Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Semoga bayi saya membesar dengan baik dan sempurna. Aminn..
Tendangan bayi
Salam nak tanya baby kalau gerak pusing dalam perut di kira kick atau tidak ya? Confius
Berat badan momies naik
Saya dah 34w dalam tempoh 2 minggu naik berat 3kg. Dokter bising naik banyak sangat😅 entah siapa yang naik berat ni mak nya ke atau baby🫢 hari tu check berat baby normal je
33w naik ruam dan bintik merah. Gatal gatal seluruh badan
Hi saya nak tanya normal ke gatal gatal naik bintik merah ni? Tak tahan sangat gatalnya. Hari tu pergi kk dah bagitahu dr. Tapi dr ckp normal sebab hormon lepas beranak nanti hilang. Dia bagi ubat kapur macam ciken pox punya ubat. Ada tak ubat lain yang boleh hilangkan rasa gatal ni? Nak tunggu lepas beranak tu lamanya 😂 tak tahan tiap hari rasa macam ni
Obimin plus
Hari tu kk bagi saya Zincofer tapi lepas makan muntah. Saya nak cuba makan obimin plus. Boleh share cara makan tak? Makan pagi masa perut kosong atau lepas makan ya?
Siapa pernah makan ubat Zincofer
Sebelum ni saya makan acid folic je. Lepas tu dokter kk bagi saya ubat zincofer. Awal awal makan okay je. Lepas tu bila makan pagi saya jadi loya. Terus muntah muntah. Sebab perut kosong ke? Saya tanya dokter, dia suh saya tukar makan waktu malam sebelum tidur dan selepas sejam makan tapi sama jugak nak tidur tu perut jadi tak selesa dan terus muntah. Selain zincofer ubat apa lagi boleh makan ya?
Jambu batu dan asam
Jambu batu cicah dengan asam boleh tak? Teringin😂
Degupan jantung rasa macam laju
Hi pernah tak tiba tiba rasa degupan jantung jadi laju? Lebih kurang macam tu lah. Tak tahu nak described macam mana. Ada yang pernah rasa tak? Saya baru 9w nak masuk 10w #ingintahu #firstmom
Cyst disebab kan hormon pregnant
Hi nak tanya macam mana cara nak hilangkan cyst? Contoh dari segi pemakanan ke. Saya baru 7w dan semalam saya scan ada cyst tapi dokter kata tak bahaya sebab nanti dia akan hilang sendiri & cyst saya kecik. Cuma saya takut kalau dia membesar. Jadi saya nak elakkan dia mcm mana ya? Tq
Panti liner herbal cool
Hi mom nak tanya masa pregnant boleh pakai ke panti liner ni? Sebab try pakai satu rasa sejuk je dkt bawah😂
Keputihan sedikit kuning
Hi nak tanya if pregnant 8w lepas tu ada keluar keputihan warna sedikit kuning. Keluar kadang kadang sahaja. Boleh tahu normal atau apa ya? Tq