10/3/2022 - Dah 7w4d tapi bila scan, rahim kosong & kantung pun takde. Allah.. luluh hati saya. Doctor syak kandungan luar rahim. Makin sedihlah saya. Tapi doctor tenangkan saya dan cakap mungkin persenyawaan berlaku lambat. Saya pun gemuk jadi susah nak scan sebab lemak perut tebal . Doctor pesan banyakkan minum air dan tahan air kencing utk next scan.
23/3/2022 - Spotting kali kedua. Terus ke klinik utk check up. Berdebar tapi redha dgn segala ketentuan Allah. Sepatutnya dah 9w4d tapi bila scan 6w4d sebab ukuran size kantung. Alhamdulillah 🤲🏻😭 walaupun tak nampak heartbeat lagi tp ada improvement 😍 doctor bg ubat kuat rahim and suruh datang next week utk check lagi. Saya cuba positive walaupun hakikatnya sangat susah sebab asyik overthinking and stress.
30/3/2022 - Sebelum ke klinik, saja suka suka check UPT and double line. Lega rasa. Bila dah sampai klinik, berdebar balik 😂 Doctor scan perut, nampak size kantung makin besar dari yg sebelumnya tp heartbeat tak nampak lagi. So doctor nak scan dari bawah. Bila scan dari bawah, nampak baby dalam kantung. Tapi still tak nampak heartbeat. Doctor dah tak ukur ikut size kantung tp size baby. Allahuakbar 😭🤲🏻 Sebak dan gembira saya rasa. Ada improvement dari last week. Dah masuk 7w4d😍 lagi dua minggu kena scan. Masatu dah 9weeks.
Ku berserah kepadaMu ya Allah, hanya engkau yang mampu melindungi dan menjaga kandunganku ini 🤲🏻
Kepada kandungan pertama didalam rahimku, ketahuilah sayang, kehadiranmu ditunggu kerana dikaulah bukti cinta suci ibu ayahmu. Janjiku padamu sayang, akan ibu cerita semua ini suatu hari nanti ❤️
Kepada TTC mom or pregnant mom yang membaca post ni, terima kasih sudi membaca. Doakan baby saya ya 🤲🏻 saya juga doakan yg baik baik buat kalian.
Walaupun banyak dugaannya, percayalah kuasa Allah itu melebihi segalanya 🤍 Jangan berputus asa walaupun hakikat sebenarnya sangat susah utk positive dan menerima kenyataan. Doa dan percayalah keajaiban dari Allah 🤲🏻
Nddaz