Noratikah Azmi profile icon
ĐồngĐồng

Noratikah Azmi, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu Noratikah Azmi

Ummi for 3 princess ? Pharmacist

Bài đăng(1)
Trả lời(1)
Bài viết(0)

Cara Naikkan Hb dengan betul

Kebanyak vitamin iron di perlu diambil sebelum makan ataupun ketika perut kosong untuk tingkatkan penyerapan. Tapi macam mana nak buat apabila tekak x boleh nak terima ? Jangan risau. Untuk memastikan vitamin boleh masuk ke tekak, tikah sarankan untuk ambil bersama denga air masam yang tinggi vitamin C. InshaAllah boleh diterima. #iron #hb #pregnant Jom tengok DO's and DONT's ketika pengambilan vitamin iron ni. 1. Jangan ambil iron bersama calcium atau makanan tinggi kalsium seperti susu Kalsium menghalang penyerapan iron. Jika anda mengambil iron serentak dengan susu, penyerapan iron akan jadi sangat rendah. Walaupun anda makan iron, tetapi iron dibuang melalui najis kerana tidak diserap. 2. Jangan ambil iron bersama caffeine Elakkan makan iron bersama caffeine seperti air kopi. Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. 3. Sebaiknya makan ketika perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit perut, muntah dan loya, boleh alas perut dulu sebelum makan iron supplement 4. Makan bersama vitamin C Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama suppleent vitamin C. 5. Elakkan makan bersama ubatan yang mengurangkan asid perut. Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama. Antara contoh ubat yang ada interaksi dengan iron adalah Magnesium Trisilicate, antacids atau cholestyramine, Tetracycline,Niacin, Nicotine, Pyridoxine, Quinolone anti-infective agents (ciprofloxacin,norfloxacin, ofloxacin) 6. Elakkan makan bersama telur Elakkan mengambil iron bersama makanan yang mengandungi telur. Telur akan menghalang penyerapan iron di dalam badan. Penjarakan dengan ubatan atau makanan yang menghalang penyerapan iron adalah dalam 2 jam ke 4 jam. Jadi untuk yang belum cakna dengan apa yang perlu dijarakkan dengan iron diharap dapat menjarakkan yang sepatutnya untuk tingkatkan penyerapan iron yang boleh boost up level hemoglobin. Konklusinya ambillah vitamin Iron dengan cara yang betul dan demi yang tersayang

Đọc thêm
Cara Naikkan Hb dengan betul
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi