Assalamualaikum Mummy, Saya first mother yang bayi baru 6 bulan 13 hari, dan baru nak mulakan solid food. Baby saya bila bagi solid food macam tak nak makan. Walaupun saya dah gap 2 jam sebelum makan pun sama, bila makan dia kan tolak balik guna lidah. Lepas tu dia akan menagis sebab lapar tapi nak susu je. Before this ada start bagi dengan puree buah atau sayur, baby makan tapi bila pergi KK dia suruh bagi nasi+ayam+sayur, puree buah atau sayur kena stop bagi. Bila saya start dengan ayam+nasi+lobak, baby still tak nak makan dan ada alergik pada ayam, jadi saya stop bagi terus. Sekarang saya masak nasi+sayur2 sahaja pun sama bayi tak nak makan. Boleh mummy bagi advise atau cadangan untuk saya 😫. Saya risau pada masa yang sama saya nak belajar. #worriedmomhere
Đọc thêm