Maaf ya kalau ada yang akan terasa.. tapi ini komuniti ibu-ibu mengandung... Yang expecting.. hampir semua melalui benda sama. Saya nak tegur sikit laa. Ada benda boleh tnya, boleh share. Tapi gambar yang kurang menyenangkan macam gambar lendir, darah yang keluar dari bawah tu sebenarnya aib tau dan tak elok pun ditunjukkan pada orang. Seeloknya, bila sesuatu berlaku.. boleh try google dulu (selalunya google ada jawapan)... Tak pun terus refer doktor. Lagi satu, bukan ke setiap ibu mengandung ada jururawat/penjaga khas yang jaga sampai bersalin? Setiap kali pergi appointment boleh tanya kan? Tak perlu mengaibkan diri sendiri post gambar yang kurang menyenangkan.. kalau tanya sahaja takpe lagi. #teguran
Đọc thêm