiap kali burp kan dia, mata dia jadi segar & bulat & susah nak tidurkan balik. Tapi bila tak burp ni, baby terlelap kejap je lepas tu terjaga balik la. Saya jadi buntu tak tahu nak buat macam mana lagi. Kesian sebab dia tak cukup tidur. Dah la dia susah nak lelap mata, senang terjaga pulak tu. sangat2 senang terjaga. Boleh tak advise apa patut saya buat? Saya buntu, kadang rasa tertekan sebab hari2 fikir macam mana nak tidurkan dia. Saya jadi stress bila tengok dia mengantuk sangat2 tapi dia taknak tidur. Sedih sebab dia kecil lagi, tapi tak cukup tidur. Dia berjaga lagi lama daripada waktu dia tidur. Rasanya dalam 24 jam, 8 jam je dia tidur. Tolong lah saya & baby saya😭 #mommybuntu #bantusharing #theasianparentph #firstbaby

27 Các câu trả lời

VIP Member

Memang waktu waktu usia tu otak die tgh cergas. Memang kena ajar jugak die tido. Macam saya masuk bilik lepas maghrib tutup lampu semua bagi die faham tu masa tido die. Siang memang x masuk bilik langsung kecuali nak amek baju je. Waktu siang plak saya ajar die bile lepas mandi je mesti kena tido. So skang ni die da paham da kalau saya mandi kan die mesti die kena tido lepas tu. Tapi baby ni lain lain ragamnya

VIP Member

Anak saya pun mcm ni dulu. Then sy try masuk buai letrik bagi puting dan buka white noise. Mmg memula dia akan nangis, try pujuk dgn dodoi dia kuat kuat. Saya selalu zikir kuat kuat. Skrg alhamdulillah senang dah, and tak payah bukak white noise. Dalam 10 - 30 min mesti lelap. Sometime je dia akan susah tido. Biasa la baby kadang kadang mmg akan meragam. InshaAllah moga lepasni baby awk senang tido.

VIP Member

sy kalau x burp kan baby ,ngiringkan posisi dia tidur pastu letak bantal peluk kat pelukan dia (macam kita bila tidur mengiring mesti nak peluk bantal kan hhihi) .. lagi satu sis ,burp tu sebenarnya penting utk baby .. sebab salah satu punca baby meragam ,dia x selesa sebab angin x lepas keluar sebab tak burp .. and ,baby akan mudah kembung perut sebab angin burp tu x keluar ..

boleh follow page Baby Language dkat Facebook, ada banyak ilmu tentang bahasa baby dekat situ.. ada la point yg boleh bagi keselesaan baby tapi awak tak buat.. 3 bulan kebawah baby masih lagi 'rindu' dengan suasana alam rahim.. jd kena bantu baby dpatkan suasana tu, nanti 4 bulan keatas selalunya takda masalah dah

bedung tak? kadang baby ni nak tido dibedung.. baby sy smpai 4month masih tido bedung.. smpai terkeluar2 kaki da.. x muat bedung tu.. 5month bru sy ajar tido tanpa bedung.. cuba bedungkan then bg susu.. baru masuk buai.. insya Allah lama tidonya.. moga dipermudahkan ya 😊

boleh nak bedung dalam buai.. lagi lama baby tido.. 2jam ada kalau kena bedung.. kalau x bedung 30minit je sbb tgn dia bergerak2 kan. jdnya cepat terjaga.. ni style suami kalau dia jaga time sy pergi kelas.. 😆😆 kalau tak jenuh dia.. haha.. insya Allah cuba try mana tahu menjadi 😊😊

sy pun sama .aduhaii kdg stress jgk sbab xtaw punca . dh la ank first suami jauh pulak . kena jage ank sorang . Klo Tak mragam bleh la bila dh mragam Allahu taktaw la nk ckp mcm mana . penah smpai nangis la sbab azan subuh baru dia tdo😔

Tiap kali mandikan baby tuam x perut and badan dia? Sy amalkan tuam perut dan badan baby sampai besar. 7 8 bulan bru sy stop. Tula tips sy alhamdulilah baby xpernah meragam dan tido lena sbb lps tuam tu sy akan urut2 bdan dia..

tgk baby jgk sis..baby sy dulu lps mandi je mesti nangis kuat, xsempat nak tuam2 ni semua..bilik sejuk ke bilik panas ke sama je..mmg jenis baby yg high need, xsuka terlepas dr pelukan kita..

awak kena tengok ciri2 pada ank awk jenis high need or easy going. klau high need memang banyak songeh sikit. baby bukan sekadar suap susu & tido je..klau semudah tu senang parents. boleh cari ciri2 baby high need.

ank sy bru 10 hari...mlm susah nk tido pagi tgh hri ptg ok je asl mlm start pkl 12 tu dy Mula meragam dy Sy bkk surah,urut tukar pampers susu smua dh tp x lama lpstu bgn blik..mlm pling pnt🥲

Cuba bagi baby meniarap atas dada, bagi dia rasa degupan jantung kita.. Selalunya kalau anak manja, dia terindu rindukan zaman dia dalam perut.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan