13 PETANDA AWAL YANG MENUNJUKKAN ANDA HAMIL‼️ .

1) PAYUDARA SAKIT & MEMBESAR Payudara kita membesar kerana badan kita sedang menghasilkan hormon & kelenjar-kelenjar penghasilan susu. Kiranya, badan kita tengah buat kilang susu di bahagian payudara. Sebab itulah payudara kita membesar & sebab itulah ia terasa sedikit sakit (kadang rasa gatal-gatal). . 2) KEKEJANGAN (CRAMP) Kejang ataupun cramp di bahagian perut adalah lebih kurang sama seperti cramp semasa kita menghadapi senggugut. Ini kerana telur kita sedang melekat di dinding uterus kita. Kenalah tahan sakit sikit, sebab sakit ini tidak lama pun. . 3) SPOTTING Spotting juga adalah tanda-tanda awal kehamilan. Kita boleh lihat lendir yang berwarna kuning-kuning coklat melekat di bahagian panty liner yang kita pakai. Ia cuma berlaku semasa proses pelekatan telur ke dinding uterus. Lepas tu tiada lagi spotting begini. Jila masih berterusan, ibu-ibu pergilah minta pendapat doktor yang lebih arif. . 4) KELETIHAN Apabila kita mula-mula mengandung, badan kita sedang membuat pelbagai adjustment kepada badan kita. Selain itu, janin kita mula gunakan kalori dalam badan kita. Ini akan menyebabkan keletihan yang agak luar biasa. Oleh kerana itu, pada masa awal-awal kehamilan, kita akan banyak tidur. . 5) PUTING PAYUDARA MENJADI BERTAMBAH GELAP Kebiasaannya, tidak ramai ibu yang perasan akan perubahan ini sehinggalah selepas 10 minggu usia kandungannya. Puting payudara kita akan bertambah gelap dek kerana hormon-hormon yang dihasilkan sewaktu kita hamil mempengaruhi & mengubah aktiviti "Melanocytes" : sel-sel di dalam puting payudara kita yang menyebabkan warna berubah sebegitu rupa. . 6) MUAL & LOYA Ini adalah perkara pertama yang akan buat kita fikir yang kita mengandung. Bila tiba-tiba kita rasa loya & muntah-muntah, masa tu baru terfikir mengenai haid lambat, baru terasa yang kita mungkin hamil. Yea la, ini adalah sesuatu yang kita dapat tengok & boleh terus kaitkan dengan mengandung. . 7) KEMBUNG PERUT Masa ini, kita akan selalu rasa "Bloated" atau kembung perut. Padahal makan tak banyak pun. Ini adalah kerana kenaikan hormon progesterone yang memperlahankan sistem pencernaan kita. Ini juga adalah kerana perut kita pun sedang memberi ruang kepada rahim untuk membesar. . 8) KERAP BUANG AIR KECIL Semua ibu mengandung akan merasainya kerana pada masa ini, pundi kencing kita pun sedang mengalami perubahan tempat untuk memberi ruang kepada rahim kita menyebabkan pundi kencing kita terhimpit ke belakang. Apabila ditekan, ia akan membuatkan kita mudah terasa nak buang air kecil. Pada masa yang sama, buah pinggang kita perlu membuang cecair dalam badan dengan lebih efisyen lagi. Sebab tu la kita selalu je rasa nak terkencing. Kadang-kadang, bersin atau batuk pun boleh menyebabkan kita terkucil sedikit. . 9) MENGIDAM Kita selalu dengar orang kata “Engkau nie mengidam banyak sangat nie, mengandung ke❓” Padahal masa itu, kita pun tak tahu lagi yang kita betul-betul mengandung. Bila kita buat ujian, positif rupanya. Masin mulut orang yang cakap tu.. 😊 . 10) PENING KEPALA Pening kepala adalah perkara yang normal & biasa berlaku semasa awal-awal mengandung sebab badan kita sedang membiasakan diri dengan hormon-hormon mengandung. Apabila terlalu banyak perubahan & penghasilan hormon baru, ia menyebabkan badan kita tak boleh nak terima lagi, tu yang menyebabkan pening & kadang-kadang terasa nak pitam. . 11) SEMBELIT Terdapat sesetengah ibu yang menghadapi sembelit kekita di peringkat awal kehamilan. Ini kerana sistem pembuangan kita juga menjadi perlahan disebabkan sistem pencernaan kita yang mengalami perubahan itu. Jadi, banyakkan minum air masak & makan makanan yang lebih berserat untuk menghilangkan sembelit kita. . 12) PERUBAHAN MOOD Mood swing akan mula berlaku sejak awal kehamilan lagi. Ada yang sampai ke trimester ke-3 pun masih mengalami mood swing yang agak kronik. Kita boleh senyum, ketawa & tiba-tiba menangis pada masa yang sama. Ada juga di kalangan kita yang dulunya sangat suka bau minyak wangi suami, tapi masa mengandung suami nak dekat pun tak boleh. Sabarlah ye wahai suami.. 😆 . 13) PERUBAHAN SUHU BADAN ASAL Suhu badan asal adalah suhu badan kita ketika kita baru bangun dari tidur. Pagi-pagi bangun periksa dahulu suhu badan kita. Kalau suhu badan kita agak tinggi dari biasa selama beberapa hari tapi kita bukannya demam atau sakit, ada kemungkinan yang kita hamil. Baiklah pergi jumpa doktor. . Banyakkan sebenarnya petanda-petanda kita mengandung 😍😍 . Kita je yang kadang-kadang tak perasan & ragu-ragu nak terima hakikat kehamilan kita. Takutlah nanti hanya sekadar perasaan kita je. Jadi, ibu-ibu pergilah berjumpa dengan doktor supaya mendapat pengesahan orang yang lebih pakar dalam hal ini. . . Semoga bermanfaat buat semua 😊

13 PETANDA AWAL YANG MENUNJUKKAN ANDA HAMIL‼️
.
 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời